Peningkatan jangkitan Covid-19 di sekolah-sekolah semakin meningkat dan agak membimbangkan. Susulan daripad itu, sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi, terkini, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.
(PdPR) Selama 10 Hari
Dalam tempoh penutupan sekolah itu, para pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).
Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).
Bimbang Penularan Dalam Sekolah
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan KPM menutup sekolah selepas raya adalah mengambil kira trend jangkitan Covid-19 dalam masyarakat ketika ini.
“Melihat kepada kes sporadik dalam masyarakat dan kluster lain yang tidak berkaitan dengan kluster pendidikan, kita khuatir berlaku jangkitan di luar sekolah sebelum ia menjangkiti pelajar dan menyebabkan berlaku penularan dalam sekolah.
“Kebimbangan KPM sudah tentu melibatkan pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh dan sekolah asrama harian kerana jika terjadinya penularan di asrama, kemungkinan jangkitannya adalah lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya dalam taklimat khas di pejabatnya di sini hari ini.
Sebagai Persediaan Guru
Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM membuat pengumuman awal bagi membolehkan guru-guru memilih kaedah paling sesuai untuk memenuhi keperluan PdPR murid-murid dalam tempoh 10 hari berkenaan.
Ads
“Cikgu mahu buat modul atau apa sahaja kaedah terpulang kepada kesesuaian serta kreativiti masing-masing supaya tiada keciciran berlaku sepanjang murid berada di rumah,” katanya.
MW:Ada baiknya keputusan KPM untuk menutup sekolah sementara selama 10 hari selepas sambutan raya Aidilfitri. Ia bagi mengekang potensi penularan jangkitan yang boleh mewujudkan ‘kluster sekolah’ pula.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Kalau Hakak-hakak biasa keluar masuk IKEA, confirm akan nampak pokok FIDDLE FIG LEAF atau nama Melayu pokok ketapang ini di bahagian pokok bunga. Eh, pokok ini bukan biasa-biasa tau, kalau letak dalam rumah punyalah berseri jadinya.
Tambah pula kalau mak-mak lagakan dengan pasu putih, cuba buat! Tetapi untuk jaga pokok ketapang, kenalah ikut tip yang Puan Yatie Mawar kongsikan kali ini…
Bawah ni ada penjagaan FIDDLE FIG LEAF.
CARA PENJAGAAN POKOK KETAPANG
Tip ini mungkin mengambil kira penjagaan yang teliti sehingga menghasilkan pokok yang gebu lagi meninggi. Heh.
Berikut saya gabungkan beberapa tip setelah bertanya, google dan membaca di beberapa group dekorasi tentang penjagaan pokok fiddle.
1. PENCAHAYAAN
Fiddle fig memang terkenal sebagai indoor plant. Maka kedudukannya adalah di dalam rumah. Daunnya yang lebar dan kehijauan memang menarik bila di gabungkan dengan tema putih, natural ala-ala scandinavian gitew. Maka, bila semua putih dan pine, splash with green. Wallah! Memang kebabom.
So indoor plant bukan bermaksud fiddle ni puteri lilin. They still need the sunlight. Maksudnya, indirect sunlight ye puan puan. Letak kan di tepi tingkap, bukan di bawah pancaran matahari nan bersinar. Boleh letak bawah porch, tepi tingkat dan sewaktu dengannya. Tapi kalau kedudukan pokok tu tak langsung terkena sinaran matahari, sila lah bawa dia keluar sesekali melihat dunia luar. Dia memang perlukan kebebasan duniawi.
2. AIR
Water intake fiddle fig yang sangat perlu di ambil kira ia bukan HARI HARI. yeah. Bukan hari-hari. Pokok macamni banyak berpuasa. Hanya perlukan air secawan sahaja sudah mencukupi utk 3-4 kali seminggu. Jenguk-jenguk lah dia dan lihat tanahnya. Kering ke tidak? Dan jangan la terlebih air, bila terlebih air, akarnya akan membusuk lalu menyembah bumi.
3. BAJA
Pokok macamni pun perlu dibaja. Tak perlu selalu. Sesekali dlm seminggu atau 2 minggu sekali. Tapi ada customer saya boleh kata selalu bagi minum air beras. Woww! Katanya pokok dia dah makin meninggi. Wah penasik betul fiddle ni kan?! Ingat orang je suka nasi. Kahkah. So boleh cuba tips tu jugak. Sesekali bagi dia baja air cucian beras ya?
4. BELAI
Eh ngada-ngada nya ko fiddle. haha. Belai tu bukan macam belai kucing. Maksudnya, bila ada daun yang mula kekuningan. Sila la buangkan ia terus supaya tak merebak wabak nya tu. Selalulah potong dahannya bila nampak rosak supaya tumbuh pucuk baru ( ini kalau pokok dah membiak besar lah ). So daun rosak buang. Nanti dia akan sentiasa bertunas. Gitew
5. LAP
Selalu daun pokok ni berhabuk bila letak di dalam rumah (itu tanda umah banyak habuk, rumah aku kah?), maka rerajin la lap daunnya menggunakan kain lembab supaya dia bersinar kembali dan boleh bernafas dengan lebih baik. Kalau tak, tersumbat lah hidungnya untuk bernafas, lalu potensi untuk mati menyembah bumi amatlah tinggi. Lap juga dengan minyak letak pada tisu dan lap. Pokok akan jadi berkilat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
70 tahun terpisah, lelaki ini sanggup merentas 350 kilometer untuk bertemu ibu kandung yang telah sekian lama dirindui.
Ternyata pencarian dan penantian dirinya selama ini untuk bertemu ibu kandungnya akhirnya tercapai juga walaupun ibu sudah tua dan uzur.
70 Tahun Terpisah
Seorang lelaki di Dhaka, berusia dalam lingkungan 80-an bersatu semula dengan ibunya yang berumur hampir 100 tahun minggu lalu setelah berpisah kira-kira 70 tahun.
Pertemuan dua beranak itu dilakukan menerusi bantuan media sosial.
Abdul Kuddus Munshi sebelum ini dihantar ke rumah seorang bapa saudaranya ketika dia berusia 10 tahun.
Namun, dia terputus hubungan dengan keluarganya selepas melarikan diri dan menjadi anak angkat kepada dua beradik perempuan.
“Ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup saya,” kata lelaki tersebut yang berusia 82 tahun itu kepada AFP dari Brahmanbaria, timur Bangladesh.
Pada April lalu, Abdul Kuddus yang merupakan seorang ahli perniagaan menghantar satu video di Facebook untuk meminta bantuan pengguna laman sosial itu bagi mencari keluarganya.
Seorang saudara Abdul Kuddus kemudian berjaya mengesan keluarga ahli perniagaan tersebut dan kemudian menghubunginya.
Untuk Bertemu Ibu Kandung
Saudara jauhnya itu menyatakan bahawa ibu ahli perniagaan itu, Mogola Nessa masih hidup.
Justeru, Abdul Kuddus yang merupakan seorang bapa kepada tiga anak lelaki dan lima anak perempuan pergi menemui ibunya yang tinggal sejauh 350 kilometer dari bandar Rajshahi.
Pada minggu lalu, dia menemui ibunya itu yang mengecam ahli perniagaan itu sebagai anaknya melalui tanda yang terdapat pada tangannya.
“Ibu saya amat tua dan dia tidak dapat bercakap dengan sempurna. Dia menangis apabila berjumpa dengan saya. Saya memberitahunya anak lelakinya sudah kembali dan dia tidak perlu lagi bimbang,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP. – Agensi
Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu dan juga anaknya perlu memendam rasa rindu berpuluh-puluh tahun. Syukur kedua-duanya dapat disatukan semula sebelum menutup mata.
Apabila DYMM, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberikan pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Rabu ini tentulah yang paling bahagia sekali isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 5 orang anak-anaknya. Rindu yang bertamu akhirnya terlerai sudah.
Penceramah bebas, Ebit Lewjuga merasakan kesyukuran yang sama. Bahagia hatinya apabila mendapat perkhabaran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perkenan pengampunan dari DYMM YDP Agong.
Syukur pada Allah. Terima kasih Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran. Esok Rabu berkat Ramadhan. Tarawih dah. Allahuakbar.. Selamat kembali kepangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan
Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.
Di Sebalik Seseorang Yang Hebat, Adanya Isteri Yang Sangat Kuat
Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya. Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah di sebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.
Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah…Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti.
Anak berdiri depan penjara menanti ayah. Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia. Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.
Rahmat Allah Di Sebalik Susah
Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain.
Benarlah rahmat Allah di sebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi.
Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah…
Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat ke sana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat, berdoa, baca buku, baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu.
Syukur Allah Izinkan Baca Surat Ini
Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kasih Allah..
Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP,dan semua. Teruskan dakwah dan doa buat semua.
Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...