
Isi Kandungan
ToggleKhas buat peminat petai, jika selalu petai dibuat sambal atau dimakan mentah begitu sahaja, apa kata kali ni cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon Datin Paduka Ainur Syakina Azman,23 atau lebih dikenali Eina Azman ni.
Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini memang gemar berkongsi resipi dan video masakannya didalam Instagram.Perkongsian resipi Nasi Goreng Petai ini antara yang paling banyak mendapat tontonan oleh para pengikutnya iaitu lebih 410 000 views.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Ayam (dipotong kecil)
2 Biji Bawang Merah
7 Ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
2 Batang Cili merah
Segenggam Cili Padi
Sedikit Sos tiram
Sedikit Sos ikan
Sedikit Kicap manis
4 Biji Telur
Semangkuk Petai
Nasi Putih
Garam
Gula
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Gorengkan hirisan ayam dalam kuali.
2.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih,belacan, cili merah dan cili padi.
3.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk didalam kuali sehingga naik bau/garing.
4.Masukkan sedikit sos tiram, kicap manis,sos ikan, garam dan gula.
5.Masukkan pula telur dan kacau sebati.
6.Masukkan petai yang telah dikopek kulit, kacau dan biarkan seketika.
7.Akhir sekali, masukkan nasi putih dan kacau rata.
Siap! Sedia dihidang.

Jadi buat mak-mak yang masih tiada idea nak masak malam ni, bolehlah cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon cantik manis ini.
Selamat Mencuba!
Sumber: Eina Azman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Suami Jaja Keburukan Di Media Sosial & Keluarganya Lepas Cerai, Peguam Kongsi Isteri Boleh Saman EX

Bekas suami jaja keburukan di media sosial & keluarganya lepas cerai, peguam kongsi isteri boleh saman EX. Ramai pasti pernah mengalami masalah sebegini. Di buruk-burukkan di media sosial dan keluarganya walau sudah bercerai.
Seolah-olah bekas suami simpan dendam kerana perceraian yang terjadi. Tapi tahukah bahawa wanita ada hak dan mengemukakan saman kepada bekas suami yang teruk begini.
Bekas Suami Jaja Keburukan Di Media Sosial
Ikuti perkongsian bermanfaat dari peguam, Liyana dari Liyana & Co mengenai masalah ini.

Saya ada bekas suami yang malukan saya di social media dan juga canang cerita buruk mengenai saya pada keluarganya dan juga bekas ipar duai saya. Dia cakap saya ni janda yang tak kenang budi dan suka hasut anak-anak untuk membenci dia dan isteri baru dia.
YA Boleh!
Mengikut kes yang sudah diputuskan di Mahkamah Sesyen di Kuantan Pahang pada tahun 2010, seorang bekas isteri telah menyaman bekas suami kerana telah memfitnah, membuat tuduhan dan kenyataan palsu terhadap bekas isteri yang telah disebarkan kepada keluarga dan anak-anak melalui penerbitan surat.
Akibat daripada penyebaran surat tersebut, plaintif mendakwa bahawa beliau telah mengalami malu, aib dan tekanan perasaaan yang melampau.

Apakah yang bekas isteri tersebut perlu buktikan?
3. Pernyataan- pernyataan fitnah ditujukan kepada plantif.
Sekian,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anggap Ketinggian Satu Keistimewaan, Wanita Kaki Terpanjang Kongsi Inspirasi Tak Perlu Malu

Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pasti ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang dianugerahkan sama ada bentuk fizikal atau rupa paras. Sama ada kita kita menganggap kelebihan atau kekurangan terserah kepada diri masing-masing.
Seperti mana gadis ini, dia menganggap ketinggian sebagai satu keistimewaan, jadi dia terus positif dan wanita kaki terpanjang ini sering berkongsi inspirasi dan pernah malu.
Anggap Ketinggian Sebagai Satu Keistimewaan
Gadis dari Texas, Amerika Syarikat mencipta dua rekod sekaligus dalam Guiness World Record apabila diiktiraf menjadi wanita dan remaja yang memiliki kaki terpanjang.
CNN memetik kenyataan Guiness World Record, Maci Currin, 17, memiliki kaki kiri sepanjang 135 sentimeter (cm) manakala 134 cm pada sebelah kanan.
“Diharap semua wanita yang tinggi menganggap ketinggian dimiliki mereka sebagai satu keistimewaan.
“Kamu tidak seharusnya malu tetapi perlu berbangga dengan apa yang dimiliki.
“Saya sendiri tidak ambil peduli apa yang orang sekeliling fikir tentang saya,” katanya.
Baca Juga Di sini:
Patutlah Rambut Afro Dua Beranak Kembang Elok, Buat Syampu Sendiri Rupanya
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Ketinggian Luar Biasa
Menerusi satu perkongsian video di Youtube, ibu Currin memberitahu dia menyedari anaknya itu lebih tinggi daripada mereka seusia dengannya sejak kecil lagi.

“Mungkin ada gen yang menyebabkannya mempunyai ketinggian luar biasa,” katanya.
Keunikan Currin menjadikannya terkenal di laman sosial dan sehingga kini memiliki 1.7 juta pengikut di TikTok manakala 50,000 di Instagram (IG).
Memberi Inspirasi Tak Perlu Malu
Menerus platform itu, Currin berkongsi pelbagai video untuk memberi inspirasi dan meyakinkan pengikutnya untuk yakin dengan bentuk badan mereka.
Malah, setiap video dimuat naiknya di TikTok meraih jutaan tontonan.
Difahamkan ,Currin memiliki ketinggian 208 cm, bapanya 196 cm, abangnya 193 cm manakala ibunya 170 cm.
MW: Bila kita hargai setiap kelebihan atau anugerah yang diberikan pasti hidup bertambah bahagia dan positif. Malah setiap dugaan yang datang dapat dilalui dengan mudah.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hinanya Mengumpat, Suka Cerita Buruk Hal Orang Lain Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut!

Isi Kandungan
ToggleZaman sekarang segalanya di hujung jari. Sedihnya, perbuatan mengumpat, mengata buruk mahupun bercerita perkara buruk mengenai orang lain kini semuanya dianggap perkara biasa yang boleh dilakukan di media sosial.
Hati-hati ya, peringatan buat kita semua bahawa hinanya perbuatan mengumpat ini, suka bercerita perkara buruk mengenai orang lain umpama membusukkan seluruh air laut! Malah dosa mengumpat ini hanya boleh diampunkan, apabila meminta maaf pada orang yang diumpat!
Jemput hayati perkongsian hadis ini mengenai perbuatan mengumpat.
Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً . فَقَالَ ” لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ ” . قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ ” مَا أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا
Dari ‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).”
(Riwayat Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, samada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya hatta pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)
2. Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat.
3. Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah RA hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah, maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya.
4. Berkata al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan mengumpat itu.
5. Ramai pengguna laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga gambar yang dimuat naik serta yang di forward.
6. Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ ٥٦
“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan”

[al-Zumar: 56].
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Berhati-hatilah dalam berkata-kata dan jagalah setiap tutur kata yang dilemparkan. Jangan jadikan bercerita buruk mengenai perihal orang lain apatah lagi memfitnah satu perkara biasa.
Sumber:Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI