Kebiasaannya mak-mak selalu berdoa agar dirinya yang sakit daripada anaknya yang sakit. Namun berbeza dengan ibu ini apabila dia berpandangan sebaliknya.
Kongsi ibu ini, ada sebabnya biar anak sakit daripada mak yang sakit. Nanti kucar-kacir jadinya bila mak jatuh sakit. Di samping itu, sudah-sudahnya mengejar title “ibu terbaik” dan jadilah diri sendiri.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan fahami apakah mesej yang dia cuba sampaikan:
Kongsi Ibu Ini Ada Sebabnya
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap dekat mak saya, kalaulah sakit itu boleh berpindah, biarlah sakit anak itu pindah dekat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa itu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam itu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun sudah bertambah, baru saya faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
“BIAR ANAK SAKIT, JANGAN MAK YANG SAKIT”.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya.
Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.
Ads
Mak saya juga cakap, kalau makanan sudah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan.
Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri.
Contohnya, teringin sangat hendak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ini kira mahallah). Belilah dan makan sendiri. Jangan rasa bersalah.
Carilah Me-Time Sendiri
Jangan rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, insyallah mereka akan ada masa untuk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama.
Ads
Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua itu tugas mak, tiada yang terkecuali. Carilah “me time” sendiri. Jangan tunggu “me time” itu datang, sebab ia tak akan datang.
Tak Perlu Jadi Sempurna
Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Hidup ini bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk dinikmati dan menyimpan bekalan untuk hari kemudian.
Jangan peduli kata orang sebab orang bercakap tak akan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan untuk orang lain.
Hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri. Bukan kerana pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat.
Berehatlah jika nafas sudah makin laju, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta, tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak di luar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai mak.
Re-post
Nukilan Farizal Radzali
MW: Tugas mak-mak bukan mudah, setiap hari hadap rutin yang sama. Sedari anak kecil hinggalah mereka besar. Jadi mak-mak perlu cari masa untuk diri sendiri dan sentiasa jaga kesihatan demi keluarga tersayang.
Jangan mengeluh kalau kena teman perempuan shopping raya, nak-nak pula kalau dah ada anak-anak. Lagi lama masa yang diambil. Selagi tak matching, selagi itulah kaki perempuan gagah melangkah!
Yang jad mangsanya golongan suami lah, mesti rasa penat dan tak sabar. Hah, tak payah risau sebab sebenarnya ada cara yang mudah kalau nak teman perempuan shopping. Yang penting sabar macam saudara Firdaus Shakirin ini dulu.
Teman Perempuan Shopping Baju Raya
Lebih baik duduk luar kedai, jadi tiang, menunggu dari ikut dia shopping…
Percayalah…
Tiaptiap kali shopping, saya akan masuk dalam kedai sekali dengan wife, belek-belek baju, tudung, jubah dan apa saja yang dia nak untuk pakai raya.
“Ayang, warna ni lawa, nampak lembut ja.”
Ramai orang pakai warna tu, tak mahu la…
“Ni, warna ni ayang tak ada lagi dalam almari.”
Ayang tak minat warna tu…
“Haa, yang ni cantik, design dia nampak uptodate”
Mahal, tak padan denagn design…
“Yang ni pulak, harga ok, design ok, warna ayang selalu pakai.”
Susah nak cari tudung matching dengan warna tu…
SEMUA CADANGAN DITOLAK.
“Abang, jom p kedai sebelah, kedai ni tak ada yang ayang berkenan.”
Saya tengok atas bawah, kiri kanan struktur dalaman kedai tu, beratus-ratus baju, berpuluh-puluh jenis design dan warna ADA, tapi tak ada satu pun dia berkenan?!!
Habis satu lorong kita tawaf dengan dia, pastu dia cakap,
“Abang, jom p kedai MULA-MULA TADI…”
WHAT!!! Sabar Daus, sabar… Allah tengah menguji kau, Daus…
Macam tu la kaum isteri kita kalau shopping. Lain dari kita orang laki, nampak, try pakai, terus beli. Tak kira dah nak matching-matching dengan kopiah ka, kain pelikat ka, kasut ka. Pakai je macam mana pun… diorang lain, nak kena matching dengan tudung, dengan kerongsang, manik, kasut, handbag dan sebagainya.
Lagi satu, kalau baju warna tu kawan dia pakai dah raya tahun lepas, tobat lahom dia tak mahu beli. Dia takut kawan dia kata tiru.
Bagi Je Duit, Selesai!
Maka daripada cadangan selalu ditolak, lebih baik bagi duit dan bagi kebebasan untuk dia pergi kedai mana yang dia nak. Kalau cari tak jumpa, call tak dapat, tunggu 24 jam, kita report polis la noo kaum suami noo.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lepas 7 hari bersalin Izreen kongsi nama anak ketiga. Pelakon yang berasal dari Perlis yang baru saja seminggu melahirkan anak ketiganya membuat pengumuman menerusi Instagramnya.
Lepas 7 Hari Bersalin Izreen Kongsi Nama Anak
Bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Ali Idrees dan merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Ude yang dinikahinya pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan mereka, Izreen dan Ude turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
“Hai Auntie Uncle semua nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay..
“Saya dilahirkan pada 21/9/21 jam 9.06am dan berat 2.87kg (selama ni yang besar tu mama. ALI kecik saja,” kongsi Izreen yang telah bersalin di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Izreen pernah menyatakan dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum.
Berkemungkinan besar pelakon tersebut akan berkongsi wajah ahli keluarga terbaharunya itu selepas habis tempoh berpantang.
Untuk pengetahuan, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Izreen Azminda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masa bercinta pasangan anda boleh terima segala perlakuan anda. Tetapi kalau sudah berumah tangga, macam-macam yang hal akan nampak buruk dan salah. Kena lebih peka, suami cukup tidak suka jika si isteri mula buat 6 perkara ini di depannya.
1. Jangan korek tentang bekas kekasih
Bajet nak bergurau sekali pun, tak perlu sampai nak ungkit atau bandingkan sikap pasangan dengan ‘orang yang pernah hadir’ dalam hidup. Lelaki mungkin tak tunjuk rasa kecil hati, tetapi kalau dah banyak sangat pendam, lama-lama boleh meletup!
2. Jangan berdebat di sosial media
Jangan sesekali berdebat di media sosial dengan suami. Nak marah macam mana pun, lebih elok jika bawa berbincang, dengar dari mulut pasangan sendiri. Cukuplah dengan tangani masalah perkawinan anda di rumah.
3. Guna alasan period
Ini selalu wanita buat, marah-marah suami dan guna alasan ‘datang bulan’. Sekali dua bolehlah terima, tapi kalau dah tiap-tiap bulan mahu bosan si lelaki. Jika pun memang itu yang anda akan alami, beritahu pasangan awal-awal. Bolehlah si dia bersedia tadah telinga sebelum anda lepaskan emosi.
4. Berhenti buat gosip
Seorang wanita hidup dengan penuh gosip. Tapi jangan sampai cerita tak betul timbul. Lelaki cukup tak suka kalau perempuan bercerita tentang orang lain hingga pecah belahkan hubungan seseorang. Tambah pula kalau terkait hal ipar-duai. Hati-hati ya wanita…
5. Perangai macam anak kecil
Mungkin sudah biasa jadi anak manja, sikap kebudak-budakan pun kadang terbawa-bawa. Isyh, jangan sampai orang lain muak dengan perangai manja anda ya. Atau mungkin mahukan sesuatu pun, tak perlu sampai merajuk hingga habis cara suami nak pujuk. Cuba bagi ruang dan peluang.
6. Cakap jerit semata tarik perhatian
Perkara paling kotor adalah apabila anda marah pasangan dalam keadaan suara yang kuat dan nada tinggi. Tak perlulah besarkan isu sampai orang luar tahu. Boleh tarik pasangan dan bincang elok-elok. Konon nak menang, tetapi kalau dah memekak sampai suami malu, itu dah jadi kes malukan diri sendiri.
7. Potong cakap
Ada yang jenis cepat marah, cakap pun main sembur. Belum habis lelaki jelaskan keadaan, wanita dah potong cerita. Jangan amal sikap buruk ini, kena lelaki cepat naik tangan memang jadi mangsalah anda!
Bukan semua lelaki mampu bersabar dengan perangai wanita, kira agak untung kalau anda dapat suami penyabar dengan pelbagai karenah anda. Tetapi jangan ambil kesempatan, baik-baik lelaki ada juga batasnya. Dan anda perlu jaga hubungan suami isteri sebelum salah seorang naik bosan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...