
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
Puan Siti Samsiah ini ada kongsikan caranya sebagai panduan;
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
Panduan ringkas ada di setiap gambar.
1.Permulaan gali sikit lubang.
2.Pacak pvc ikut suka ukuran.Dah pacak ketuk keliling pvc biar kukuh.
3.Lapisan bawah isi pecahan pasu atau batu bata. Untuk jimat tanah.
4.Ketuk bagi tanah turun.
5.Akhir sekali tanam pokok yang kita suka. Dan siram.
Suka tak. Cantik tak.

Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Sumber: Siti Samsiah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara MUDAH Bersihkan Minyak Melekat Pada Bekas Plastik Guna TISU DAPUR

Isi Kandungan
ToggleKesan minyak melekat pada bekas plastik memang payah nak bersihkan. Walaupun dan guna air sabun, kesan kotorannya selalu tetap masih ada. Kena lebih ‘gigih’ menyental kesan-kesan minyak ni.Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk mak-mak menanggalkan kotoran minyak melekat pada bekas plastik ni.Hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu.
Kaedah ini dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai ajezzzzzzz. Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.
Bahan Diperlukan:
Sabun cecair basuh pinggan
Air
Sekeping Tisu Dapur
Cara-Caranya:
1. Masukkan sedikit sabun cecair basuh pinggan dalam bekas plastik.
2. Isikan air paip dalam 1/3 bekas.
3. Gunakan sekeping tisu dapur.
4. Letakkan dalam bekas plastik yang berisi air tadi dan tutup rapat.
5. Kemudian hanya perlu goncang selama 2-3 minit.
6. Buka penutup dan bilas bersih bekas tersebut.
Tadaaa..Siap! Lihat hasilnya, kesan kotoran tanggal dengan mudah.

Cara nak bersihkan bekas dengan kesan degil nak mampus. #TikTokGuru #TikTokJez pic.twitter.com/afS1tW6LTC
— Ajez 🇲🇾 (@ajezzzzzzz) August 2, 2020
Baca Lagi di Sini:
Tukang Masak Kongsi 3 Barang PENTING, Sental Periuk Belanga Jadi Bersih Berkilat!
Bila Api Tungku Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga ‘Adjust’ Begini
MW: Cukup mudah guna cara ni, tak perlu nak sental bekas plastik yang ada kesan minyak melekat, hanya perlu guna tisu, air sabun dan goncang-goncang je.
Sumber: Twitter Ajez
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
JIMAT Sabun Basuh Pinggan Boleh Tahan 5 Bulan, Buih Tetap Banyak!

Isi Kandungan
ToggleSabun basuh pinggan antara barangan wajib mak-mak beli setiap kali belanja dapur. Lebih-lebih lagi jika selalu memasak, atau ada berniaga, memang banyak pinggan mangkuk yang nak kena dibasuh. Tak sampai sebulan, sabun basuh pinggan pun cepat habis. Nak beli selalu, memang boleh tahan harganya.
Sebenarnya ada cara menjimatkan sabun basuh pinggan ni, boleh tahan sehingga 5 bulan! malah buihnya tetap banyak dan pinggan bersih tak berminyak. Hanya campurkan garam dan air ikut sukatan yang sesuai.
Jemput baca perkongsian daripada Puan شهيد شهداء sebagai rujukan.
“Ni bukan pasal resepi masak tau.Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.Jimatlah juga belanja dapur kan.”
“800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun. Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan, ok tak?”
“Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.Mudah je.”
Bahan-Bahan:
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight)
Garam pakej kecil (anggaran secawan)
Cara Membuat:
Gaul semua bahan-bahan dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!
Info Ekstra!
- Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml.Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).
- Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’
Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba.
InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Garam sebenarnya memang bahan asas dalam pembuatan sabun. Menambah garam dan air tetap mengekalkan buih sabun.
Selamat mencuba untuk lebih jimat. Sangat membantu jimat belanja.

Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je.Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan.Alhamdulillah..
Info Ekstra!
- Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah.. Sebab 2 liter pun dah amat banyak.. lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering dll.
- Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air.. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya. Guna sikit untuk sekali basuhan.
- Masalah tangan kering.. Penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan.. Sebab? Kekurangan kaedah ni adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun.. Tu je..
- Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit..
- Cara gandakan ni bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.
- Jadi, cara ni hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar² inginkan lebih penjimatan..Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi mak-mak yang berjimat belanja dapur tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Sumber: شهيد شهداء
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Tutorial Pembersihan Rapi Mesin Basuh Guna 3 Cara Tub Cleaning

Isi Kandungan
ToggleSebaiknya, dalam musim Corona Virus yang serba membimbangkan ini mak-mak disarankan melakukan pembersihan rapi luar dalam mesin basuh di rumah dengan lebih kerap. Jika sebelum ini buat sebulan sekali, sekarang ini cubalah buat sekerapnya.
Dr Hani Mynis berkongsi tunjuk cara pembersihan rapi luar dalam mesin basuh dengan menggunakan 3 cara tub cleaning iaitu dengan kaedah setting tub cleaning, setting soak dan secara manual.
Ini saranan Dr. Hani, “Memandangkan sekarang ni musim virus Corona tengah mengganas, Hani sarankan untuk kita buat pembersihan rapi sekerap yang boleh.
“Setiap mesin basuh ada feature yang berbeza kan. So ni Hani tunjuk 3 kaedah tub cleaning yang boleh dilakukan untuk buat pembersihan rapi mesin basuh kat rumah masing-masing.”
Sebelum Mulakan Pembersihan Rapi Luar Dalam Mesin Basuh
Ini tips Hani untuk buat pembersihan rapi mesin basuh (WM) :
√ Kebiasaannya, kita perlu buat pembersihan rapi maksimum sebulan sekali. Tapi musim virus ni Hani galakkan untuk kita buat selepas setiap kali cucian.
√ Untuk buat deep cleaning wm, buat dua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
√ Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran wm.

√ Sebelum buat tub cleaning (tc) , bersihkan lint trap dulu. Rujuk gambar. Kalau lint trap penuh dengan lint (ie kotor), kita buat tc pun tak guna sebab kekotoran yang keluar semasa kita buat tc tak di perangkap oleh lint trap kita. Sebab tu ada yang kekotoran tertinggal kat bahagian tub.
Mula-mula Bersihkan Lint Trap Dulu

Hani guna berus dari Mr diy ni. Berus ni terbaik yang hani pernah ada.


Kalau Lint Trap Rosak..
√ Setiap mesin basuh ada lint trap built in di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap lint. Rujuk gambar floating lint trap. Beli kat shopee je.
Bersihkan WM Guna 3 Kedah Tub Cleaning
Ada 3 kaedah tub cleaning yang boleh dibuat iaitu :
1. Guna setting TUB CLEAN sedia ada di wm
1. Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Biarkan run sampai habis.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi-tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 93 min
2. Guna setting SOAK
1. Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min
2. masukkan pencuci pilihan
3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
*masa tempoh soak ni, jangan cemas pulak bila tub wm tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap-sekejap. Nama pun soak = rendam. So bila dia rendam memang tub tu tak bergerak. Kejap-kejap dia akan pusing. Kalau wm Hani masa soak ni selang 1minit 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit.
Jumlah masa = 114 min
3. Secara MANUAL
1. Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing macam biasa masa kita cuci kain. = 20 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Lepas 20 min., Off Power.
4. Biarkan 30 minit =guna timer.
5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub
Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm untuk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
7. Basuh persekitaran tub juga (tepi-tepi tub dan detergent dispenser)
8. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 69 min
*untuk wm semi auto boleh guna kaedah ini ya.
√ Kalau selepas buat tc masih ada sisa kotoran kat tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu+penyodok mini (yang selalu kita letak dalam kereta tu) atau guna vakum cleaner je. Pilih mana yang mudah.
Bahan Pencuci Yang Digunakan Semasa Tub Cleaning

√ Untuk buat pembersihan rapi wm ni tak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Kalau nak guna yang khas boleh beli di Eco, Mr. DIY, Daiso dan Shopee.
√ Selain itu boleh guna peluntur (ie Clorox), guna antiseptic (ie Dettol) atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tc. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam wm, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.

Sempena musim Covid19 ni, hani sarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Memandangkan virus corona ini boleh dihapuskan hanya menggunakan sabun, guna sabun apa-apa pun memadai. Personally, Hani suka guna sabun basuh pinggan jenis cecair.

Selesai Tub Cleaning, Bersihkan Pula Dalaman WM
Untuk Tebing Tub
Seterusnya Guna Quick Wash Untuk Proses Bilasan WM
Dah selesai buat tub cleaning dan pembersihan sekeliling tub tadi, kena bilas supaya tiada kekotoran atau sisa pencuci tertinggal dalam wm.
“Selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap kita tadi untuk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.”
Memadai bilas menggunakan setting QUICK WASH
Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Pembersihan Rapi Bahagian Luar WM
Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin/tingkap.

Untuk bahagian badan wm, elakkan guna pencuci mengandungi harsh chemical/ bleach/solvent.

Dah Siap!
Tip Penting!

Amalkan selepas basuh baju atau selepas Pembersihan rapi biar dia terbuka macam ni supaya bau dalam wm tak kepam ya. Pengudaraan yang baik penting supaya dalam tub betul-betul kering. So takde lah baju kita bau hapak walaupun selepas dicuci.

Sendal je supaya ada sedikit pengudaraan. Hani sendal guna lint trap hani
Semoga bermanfaat.
*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis, Hani Mynis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI