Lelaki hilang 10 bulan ditemukan dalam sungai, memandu seorang diri ini cara kemaskini keberadaan kita di Whatsapp.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sekitar Oktober tahun lalu ditemukan bersama kereta Nissan Grand Livina dipandunya dalam sungai berhampiran Jambatan Sungai Api Api, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin.
Lelaki Hilang 10 Bulan Ditemukan Dalam Sungai
Pada 30 Okober tahun lalu, seorang wanita Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya Muhammad Iman Aqmar, 24, yang didakwa gagal dihubungi selepas keluar rumah di Johor sekitar 1 pagi, 29 Okt 2021 untuk ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Semasa itu, Muhammad Iman Aqmar dikatakan memandu kereta Nissan Grand Livina seorang diri dan ahli keluarganya memuat naik gambar mangsa serta kereta itu di media sosial bagi meminta bantuan orang awam mencarinya.
Seperti mana yang dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi. Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kmarul Ariffin
“Misteri kehilangan terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam kenderaan yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan.
“Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Ads
“Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.
“Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
“Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
“Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.
Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.
Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.
Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.
Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Ads
“Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
“Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa,” kongsinya.
Kejam sungguh pengasuh dan suami ini, tiada hati perut malah dipercayai mendera dan membunuh bayi perempuan 12 bulan di bawah jagaannya. Lagi tragis bila dikesan ada 39 kecederaan pada tubuh bayi itu. Allahu..
Doktor di klinik tersebut berusaha memberikan rawatan dan cuba menyelamatkan bayi tersebut. Hampir 15 minit berusaha, namun bayi malang itu tidak dapat dipulihkan dan disahkan meninggal dunia jam 8.48 malam.
Rupanya dari dakwaan pengasuh dan suaminya yang mengatakan anak jagaannya jatuh sofa, ada cerita kejam yang berlaku di sebaliknya. Bayi perempuan itu dipercayai telah didera dengan kejam sebelum dibunuh.
Ada 39 Kesan Kecederaan, Parah Di Kepala Akibat Objek Tumpul
Si kecil 12 bulan itu ada 39 kesan kecederaan pada badannya.
Dan lebih mengejutkan, selepas pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan didapati bayi malang itu meninggal dunia disebabkan parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul.
Allahu! Kejamnya manusia yang sanggup dera bayi sekecil itu.
Hasil siasatan itulah, pihak polis mendapatkan kenyataan dari pengasuh dan suaminya yang masing-masing berusia 28 hingga 34 tahun. Ketika disoal, kenyataan mereka sama sekali berbeza daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu.
Suami Pengasuh Ada Enam Rekod Jenayah Lampau
Kata pengasuh dan suami, bayi itu terjatuh sendiri.
Dakwa pengasuh lagi, ketika bayi perempuan itu jatuh dia berada di dapur. Sedar-sedar bayi itu sudah terjatuh dari sofa dalam keadaan terlangkup.
Suami pengasuh pula mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Dari siasatan juga mendapati ibu bayi perempuan itu menyerahkan kepada pengasuh bersama suaminya untuk menjaga anaknya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof memaklumkan pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu. Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
MW : Mak ayah di luar sana, sebelum hantar anak ke pengasuh perati-peratilah background pengasuh tu. Ada sesetengah pengasuh tu, offer perkhidmatan tru online. Itu pun kena soal selidik lebih. Bukan semuanya tak bagus, tapi langkah berjaga-jaga tu kan lebih baik lagi. Orang kata.. benda boleh elak, kita usahalah elak. Bimbang terjadi tak elok.. mahu kes polis sudahnya.
Sumber/Foto : Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagaimana pun, bapa ini bersyukur kerana anak lelakinya itu menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.
“Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia. Dah selesai jalani operation. Namun, tak recover dengan baik. Tapi syukur, sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari.” Tulisnya di instagram.
Bimbang dengan keadaan anak, Sharnaaz menjemput orang ramai yang berkelapangan dan berdekatan untuk hadir ke Masjid Asy-Syakirin (KLCC) malam ini.
“Selepas solat tarawih lebih kurang jam 10 lebih. Dijemput solat tarawih bersama.. sama-sama bantu di bulan mulia ini.” pintanya lagi.
Ramadan Ini Baba Akan Sentiasa Di Sisi Jebat
Dalam perkongsiannya sebelum ini, iaitu sebelum pembedahan, Sharnaaz memaklumkan Jebat ini seorang anak yang manja. “Doakan anak saya selamat. Jebat Jayden dalam keadaan kurang baik.”
“Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad b Sharnaaz Ahmad.”
“Anak yang baik, anak yang sangat manja, anak permata baba dan mummy. Sakit cek adalah untuk kekuatan cek di masa depan. Baba sayang hang dunia akhirat. Baba will always be next to you.. thru thick an thin.”
“Ramadan ni Baba will always be there for u ok sayang.” Dan Sharnaaz mengotakan janjinya. Ahad lalu, Sharnaaz terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya di hadiri kerana keadaan anaknya yang tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan.
Pada 30 Ogos tahun lalu, anak sulung pasangan ini dilahirkan. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumahtangga pada 31 Mac 2017.
Sumber/Foto : Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak malu kongsi kisah duka mencari cinta sejati, Zulin kini bahagia jodoh ketentuan Ilahi. Pelakon yang baru saja mendirikan rumah tangga, Zulin Aziz akui dirinya tidak pernah menutup pintu hatinya, apatah lagi mempersoalkan tentang ketentuan jodoh.
Tak Malu Kongsi Kisah Duka Mencari Cinta Sejati
Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ini juga sentiasa bersikap positif malah gemar menyampaikan mesej agar wanita lain di luar sana tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan di media sosialnya.
Seperti mana yang diluahkan menerusi SinarPlus, Zulin yang juga isteri kepada Farhan Norzaini akui sebelum ini kurang bernasib baik dalam soal cinta.
“Saya akui sebelum ini kurang bernasib baik dalam soal cinta.
“Ada sahaja perkara yang tidak kena sehingga membawa kegagalan dalam percintaan.
“Bukan sekali, tetapi beberapa kali melalui pengalaman sebegitu.
Allah Telah Tetapkan Jodoh Yang Terbaik
“Bagaimanapun, saya tidak pernah serik dan sentiasa bersikap terbuka untuk menerima orang baharu kerana percaya Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat saya.
“Jadi tiada sebab untuk saya menutup pintu hati atau terlalu berasa kecewa dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah, hari ini saya telah ditemukan jodoh dan pasangan yang menghargai saya seadanya,” ceritanya.
Peminat Tumpang Gembira
Pasangan mempelai yang bernikah pada 20.02.2022 itu juga mendapat restu peminat malah ramai yang tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi.
“Mungkin disebabkan sebelum ini saya kerap tampil dengan cerita putus cinta yang menyedihkan sehingga ramai peminat mengambil berat dan mengikuti perkembangan tersebut.
“Jadi apabila akhirnya saya bertemu jodoh, mereka turut berkongsi kegembiraan itu dengan mengirimkan mesej di laman sosial yang mengandungi kata-kata positif dan doakan yang terbaik buat saya.
“Tak sangka begitu ramai yang prihatin dan gembira untuk saya.
“Tidak kurang juga yang mengakui mendapat inspirasi daripada kisah saya, sekali gus memberi semangat kepada mereka terus melangkah dan tidak berputus asa meski apa pun yang dilalui dalam kehidupan,” sambungnya.
“Tak puas tgk gambar wedding zulin. Berbunga hati ni. Sis teringat cerita zulin dulu-dulu, sis yang sebak. Tahniah again zulin. Moga allah bagi kekuatan untuk jaga kebahagiaan keluarga baru ni. We love you, we support you❤️” Ayraeryna.my
Mingguan Wanita: Semoga Zulin dan pasangan bahagia hingga ke jannah.