Kuih peria antara kuih tradisional kesukaan ramai. Rasanya lembut, manis berlemak dengan inti kacang merah. Nak buat kuih ni tak susah mana. Bahan-bahannya pun sikit sahaja.Rupanya antara tip kuih peria cantik berkilat yang mak-mak perlu tahu, selepas ia masak kuih ini perlu disapukan dengan sedikit minyak.
Boleh cuba resipi kuih peria yang dikongsikan oleh Puan Afifi Pauzi ini sebagai rujukan;
“Alang-alang anak request nak kuih peria 3 bji je bekal sekolah esok.Hijau-hijau pun tak pahit peria ni…”
Bahan-Bahan:
1paket tepung pulut
1cawan tepung gandum
Air secukupnya
Pewarna merah/hijau
Inti kacang merah boleh beli yang siap
Daun pisang ikut besar kukusan masing-masing
Sedikit minyak
Pisau plastik (yang potong kek tu) untuk buat jalur peria
Ads
Cara Membuatnya:
1.Campur semua tepung tadi, bancuh dengan air, masuk pewarna sekali..(bancuh macam buah melaka@onde-onde)
2.Inti pula bentukkan memanjang.
3.Sapu minyak ditangan,ambik tepung tadi letak inti kat tengah tepung tadi, kemudian bentuk macam dalam gambar…saiz terpulang.
4.Ambik pisau plastik tu tekan sedikit buat jalur peria.
5.Susun atas kukusan yang dah dilapik daun pisang dan disapu minyak.Toreh sikit daun pisang supaya senang wap-wap tu masuk.
6.Kukus selama 5-6 minit saja.
Ads
Siap…Selamat mencuba!
Ads
Tip Ekstra!
*Lepas masak pun kena sapu minyak sedikit baru dia cantik berkilat.
* 1/2 kilogram tepung pulut boleh dapat dalam anggaran dalam 28-30 biji kuih. Namun ia bergantung juga pada saiz yang dibentuk.
MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat kuih peria ini bolehlah cuba resipi yang dikongsikan. Sangat cantik, kemas dan elok kejadian kuih peria ini. Rasanya pun memang sedap dan anak-anak mesti suka.
Bebola keledek Keju. Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Ada asa manis keledek, rasa lemak masin keju. Bila gigit saja bebola tu, keluar kejunya. Peh! Memang sedap.
Cuba Resipi Bebola Keledek Ini Pula
Antara dilema yang akan dihadapi oleh mak-mak tiap hari, apa nak masak untuk famili. Rasa bosan asyik masa lauk yang lebih kurang sama saja. Malam sebelum tidur dah fikir apa nak masak esok; dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah kudapan ringan sebelum tidur. Wah! Lengkap. Mana taknya, bila PKP dan PKPB, tentu kebanyakan anak tinggal di rumah. Apa lagi, makan je lah kan.
Ini ada lagi satu resipi yang best untuk dicuba. Sangat senang dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat. Yang penting, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas. Bebola Keledek Keju ni boleh dijadikan minum petang atau kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam. Mesti sekejap saja dah licin.
Jangan lupa cuba ye mak-mak!
BAHAN-BAHAN BEBOLA KELEDEK KEJU:
BAHAN DOH (KULIT):
350gm keledek manis
11/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang/putih
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
Air secukupnya
BAHAN LAIN:
Keju cheddar
Serbuk roti secukupnya
Sedikit bancuhan tepung gandum+air – untuk dijadikan pelekat serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung beras, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.
Kemudian, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah itu, celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti hingga merata.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola cheese itu hingga masak.
Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.
Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.
Bagi mak-mak peminat snek makanan Jepun boleh cuba buat Takoyaki ini tapi versi ‘tekak’ Melayu di rumah. Mudah je, ikut resipi cucur viral pun boleh jadi juga.
Boleh cuba resipi TAKOYAKI Versi Tekak Melayu yang pernah dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini.
“Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU.Memandangkan baba takde acuan untuk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak.Boleh makan sepuas-puasnya.”
Resepi Cucur viral:
Bahan-Bahan:
1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
Nak jadikan tako versi tekak melayu just tambah kubis (cincang halus) daun sup dan cili merah.Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan segera.
Inti boleh la buh sosej, sotong atau crabstick mana-mana yang berkenan.
Bulat-bulatkan pastu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas.
Untuk sos (versi hentam saja daa):
Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung untuk pekatkan sos. Sos kena manis baru sedap.
Untuk hiasan:
Saya tabur daun sup dengan bawang goreng.. bonito takde kat rumah.
Anak-anak memang cukup suka kalau makan biskut yang berasaskan coklat. Lebih-lebih lagi biskut ala famous amos yang penuh dengan cip dan coklatnya.
Biasanya, kalau pergi ke pasar raya, dari jauh sudah bau wangian biskut famous amos ni. Kita yang dah dewasa pun boleh terpesona dan menaikkan selera dengan wanigannya. Inikan pula anak-anak yang menejadi kegemarannya.
Bila fikirkan, nak buat resipi yang hampir sama mungkin agak susah. Takutnya tak menjadi. Tapi tak salah untuk cuba resipi biskut ala famous amos ni yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad.
Paling menariknya, cara nak buat biskut ala famous amos ini tak perlu gunakan mixer, guna senduk saja. Nak rasai keseronokan, ajak sekali anak-anak untuk buat resipi ini. Memang syok!
Resipi simple sangat, pakai senduk saja, kacau biar sebati, cubit-cubit pakai tangan dan bakar. Boleh saja ajak anak-anak buat sekali. Tentu seronok. Adunan ini untuk dapat 4 bekas.
Bahan-bahan seperti di bawah: 250 gram Butter 1 1/4 cawan gula perang 1 sudu kecil esen vanila 1 biji Telur 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 6 sudu besar minyak masak 2 cawan coklat cip Almond nips / almond flakes –jika suka Lagi premium (jenis mahal) bahan yang digunakan, lagi sedap rasa cookies ini.
1. Boleh dapat 4 bekas medium size ni.
1. Masukkan butter 250g, gula perang 1 1/4 cawan, esen vanila dan sebiji telur. Kacau sebati.
[Info: Jangan pakai mixer. Gunalah spatula/senduk/sudu pun dah cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati, kacau perlahan-lahan. Bila bahan dah sebati, berhenti. Tak perlu bagi kembang atau tunggu sampai gula larut. Seminit dua sudah cukup.
3. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.
[Info: Ingat, kacau perlahan saja sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti]
4. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.
5. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu.
6. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes, cornflakes atau nestum, tambah je ikut suka. Nak asingkan sedikit untuk letak almond nips pun boleh, dapatlah untuk dua jenis biskut yang berbeza.
7. Adunan yang dah siap, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sedikit adunan untuk elak bercampur bahan lain dalam peti ais. Pastikan adunan menjadi keras sedikit.
8. Sapu tray dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam tray.
[Info: Cubit saja adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri]
9. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, "orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah...