laksa lemak nyonya

Tengok gambar laksa lemak nyonya dari status yang dikongsikan Puan Tahrunnisah Jali sememangnya menjentik-jentik emosi. Sedapnya, terus rasa nak mencuba dan share dengan mak-mak resepi yang beliau kongsikan ini.

Cara membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Kalau puan kita ini yang berada di Rabigh Qasr, Makkah, Arab Saudi pun boleh buat.. inikan pula mak-mak yang dikelilingi rempah ratus dan tumbuhan herba yang mudah nak dapat ni.

Biarpun menggunakan daun kesum dan bunga kantan yang dibekukan dekat sebulan ia tetap tak jadi halangan buat beliau menghasilkan Laksa Lemak Nyonya terbaik.

Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah

Ini Bahan-bahan Untuk Kuah

  • 
3 biji bawang sederhana besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering dibersihkan dan direndam sebentar*
  • Satu ikat daun kesum
  • 1@2 batang bunga kantan
  • 4 tangkai serai*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • Sedikit belacan bakar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 5 biji buah keras*
  • 4 sudu besar cili kisar (kalau nak kurangkan pun boleh)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2500 ml air
  • 1/2 kilo udang segar sederhana besar direbus dengan 2 cawan air sehingga masak dan air rebusan udang jangan dibuang
  • 1/2 kilo ayam segar dipotong kecik
  • Tauhu pok
  • 2 kiub pati ayam
  • 4-5 keping asam gelugur
  • Garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto
  • Laksa beras rebus hingga lembut
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Udang segar
  • Hirisan daun kesum
  • 
Hirisan bawang besar
  • Telur rebus
  • Timun dipotong halus
  • Sambal belacan/sambal udang
  • Limau nipis

Cara Penyediaannya

1. Bahan bertanda * dikisar hingga halus

Ads

2. Panaskan minyak dalam 3/4 cawan. Masukkan bahan kisar dan cili kering rebus dikisar tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan air biar mendidih, masukkan ayam yang dipotong hingga masak. masukkan daun kesum bunga kantan yang dibelah, stok ayam, fishball, fish cake, tauhu pok dan air rebusan udang. Last sekali baru masukkan santan pekat. Kacau sentiasa supaya santan tu tak pecah santan nanti kuah tak cantik. Mendidih terus tutup api. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Dalam mangkuk letak laksa beras, curah kuah laksa bersama bahan-bahan dalamnya. Hias dengan hirisan daun kesum, hirisan bawang merah, timun, limau nipis dan telur.

Ads

Selamat menjamu selera

Nak Lagi Faham Rujuk Gambar Ini

Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Dekat sebulan dah..daun kesum dan bunga kantan masih segar dan warna tak berubah..padahal semuanya ni difrozenkan…

 

Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Bahan untuk dikisar

 

Ads
Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Bahan kisar untuk kuah laksa nyonya

 

Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Taraaa.. inilah hasilnya.

 

Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Laksa dan bahan hiasannya, sambal tu penambah keenakan.

 

Sumber/Foto : FB Tahrunnisah Jali – Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI