Kongsi rezeki. Inilah cara terhebat untuk mencari keberkatan dalam rezeki yang kita ada bersama mereka yang memerlukan. Mungkin saat kita sudah ada dan rasai rezeki, ada orang di luar sana tak berpeluang untuk rasa yang kita ada.
Tak mustahil ada banyak jalan yang boleh kita lakukan agar rezeki yang kita ada ini dapat dikongsi bersama orang lain. Salah satu cara untuk kita kongsi rezeki adalah melalui kewajipan kita dalam mengeluarkan zakat.
Kongsi Rezeki Bersama LZS
Dalam kesempatan inilah Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan Kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5% bagi menggalakkan dan memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat sebelum penghujung tahun ini.
Kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5% ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang ibadat zakat itu ringan serta tidak membebankan yang mana hanya mengeluarkan 2.5 peratus daripada pendapatan atau harta yang kita miliki.
Bantu Asnaf Untuk Kelangsungan Hidup
Seperti yang kita ketahui, ramai golongan asnaf yang ‘sesak’ dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam cabaran pasca pandemik COVID-19 dan membangunkan diri serta keluarga.
Jadi, dengan tema ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’, sekurangnya seluruh masyarakat yang layak menunaikan kewajipan zakat dapat bersama-sama LZS membantu golongan asnaf yang memerlukan. Sehingga kini, LZS menyantuni lebih 65,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan individu mualaf di Selangor.
Bersempena dengan kempen kongsi rezeki, satu majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini sewaktu Program Kongsi Rezeki Bersama Komuniti yang berlangsung di Masjid Darul Ehsan.
Peraduan Kongsi Rezeki & Menang
Berita baik buat pengeluar zakat!
Menerusi Kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5% pengeluar zakat, anda berpeluang menyertai peraduan ‘Kongsi Rezeki & Menang’ dan memenangi hadiah menarik.
Kemudahan menunaikan kewajipan ini turut dipelbagaikan bagi memberi pilihan kepada pengeluar zakat. Ia boleh dilaksanakan dengan mengunjungi cawangan LZS yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember ini.
Selain itu, saluran dalam talian turut disediakan seperti aplikasi ZakatSelangor, EZakatPay, perbankan internet, aplikasi e-dompet, portal MYEG dan pos online.
Maklumat lanjut berkenaan kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5% boleh diperoleh dengan melayari jom.zakatselangor.com.my atau melalui media sosial rasmi LZS.
Tarikh kempen : 1 November – 31 Disember 2022
Layari portal : jom.zakatselangor.com.my
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI