Isi Kandungan
ToggleBila dah jadi mak-mak ni segalanya nak kena cepat, mudah dan paling penting jimat masa baik nak uruskan anak-anak dan rumahtangga, mahupun nak buat kuih raya! Jika pernah buat kuih siput, bahagian yang paling ‘renyah’ nak buat ialah bab menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.
Menerusi perkongsian Nana Ereena ini cara senang dia buat ‘kuih siput’ ekspress dengan menggunakan pasta je. Siap buat jual! Tak perlu gentel tepung, pastanya pula tak perlu direbus.
Berikut antara perkongsiannya:
“Kuih raya pertama ku yang paling senang di abad ini.Dah siap kena sorokkan kalau tak sekejap licin”
Pasta Crispy Black Pepper / ‘Kuih Siput’ Ekspress
Bahan-Bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pakai ketiga-tiganya)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Serbuk Lada Hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air paip. Cuci bersih.
2.Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak lah ye.Asal melekat dekat makaroni/spiral/small shell tu.Kalau tak lekat tambah air sikit.
3.Gaul sebati.
4.Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
5.Angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper.Siap.
Siap! Selamat mencuba!
Senang sanang kan, mak-mak bolehlah cuba untuk kudap-kudapan masa raya nanti.Gerenti laku keras!
Sumber: Nana Ereena
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Cantik Ini Tak Pernah Solat, Jenazahnya Berat Sampai Anak-anak Enggan Mandikan Dan Kafankan
Isi Kandungan
ToggleSolat itu tiang agama. Ketika dihisab kelak, solatlah perkara pertama yang akan dikira oleh Allah. Jika di dunia masih terleka, kelak ketika pengakhiran hayat tak sempat nak bertaubat.
Inilah yang berlaku pada hidup Mak Ngah. Demi menghormati keluarga Mak Ngah, nama yang digunakan terpaksa ditukar. Kisah ini besar pengajarannya.
Masih jelas di ingatan Muhamad, pada pagi itu itu dia mendapat panggilan daripada saudara terdekatnya yang memohon pertolongannya bagi menguruskan jenazah ibu saudaranya.
Ibu saudaranya yang dipanggil “Mak Ngah” tidak pernah sakit, panggilan pagi tadi amat memeranjatkan Muhamad. Tanpa berlengah Muhamad mengajak isterinya terus ke rumah Mak Ngahnya.
Setibanya di sana, kelihatan anak-anak Mak Ngah semua berada di luar bilik memandikan jenazah. Tersentak dengan perbuatan mereka, Muhamad menegur mengapa tidak disegerakan urusan memandikan jenazah ibu mereka.
Mereka hanya mampu menggeleng dan menangis, keempat-empat adik-beradik tersebut tetap tidak berganjak untuk menguruskan jenazah ibu mereka.
Cantik Ketika Hidup
Melihat keadaan itu, dengan ditemani isteri, Muhamad memberanikan dirinya melihat keadaan jenazah Mak Ngahnya.
Allah Maha Besar, tubuh ibu saudaranya kelihatan membengkak dan matanya pula kehitaman. Padahal sebelum ini Mak Ngah adalah ibu saudaranya yang paling cantik dan pandai berdandan.
Mungkin perkara ini menjadi asbab untuk anak-anaknya meninggalkan sang ibu dan tidak mahu meneruskan urusan memandikan jenazah.
Dia meminta pihak pengurus jenazah terdekat membantunya untuk menguruskan jenazah ibu saudaranya.
Dari awal hingga ke akhirnya, Muhamad tidak lekang daripada memohon Allah memudahkan segala urusan mereka. Tidak mahu rasanya Allah menunjukkan sesuatu yang mengaibkan Mak Ngahnya.
Lama juga masa yang diambil untuk menguruskan jenazah kerana badannya yang besar. Usai urusan memandikan, jenazah perlu diangkat untuk dikafankan.
Kala ini Muhamad sekali lagi diuji, biar pun hampir sepuluh orang termasuk anak-anaknya mengangkat jenazah tetapi beratnya bukan kepalang. Hampir putus asa untuk mengangkat jenazah tersebut.
Setelah tiga kali mencuba, akhirnya jenazah mampu diangkat keluar dan dikafan. Anak-anaknya mengambil keputusan untuk lakukan solat jenazah di rumah sahaja apabila mengenangkan jenazah ibu mereka yang berat untuk diangkat.
Jenazah Terkeluar Keranda
Ketika jenazah diangkat untuk ke kubur, tiba-tiba anak sulung Allahyarham yang berada paling depan tersadung tunggul kayu lalu keranda yang digunakan untuk mengangkat jenazah terlepas lalu mayat tercampak keluar. Khalayak yang melihat kejadian ini menjadi kelam-kabut.
Sebagai keluarga terdekat, Muhamad segera mendapatkan jenazah dan meminta orang ramai mengangkatnya semula ke dalam keranda. Masya-Allah terlalu berat jenazah rasanya.
Namun dalam keadaan kelam-kabut dan berhempas-pulas akhirnya jenazah berjaya dikebumikan menjelang waktu Asar.
Setelah segalanya selesai, Muhamad cuba mendapatkan anak-anak arwah Mak Ngahnya. Biar pun Muhamad langsung tidak bertanya apa kejadian sebenar yang menimpa ibu mereka, tetapi anak sulungnya terus meminta agar Muhamad tidak mendedahkan aib yang telah berlaku pada ibu mereka.
Menurut anak sulung ibu saudaranya, Mak Ngah memang tidak pernah mendirikan solat sepanjang hidupnya. Malah ketika meninggal dunia dia masih berdandan kerana mahu menghadiri majlis makan malam bersama kawan-kawannya di hotel.
Sedih hati mereka apabila ibu yang mereka sangat sayangi pergi buat selamanya sebelum sempat bertaubat.
Selama ini, hampir berbuih mulut mereka anak-beranak menasihati sang ibu, tetapi ibarat mencurah air di daun keladi.
Semoga apa yang terjadi kepada Mak Ngah menjadi pengajaran buat semua. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, hanya dia yang layak disembah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijrah & Istiqamah, Zizi Jaga Maruah Suami Serta Keluarga “Usia Semakin Meningkat, Pikul Tanggungjawab Sebagai Isteri”
Isi Kandungan
ToggleHijrah & istiqamah, Zizi jaga maruah suami serta keluarga. Sejak berhijrah dan kemudian mendirikan rumah tangga, penyanyi yang berasal dari Sabah, Zizi Kirana terus istiqamah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita mengekalkan imej Islamik apatah lagi terdedah dalam dunia seni.
Paling membanggakan sewaktu bersua wajah dengannya di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura Zizi mengakui enggan menyanyikan lagu-lagu lama yang mempunyai lirik kurang bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.
Hijrah & Istiqamah, Zizi Jaga Maruah Suami Serta Keluarga
Bukan itu saja Zizi juga bertuah kerana penganjur tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang dikatakan agak ‘daring’.
“Alhamdulillah mereka sendiri faham dan memudahkan kerja saya. Jadi saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama.
“Dengan imej sebegini tak bersesuaian saya nak nyanyi lagu-lagu lama saya.
“Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua,” kongsi Zizi yang turut mengakui tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.
Langkah Keluar Dari Rumah Bawa Maruah Suami & Keluarga
Mengusik tentang suaminya, Yusuf Bahrin, Zizi menerangkan sejak berkahwin dia perlu menjaga maruah suami dan keluarga.
“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga.
“Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat.
“Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya lagi.
Baca Disini : Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami, Imej Berhijab “Tahu Batasan, Kurangkan Aksi Tarian Lincah”
Zizi Akui Tak Sesal Dengan Perubahan Diri “Allah Lebih Mengetahui Apa Yang Berlaku”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mingguan Wanita : Bagusnya Zizi Kirana, terus istiqamah dalam berhijrah.
Sumber Foto : Instagram zizi_kirana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tindakan Pantas ‘Abang Grab’ & Orang Ramai Bersatu Hati Gagalkan Cubaan RAGUT
Isi Kandungan
ToggleMemang terbaik tindakan pantas dan berani yang dilakukan oleh pemandu grab dan orang ramai dalam menggagalkan cubaan ragut di depan Menara Felda FGV,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh pengguna FB Ronel Rekk, kejadian cubaan ragut tersebut dilaporkan berlaku pada Ahad lepas sekitar jam 8.23malam.
Dalam video berdurasi selama 1.13 minit tersebut memaparkan seorang wanita muda berbaju kelawar kuning sedang berjalan di ruang jalan kaki, sebelum berlaku pergelutan dengan dua orang peragut yang sedang menunggang motor.
Orang Ramai Bantu Mangsa Ragut
Namun demikian, tindakan pantas dan berani pemandu grab dengan melanggar motor peragut, disusuli dengan bantuan beberapa orang ramai yang turut membantu mengepung dan menangkap peragut daripada terlepas.Peragut juga berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sikap murni ‘abang grab’ tanpa berfikir panjang akan kerosakan motor yang akan dialami demi membantu mangsa ragut menarik perhatian ramai. Ramai yang bersedia menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung kos membaiki kerosakan pada motor tersebut.
Tindakan pantas, berani dan prihatin orang ramai ini wajar dijadikan contoh apabila berhadapan dengan kes jenayah sebegini. Peragut juga diserahkan kepada pihak polis, dalam keadaan sempurna tanpa berlaku pergelutan pertumpahan darah.Biar polis sahaja yang menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka.
Berikut antara reaksi orang ramai atas kejadian ini;
Mesti Baca:Ujian Bertimpa. Wanita Kongsi Wang RM163K Lesap Dalam Sehari Di 4 Bank, Diuji Pemergian Ayah
Baca Lagi Di Sini:Tidak Hanya Bank, YB Fahmi Fadzil Pula Dedah Tabung Haji Ibunya Lesap RM75,000 Dalam Tempoh 15 Minit
Artikel Menarik:Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar
Sumber:Ronel Rekk
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI