Berita baik buat para isteri , terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
i-Lindung
Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.
“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.
“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.
Peningkatan Isu Ketaksamaan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara yang paling membimbangkan akibat daripada pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.
“Isu ketaksamaan ini telah wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyaknegara telah cuba mengurangkan impak Covid-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.
“Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa-kuasa berpengaruh dalam negara, telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.
Ads
ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual menutup persidangan ini esok.
Mingguan Wanita: Jadi buat para isteri jika inginkan tambahan caruman KWSP dalam akaun, bolehlah mohon i-Sayang ini pada suku pertama 2022 nanti. Bagi membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menyambut ulang tahun kelahirannya ke 31 pada tanggal 13 November. Pelantun lagu Pematah Hati ini berkongsi berita gembira pada sambutan ulang tahunnya yang ke-31 semalam di mana dia mendedahkan sudah menerima lamaran jejaka pilihan hati, Nik Iruwan Nik Izani.
Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya bersama gambar bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.
Dalam gambar tersebut mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing saling berpegangan dengan kapsyen bertulis: “I said yes.”
Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.
Nabila Razali dedah sudah terima lamaran
Rata-rata rakan selebriti termasuk peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu hari pernikahan Nabila dan pasangannya itu.
Laporan akhbar pernah melaporkan bahawa penyanyi Peluang Kedua itu telah mengikat pertunangan pada 25 Ogos lalu dalam majlis tertutup di kediamannya di Selayang, Selangor.
Baik Nabila mahupun Nik Iruwan, masing-masing tidak mengesahkan perkara tersebut meskipun persiapan perkahwinan termasuk busana pengantin dan layah yang bersulam huruf pangkal namanya sudah disiapkan seorang pereka fesyen terkenal tanahair.
Menurut laporan akhbar Kosmo, pasangan terbabit bakal bernikah pada 13 November tepat pada tarikh hari jadinya yang ke-31 hari jadinya semalam, namun pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali itu hanya menyatakan bakal berkongsi khabar gembira.
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.
Sumber memaklumkan Nabila dan Nik Iruwan memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka.
Sejak Jumaat lalu, panas ruangan media sosial dengan konstroversi pelakon baru, Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19 yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.
Kontroversi Alya semakin panas apabila, isteri kepada seorang ahli perniagaan, Penny Salman berkongsi di instagram miliknya mendakwa yang suaminya mempunyai hubungan sejak setahun lalu dengan pelakon yang juga model muslimah ini.
Bagaimana pun, Alya tampil memberi kenyataan yang dirinya sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan pada 27 Februari lalu. Dan hubungannya berakhir pada Mac lalu, apabila pertunangannya itu tak mendapat persetujuan isteri ahli perniagaan berkenaan.
Bagaimanapun, Penny mendakwa yang Alya masih lagi berhubungan dengan suaminya. “Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi.” Terang isteri ahli perniagaan berusia 30 tahun ini di instagram story dan turut berkongsi gambar Alya yang bergambar disamping suaminya.
Paparan insta story Penny Salman.
Saya Masih Muda Dan Naif – Alya Iman
Susulan pendedahan itu, instagram Alya diserang pengguna laman sosial yang mengikuti cerita kontroversi anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini.
Menerusi instagram story, Alya menulis permohonan maaf, “Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”
Akuinya, kecaman dan fitnah yang dilemparkan ke atas itu akan lebih mematangkan dirinya.
“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Dan saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.”
Malah, Alya turut menjelaskan yang dis sudah pun memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.
Di sebalik kejayaan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, adanya seorang isteri yang begitu kental, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Biar ketika suami dikecam hebat, dia setia di sisi menenangkan.
Lembutnya jiwa isteri, malah ketegasan peribadi menjadi sandaran kekuatan suami. Dan atas kelebihan inilah, DS Aliff Syukri menegaskan, “Jangan ditukar ganti isteri yang susah senang bersama kita. Sebab itulah kunci kejayaan.”
Rentetan itulah, beliau berkongsi memori yang sukar dilupakan dari kotak ingatannya.
“Ketika 10 tahun lepas, ketika saya bekerja makan gaji RM1600, saya terpaksa berniaga part time di pasar tani bersama isteri saya dalam panas terik.”
Kerana akuinya, beliau juga mahu berjaya sama seperti orang lain. Dan waktu itulah, isterinya menuturkan satu impian.
“B, kalau kita dah senang saya nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? Tak kisahlah ambil pakej umrah paling murah.. jalan dari hotel 10 kilometer pun tak apa.”
“Asalkan dapat jejak ke tanah suci setiap tahun. Sebab saya rasa tenang di sana.” Sungguh apa yang DS Shahida tuturkan itu rupanya menjadi realiti dan beliau mampu tunaikan janji itu pada isteri.
Kalau Itu Yang Awak Rasa Bahagia, Saya Tunaikan Impian Awak – Aliff Syukri
“Janji saya, selagi saya mampu, saya akan tunaikan impian awak. Kalau itu yang awak rasa bahagia. Sebab saya bukanlah suami sempurna, jauh sekali yang terbaik buat isteriku.”
“Tapi saya belajar jadi suami yang terbaik dan terus belajar untuk menjadi suami terbaik untuk keluarga kita.”
Dalam pada menuturkan hasrat hati, DS Aliff turut berkongsi lagu Kekasih Hati nyanyian kumpulan Inteam.
Ujarnya, lirik lagu itu amat bermakna buatnya. Dan itulah lagu yang ditujukan khas untuk isterinya, DS Shahida.
“Yang tiada pengganti di dunia ini. Doakan kalau ada rezeki tahun depan saya teringin nak ke sana juga dengan satu keluarga.”
Walau Ribut Melanda, Saya Tahu Awak Akan Bersama Saya Sayang
Ketika DS Aliff dikecam hebat, DS Shahida terus menjadi sumber kekuatan suami. Kerana dia tahu, sebagai manusia suaminya itu tak lepas dari melakukan kesilapan.
“Ramai orang lihat saya sekarang tapi tidak ramai melihat saya dahulu yang susah. Dulu saya pernah terduduk, tersungkur, duit dalam bank ada RM500 je.”
“Tapi kita happy. Sekarang.. suit ada banyak tapi lain pula dugaan. Apa pun kita tempuhi juga.”
“Saya tahu bukan mudah bergelar wife kepada Aliff Syukri. Banyak kesabaran dia yang selalu ada di sisi saya. Di kala saya senang dan susah.”
“Dia ada ketika saya senang dan susah, dia ada ketika mana saya tak mampu pun membeli benda-benda berharga. Doakan kami kekal hingga ke jannah.”
“Hanya Allah yang tahu betapa susahnya menjadi orang bisnes ini. Dan nak mengekalkan bisnes yang hampir 10 tahun ini tanpa bantuan sesiapa kecuali keluarga kecil kami.”