Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Buat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!
Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;
“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.
Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
6.Kukus selama 15 minit.
Tip Ekstra!
Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
Budak 10 Tahun Jadi ‘Bidan Terjun’, TENANG Bantu Ibu Bersalin Dengan Selamat. Bukan mudah untuk membantu wanita bersalin, perasaan panik dan cemas pasti ada apatah lagi pada usia kanak-kanak.
Memang mencatat sejarah dan pengalaman tersendiri apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat (AS) diangkat sebagai ‘wira’ selepas membantu ibunya melahirkan adik perempuannya di rumah, baru-baru ini.
Bersalin 3 Minggu Lebih Awal
Portal The Independent melaporkan, Miracle Moore dari Missouri berada di rumah bersama ibunya, Viola Fair, pada 23 Oktober lalu, dan membantu ibunya yang bersalin tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat North Country, yang menceritakan kisah itu di halaman Facebooknya, ibu Miracle mengarahkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun untuk menghubungi talian kecemasan 911.
“Hai, saya rasa ibu saya mahu bersalin,” Miracle memulakan panggilan rakaman selama 11 minit kepada talian kecemasan Scott Stranghoener, menurut Today.
Bantu Ibu Bersalin Dengan Bimbingan Operator
Bagaimanapun, Miracle akhirnya datang untuk membantu ibunya dan dengan bimbingan operator panggilan kecemasan, dia membantu ibunya melalui melahirkan adik perempuannya, Jayla.
“Dia memang ‘Miracle’ (ajaib) apabila mendail 911 dan apa yang berlaku seterusnya hanyalah kehebatan.
“Terima kasih kepada suara yang tenang daripada operator 911, Scott, Miracle dapat membantu ibunya melahirkan adik perempuannya, Jayla,” tulis jabatan bomba dan penyelamat di Facebook.
Ikut Arahan Melalui Telefon
Miracle mengikut semua arahan yang diberikan kepadanya melalui telefon.
Menurut catatan Facebook, apabila bayi Jayla dilahirkan, “Miracle berada di sana dengan tuala untuk mengelap mukanya dan untuk membantu merangsangnya supaya dia menangis dan memastikan bayi itu hangat sehingga paramedik tiba”.
Anggota kecemasan tiba beberapa minit kemudian dan mengambil alih tugas kanak-kanak berusia 10 tahun dan membawa ibu dan adik perempuannya yang baru lahir ke hospital, secara selamat dan sihat.
Mingguan Wanita: Hebat kanak-kanak perempuan ini, walaupun menjadi ‘Bidan Terjun’ namun kekal tenang dan berjaya membantu ibu bersalin dengan selamat walaupun hanya mendengar arahan menerusi telefon.
Keadaan negeri Sabah yang bergelut dengan pendemik Covid-19 membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menghantar kakitangannya ke sana bagi membantu mengawal keadaan.
Ketika penghantaran mereka pada pagi semalam, laungan azan iringi frontliner ke Sabah, memang sedih namun laungan azan adalah semata-mata untuk suntik semangat lakukan tugasan.
Laungan Azan Iringi Frontliner
Kota Bharu: Seramai 85 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dihantar ke beberapa hospital dan pejabat kesihatan di Sabah bagi membantu dalam mengawal pandemik Covid-19 di negeri itu.
Penghantaran mereka dilakukan secara berperingkat bermula pada 23 September lalu dan terkini adalah pagi semalam membabitkan enam pembantu perawatan kesihatan.
Pelepasan mereka diadakan di lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini pada 10 pagi oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.
Bagi Membantu Pengurusan Kesihatan Di Sabah
Zaini berkata, penghantaran semua kakitangan JKNK itu adalah bagi membantu pengurusan kesihatan di Sabah dalam usaha merawat pesakit serta mengawal wabak Covid-19 yang masih menular di sana.
“Semua kakitangan JKNK yang dihantar itu akan berada di sana selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi hospital dan pejabat kesihatan antaranya di Tawau, Labuan dan Semporna bergantung kepada kerajaan Sabah.
“Kakitangan yang dihantar membabitkan pakar perubatan, pegawai, penolong pegawai, jururawat termasuk pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Suasana Sedih Bila Azan Dilaungkan
Suasana sedih menyelubungi sekitar acara pelepasan pagi semalam yang dimulakan dengan ucapan disusuli doa seterusnya azan dilaungkan oleh pegawai agama jabatan mengiringi enam kakitangan JKNK ketika keluar dari lobi.
Ada dalam kalangan mereka yang cuba menahan sebak dan ada juga yang sudah berlinangan air mata sambil ditenangkan rakan setugas dengan memberi kata-kata semangat.
Zaini berkata, penghantaran keenam-enam mereka itu berlepas menaiki kereta sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.
“Laungan azan yang dialunkan adalah bagi menyuntik semangat dalam diri mereka dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadah.
“Selepas sebulan, mereka akan digantikan dengan kakitangan lain bergantung kepada keperluan dan sudah ada kakitangan yang pulang iaitu mereka yang berlepas sebelum ini,” katanya.
MW: Covid-19 ini membuatkan petugas barisan hadapan tanpa henti berbakti kepada negara. Sesungguhnya hanya Allah saja dapat membalas jasa-jasa mereka. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi pendemik ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...