Laila Nasir kuat demi anak, bagi pelakon yang berusia 52 tahun ini menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal. Malah sejak kehilangan suami tercinta dia perlu meneruskan hidup seperti biasa.

Laila Nasir Kuat Demi Anak

Laila Nasir Kuat Demi Anak “Menjadi Ibu Tunggal Sekelip Mata Selepas Suami Meninggal Dunia Merubah Segalanya”

Bergelar ibu tunggal kepada dua putera sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu bukan perjalanan dan pilihan mudah bagi pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3.

Malah dia juga merupakan ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.

“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.

Laila Nasir Kuat Demi Anak “Menjadi Ibu Tunggal Sekelip Mata Selepas Suami Meninggal Dunia Merubah Segalanya”

Menjaga Anak Tanpa Bantuan Sesiapa

“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.

Ads

“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat.

“Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata Laila.

“Bukan Senang Nak Harung Hidup Tanpa Suami”

Malah wanita kelahiran Machang, Kelantan ini juga menerangkan bukan senang hidup tanpa suami.

“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.

“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.

“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” sambungnya.

Ads

Ibu Tunggal Berjaya

Baru menjadi antara penerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.

“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.

Laila Nasir Kuat Demi Anak “Menjadi Ibu Tunggal Sekelip Mata Selepas Suami Meninggal Dunia Merubah Segalanya”

Baca Disini Juga: Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19 “Kami Dipilih Menerima Ujian Allah, Semoga Kami Kuat”

Ads

‘Abang Tanggung Kehidupan Adik..’ Ikatan Adik-Beradik Tetap Kuat Selepas Ibu Tiada

Curang Itu Pilihan Bukan Boleh Dibuat Main-Main, Suami Janganlah Aniaya Pasangan!

Mingguan Wanita: Suka dengan semangat yang ada pada pelakon ini, walaupun menjadi ibu tunggal namun dirinya begitu kuat membesarkan anak dan meneruskan kehidupan.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI