Risaunya bila kesihatan mula terganggu sehingga mengakibatkan sampai masuk hospital.Terbaru, pelakon Mia Sara Nasuha, 13, yang dikenali bakat lakonanannya sejak dari kecil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Buah Pinggang Bengkak
Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.
“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.
“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.
Kurang Minum Air
Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.
Ads
Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.
Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi ramai dan tanda tanya gambar-gambar yang dimuat naik di dalam instagram pelakon ini.
Ads
Ads
Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga pelakon cilik berbakat besar ini cepat sembuh dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.
Haa.. macam-macam tau gelagat isteri bila ikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia ini. Berminggu-minggu berkurung dah tak dapat jalan-jalan, isteri pun cari idea macam mana nak hiburkan hati sendiri.
Kira macam me time juga lah ini. Lucu baca perkongsian Bro Ohsem, Akhtar Syamirtentang isterinya, Nora Azni. Terkejut ‘kawan’ tu.. naik hairan kenapa isteri bersolek, cantik-cantik berkebaya dalam rumah.. nak pergi mana? Rupanya ini ceritanya.
I Dah Tak Tahan Berkurung Dalam Rumah Ni
Kalau bosan berkurung, berkebaya lah pula. #KebayaPKPChallenge. Itulah yang dilakukan isteri saya Nora Azni hari ini.
Terkejut juga mula-mula bila tengok dia bersolek bagai. “I dah tak tahan dah berkurung dalam rumah ni, I nak keluar, tak kira la kena tangkap ke kena tahan ke.”
Rupanya, siap je berkebaya dan bersolek, terus ke bahagian luar rumah, ambil penyapu dan penyodok sampah dan mula menyapu. Hahaha.. Terkena saya hari ini.
Dia boleh sambung masak, basuh pinggan, lap meja, bersihkan kipas, sidai baju, lipat baju dan basuh tandas sambil melawa macam tu. Kelakar sungguh. Padahal memang itulah yang para isteri buat setiap hari. Bezanya hari ini, dia berkebaya.
Sesekali Bergurau Suami Isteri, Seronok Juga
Siap pegang beg tangan, simbolik kepada Dato Rizalman sound retis yang selalu ambil gambar tunjuk beg tangan tu. Hehe.. Jangan risau, takde duit pun dalam tu, kad Watson je.
Sekali-sekala bergurau begini, seronok jugak. Tergelak-gelak kami berdua masa ambil gambar tadi. Video pun ada, nanti saya upload.
Siapa nak join challenge ni? Jom share gambar korang pulak kat komen. Korang cuba share jugak, mesti ramai lagi nak sahut cabaran ni.
MW : Tak salah kan bercantik-cantik dalam rumah. Selain hiburkan hati sendiri, suami pandang hari-hari pun jadi seronok sama.
Sumber/Foto : Akhtar Syamiryang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi, http://t.me/broohsemfans
Ibunya harap ini bukan sambutan hari lahir Ammar yang terakhir kerana setakat ini doktor jangkakan hayat Ammar bertahan dalam lima bulan lagi.
Bukan sesuatu yang mudah bagi seorang ibu menerima takdir ini, apatah lagi melihat anak yang masih kecil perlu menanggung segala kesakitan.
Doktor Jangkakan Ammar Bertahan Lima Bulan Lagi
“Doktor menjangkakan tempoh hayat anak saya, Muhammad Ammar Mohd Suhaimi, 7, hanya bertahan kira-kira lima bulan lagi kerana kanser neuroblastoma (saraf) yang dihidapinya sudah merebak.
“Namun hari ini saya cuba menggembirakan hatinya dengan menjemput rakan-rakan yang berpakaian kostum Ultraman, Mini Mouse dan Mickey Mouse untuk memberi semangat pada sambutan hari lahirnya, hari ini,” kata Farah Wahida Md Ishak, 37.
Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu dikesan menghidap kanser tahun lalu dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dua kali setiap bulan.
Berserah Dengan Ujian Yang DiLalui
Katanya, dia dan suaminya, Mohd Suhaimi Zakaria, 43, bekerja sebagai kerani di sekolah berasingan di daerah ini hanya mampu berserah pada Allah dengan ujian yang dilalui.
“Saya terpaksa bergilir mengambil cuti dengan suami untuk menjaga Ammar sekiranya dia dimasukkan ke hospital tetapi sekarang kami hanya bekerja dari rumah (BDR) disebabkan Covid-19.
“Kami perlu membawa Ammar ke HPP dua kali sebulan untuk mendapat rawatan dari doktor pakar kanak-kanak di sana dan menggunakan wang yang ada untuk kos perjalanan serta makan minum kira-kira RM500 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Guar Kepayang, Tanah Merah, Pendang.
Kerap Demam
Menurutnya, anaknya sejak kecil kerap demam dan tahun lalu dia mengadu sakit kaki dan membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Katanya, ketika itu, doktor hanya memberinya ubat tahan sakit dan namun apabila pulang ke rumah, kesakitan itu semakin ketara menyebabkan dia dan suami membawa Ammar ke sebuah hospital swasta di Alor Setar untuk menjalani rawatan lanjut.
“Doktor mendapati terdapat sel kanser ketika menjalani ujian ultra sound dan merujuk kes itu ke HPP. Kira-kira sebulan kemudian barulah kami tahu yang Ammar menghidap kanser.
“Sejak itu, saya dan suami tidak pernah berputus asa dan membawanya menjalani rawatan kimoterapi walaupun doktor memberitahu jangka hayat anak saya tidak bertahan lama tapi saya berusaha selain berdoa pada Allah,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh lima bulan ini, mereka sekeluarga mahu meluangkan masa bersama Muhammad Ammar dan akan memenuhi kemahuan anaknya.
Katanya, disebabkan itu, dia menghubungi Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) untuk membawa beberapa watak kartun sempena sambutan hari lahirnya hari ini bagi menggembirakan hati anaknya.
“Sebagai ibu memang saya sedih dengan apa yang dilalui dan kami juga perlu membelanjakan wang untuk membeli susu formula khas setiap bulan kepada Muhammad Ammar seperti yang disyorkan oleh doktor.
“Dia juga banyak kali beritahu mahu ke Underwater World di Langkawi tetapi disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, kami tidak dapat menunaikannya,” katanya.
Selain itu, Farah Wahida berkata, anaknya juga berhasrat untuk memakai baju seragam bomba dan menaiki jentera kerana bercita-cita untuk menjadi anggota bomba.
Harap Ini Bukan Sambutan Hari Lahir Terakhir
Katanya, dia berharap dapat menunaikan impian anaknya buat kali terakhir untuk anaknya walaupun berdoa supaya anaknya dipanjangkan usia.
“Saya mempunyai empat lagi anak berusia antara 3 hingga 17 tahun dan tiga daripadanya masih bersekolah.
“Apabila terpaksa mengambil cuti, kami dapat separuh gaji dan duit itu digunakan untuk membawa kegunaan Muhammad Ammar serta menyara hidup keluarga,” katanya.
Farah Wahida berharap sambutan hari lahir anaknya pada hari ini bukan kali terakhir walaupun reda dengan apa yang berlaku.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 012-5514453.
Sementara itu, Pengerusi FOCCAN Wilayah Utara, Maznah Tayib berkata, pihaknya turut memberi hadiah permainan Lego kepada pesakit kanak-kanak itu sebagai tanda sokongan kepadanya.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Hanya ibu dan keluarganya saja yang tahu bagaimana terseksa hati dan perasaan melihat keadaan Ammar kala ini. Semoga ada keajaiban buat Ammar. Insyallah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Belanjawan 2021 sudah pun selesai dibentangkan kira-kira jam 6.30 petang tadi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggalas amanat menyampaikan amanat belanjawan yang disifatkan paling penting dan mencabar dalam sejarah.
Ekoran penularan Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat dan ekonomi negara.
Di sebalik melaksanakan amanat tersebut, penampilan Tengku Zafrul menarik perhatian umum. Hari ini beliau segak mengenakan baju Melayu lengkap bersamping.
Di tangannya terselit beg sampul berwarna kelabu berisi teks ucapan Belanjawan 2021. Memecahkan tradisi kebiasaan yang mana selalu teks belanjawan di bawa dalam beg bimbit berwarna hitam.
Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 itu dibawa dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.
Tengku Zafrul Mulakan Perjalanan Dengan Iringan Doa
Bagi mendapatkan keberkatan, perjalanan beliau dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah.
Malah, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon sama segak berbaju melayu.
Belanjawan 2021 ini pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.
Sementara di instagramnya, bapa kepada empat orang anak ini memohon agar tugasannya membentangkan belanjawan buat kali pertama ini dipermudahkan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.