Setiap kali masuk ke Shopping Mall AEON, lalu bahagian food courtnya mesti terbau semerbak bau Asam Laksa yang cukup popular dekat situ. Memang ramai yang suka, sanggup beratur panjang nak menikmati kesedapan laksa di situ.

Tak perlu beratur panjang lagi, mak-mak boleh buat sendiri je laksa ala-ala dekat AEON ni. Memang sedap,cepat dan mudah nak buat. Hanya guna sardin dalam tin dan pes Asam Pedas sebagai ramuan utama.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hajal Aishah Zakirai ini sebagai panduan;

“Terbuat jugak hari ni, laksa ala-ala aeon tu.Memang betol lah rasa dia sama.Buat plak sikit mcm tak cukup lak. Tak kan esok nak buat lagi ni.Tq ya pada yang share resepi tu. Resepi ni untuk 4 atau 5 orang dewasa makan.”

Bahan-Bahan:

Bawang besar
Belacan (sebesar ibu jari)
2 tin sardin saiz kecil
1 peket pes asam pedas ADABI
2 keping asam keping
Daun kesum
Bunga Kantan
Garam
Gula
Perasa

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

Cara Membuat:

1.Kisar bawang,belacan,pes asam pedas,sardin 1 buang sos dan 1 tak buang sosnya. Kisar sehingga halus. Kalau ada nenas boleh kisar sekali.

Ads

2.Masukkan bahan kisar dalam periuk, letak asam keping,bunga kantan,daun kesum. Air ikut kepekatan yang kita nak. Panaskan hingga mendidih.

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

3.Dah mendidih masukkan garam, perasa, gula dan fishball. Kacau bagi sebati, tutup api. Siap!

Ads

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

4.Bahan hiasan tu ikut suka lah. Tambah otak udang/petis lagi paduuu agaknya.Sebab saya petis tak ada, tak guna lah.

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

Ads

Info Ekstra!

  • Jika tin sardin besar guna 1 tin.
  • Satu tin tu saya buang sos sebab tak nak rasa terlalu kuat hanyir dia. Tak nak buang,nak blend semua 2 tin tu boleh je, ikut citarasa masing-masing.

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!

MW: Mudah je mak-mak nak buat laksa yang ala-ala sama rasanya dijual dekat AEON ni. Cepat nak buat, sedap dan memang puas hati makan. Kena cuba buat sendiri di rumah nanti!

Sumber: Hajal Aishah Zakirai

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI