Kalau bab-bab melipat baju memang ‘bercinta’ betul nak buat. Kadang-kadang sampai bertimbun barulah nak lipat dan susun baju. Lebih-lebih lagi, kalau anak ramai. Jawabnya, simpan dalam bilik stor dulu, ada mood baru lipat kan.
Sesetengah mak-mak ada yang ambil jalan mudah dengan menyangkut baju sahaja. Tapi kalau baju dah banyak berapa pula penyangkut baju yang nak digunakan. Jenuh la pulak. Itu kalau anak seorang, kalau anak ramai macam mana pula.
Kali ini, kita berkongsi cara yang dilakukan oleh Muhaszlina Sanip, ibu kepada lima orang anak tentang bagaimana dia uruskan pakaian keluarga dengan cara lipat dan susun yang sangat praktikal.
“Ramai yang pening kepala nak susun almari baju kan? Lebih²-lebih lagi yang ada anak kecil. Kalau yang berkemampuan nak sediakan almari besar, tak mengapa, tiada masalah. Boleh terus gantung dalam almari. Tapi bagi orang yang almarinya kecil memang memeningkan kepala.
“Cara yang saya lipat dan susun ini menggunakan teknik Marie Kondo (Konmari Method). Boleh Google dan tgk kat YouTube. Cara ini paling praktikal untuk uruskan pakaian keluarga saya. Anak-anak dan suami tak ada lagi bising bertanyakan tentang itu dan cari tak jumpa.
“Rasa tenang dan aman tengok kain baju teratur. Ini juga terapi mata bila tengok almari tersusun cantik.
Seluar jeans suami. Cara lipat pun ada kat Google atau YouTube.
Ads
Seluar slack, khakis, tracksuit & seluar pendek suami susun kat bahagian atas sbb ni adalah antara seluar yg dia selalu pakai.
Drawer suami. Ada semua pakaian dalam suami. Semua brg kecik² tu letak kat sini.
Tip Dari Puan Muhaszlina Sanip
1. Setiap hari saya akan pastikan kemas baju. Sebab kalau tidak kemas dalam sehari, kain akan bertimbun dan ‘meletup’ macam gunung berapi. Jadi, setiap kali lipat kain, masukkan dalam almari anak-anak itu saya akan kemas semula. Anak-anak turut kemas seperti saya buat tapi bila mereka cuba kemas, tidaklah sekemas macam mamanya buat.
Ads
2. Ini adalah kaedah paling sistematik untuk keluarga saya. Kalau nak kemas, saya yang akan buat, tak boleh tangan orang lain sebab ‘air tangan’ itu tak sama.
3. Cara paling mudah untuk kita amalkan adalah KENA RAJIN. Rajin ini dari diri kita sendiri dan buat dengan sepenuh hati dengan apa yang kita buat. Bila kita sudah jatuh cinta, kerja rumah yang kita buat tidak terasa macam bekerja dan rajin ini tiada siapa yang boleh paksa.
4. Saya ambil gambar almari baju yang kemas dan cantik untuk memberi motivasi pada diri sendiri. Kadang-kadang mood malas datang, tengokah gambar baju yang dilipat. Insya Allah, rajin datang semula.
Ads
Ni cara sy lipat baju.
Masukkan skali dgn seluar supaya tak hilang.
dah jadi.
MW: Kagum bila tengok pakaian tersusun cantik. Rasa nak usik pun sayang kan. Nanti bolehlah praktikkan cara ini.
Rupanya antara tip nak pokok bendi berbuah banyak pada setiap celahan cabangnya, penting sewaktu petik bendi buang sekali daun yang berhampirannya. Tip tanam bendi subur, berbuah banyak ini dikongsikan sendiri oleh Puan Liyana Mohd Poad.
Boleh ikut untuk dijadikan panduan;
Yang suka tanam bendi saya bagi tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah/cabang.Rujuk gambar untuk tip-tip tersebut.
Bendi perlu dua perkara yang sangat-sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah.Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras.
Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal kerana bendi senang berbuah dan senang dijaga.
1. Ni namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau.Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Ini saya tanam dalam polibag saiz 14″.
2.Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.Saya guna media tanaman tanah organik + cocopeat + pasir.
3.Selepas petik buah, buang sekali daunnya.
4.Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya. Boleh guna pisau atau gunting atau putar dengan tangan.
Mingguan Wanita : Jadi selepas ini, jika tanam bendi ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting, bila petik bendi, buang sekali daunnya. Barulah setiap celahan cabang tumbuh bendi baru yang lebih subur, banyak dan gemuk-gemuk.
Rupanya mudah je mak-mak boleh buat aiskrim sendiri di rumah yang rasanya sama macam beli di kedai. Cuma bezanya bila buat aiskrim sendiri, kita boleh kawal kemanisannya dan bebas daripada sebarang pewarna mahupun perisa tambahan.Kebersihannya pun terjamin dan puas hati bila nak bagi anak-anak merasa aiskrim buatan sendiri ni.
Berikut perkongsian oleh Puan Nur Hidayah sebagai panduan ;
“Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan & cakap sedap tak manis.Alhamdulillah. ♥♥♥ Ni saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, boleh lah ibu-ibu try untuk anak-anak.. bujang pun leh buat tau. Senang sangat.Saya pun tanya En.Gugel..cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah aiskrim.”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
1 Sudu besar ovelatte
1 Sudu susu pekat
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ade yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan. Boleh guna mixer, blender @ food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer & blender.Kalau dah likat tu dah okla. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.
2.Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas tu buat lagi setengah sebab bils blend dia akan mengembang nanti.Takut blender tak muat.
3.Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa ape nak letak. Macam saya ni..saya bahagi 2 bahagian je. 1 bahagian letak koko. Sesudu setengah cukupla.Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.
4.Selepas itu, untuk deko letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti sejuk selama 24jam.
Selamat mencuba ♥
Semoga bermanfaat ♥
Mudah je rupanya mak-mak nak buat aiskrim sendiri ni di rumah. Cuti sekolah tak lama lagi, boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak. Mesti mereka teruja bila buat aiskrim sendiri, malah kemanisannya pun boleh kita kawal.
Mendekorasi dapur rumah sewa tanpa kabinet ini sememangnya sedikit mencabar bagi penyewa. Lagi-lagi nak menyusun atur barangan yang ada di ruangan itu.
Tetapi jika bijak memilih dan menyusun atur barangan di setiap ruangan, hasilnya kemas dan tersusun rapi. Seronok tengok dapur Eiza Nas ini, walaupun tiada kabinet, setiap barang dapur disusun dengan baik sekali.
Kongsinya,
“Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik.
Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri. Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri.
Bilalah dapat pi jalan-jalan ini.”
Ternyata, biarpun ruangan dapur pemilik kecil dengan barang yang tersusun rapi, ruangan nampak selesa dan luas.
Susun Barang Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet
Meja Bertingkat
“Suami saya tempah dengan kawannya yang buat grill. Kemudian, belikan mozek’
Bakul beli di Daiso
Shoppe : https://invol.co/cl5uzy3
Letak wallpaper tahan haba. “Tahan lasak, dah guna dekat setahun.” Beli di shopee : https://invol.co/cl5v0b8
Wallpaper corak mozek beli di shopee
Bahagian Sinki Dapur Rumah Sewa
Sinki tahan guna kayu. Kayu beli di hardware.
Tong sampah beli di Shopee : https://invol.co/cl5v0d9
Cermin guna mirror sticker. Beli di DIY. Tak ada masa lagi nak tukar yang baru. Lama dah pakai, dalam 5 tahun rasanya.
Tong Sampah Saiz 45
“Lama dok mengidam. Selepas berjaya simpan duit. Maka dapatlah beli dia. RM85 lepas diskaun. Walau nampak murah bagi orang lain. Bagi mama Nas boleh tahan harga dia.
Tapi bila dah pakai. Berbaloi sebab atas ada 2 bahagian. Boleh buka bahagian atas dan basuh.”
Dapatkan gambaran serba sedikit macam mana nak bagi ruangan dapur tanpa kabinet tersusun kemas. Asalkan tahu mencari rumah untuk setiap barang, ruangan akan jadi lebih rapi dan sedap di pandangan mata.