Buat mak-mak yang ada masalah anak payah nak makan sayur, mungkin boleh cuba resipi kobis bunga goreng rangup ni. Bila disalut dengan tepung suji dan digoreng rangup, teksturnya jadi macam popcorn. Ia boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Anak-anak mesti suka.
“Bunga kobis goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau jajan untuk anak anak nikmati waktu petang.”
Bahan-Bahan:
Kobis bunga
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
garam and gula
2 sudu tepung suji
Daun Kari
Cara Membuat:
1. Basuh bersih dan potong kobis bunga.
2. Letak sedikit serbuk cili.
3. Tambah sedikit serbuk kunyit.
Ads
4. Kemudian sedikit serbuk ketumbar.
5. Selepas itu, tambahkan pula tepung jagung,tepung beras, garam dan gula. (Boleh masukkan perencah ayam atau aji kalau suka) Saya buat vegetarian pun sedap takde perencah.
6. Renjiskan dengan sedikit air dan gaul sebati.
7. Masukkan pula tepung suji.
Ads
8. Bunga kobis yang disaluti tepung suji.
9. Goreng dengan minyak.
10. Goreng daun kari dan tabur di atas.
Ads
Siap! Bunga kobis goreng sedia dihidang.
Info Ekstra!
Tepung suji berfungsi bagi ranggup dan tekstur timbul timbul kasar kasar sikit…macam popcorn
MW: Menariknya resipi bunga kobis rangup ni. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun, mesti boleh suka bila mak-mak goreng macam ni. Nampak macam popcorn. Daripada bagi jajan yang tak sihat buat anak, lebih baik bagi sayur macam ni.
Rendang Cili Api memang terkenal bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Jadi nak buat rendang cili Api yang sebenar kenalah belajar dengan orang Negeri Sembilan sendiri. Rupanya nak buat rendang ni cukup senang, tak perlu tumis dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Mungkin ramai mak-mak yang tak tahu, menerusi laman sosial instagram, Penyampai Radio Suria FM, Zulin Aziz,28 atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ada mewujudkan akaun khas #cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi dan menu-menu yang dimasak oleh beliau sendiri. Salah satu posting resipi menarik yang dikongsikan serta mendapat perhatian pengikutnya adalah Rendang Ayam Cili Api Nogori 9.
Menurut pelakon Nahu Rindu ini, Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 tersebut diperolehi daripada jirannya yang merupakan orang Negeri Sembilan sendiri malah merupakan menu wajib keluarga setiap kali tibanya Hari Raya.
Berikut antara perkongsian oleh Zulin Aziz;
“Dah siap rendang cili api! Resepi ni mama zulin belajar dari orang nogori 9 jiran kami dulu.Sejak dari kecil memang ni menu wajib kalau raya.”
Bahan-Bahan: (dikisar)
Satu genggam cili api
Kunyit hidup besar ibu jari
Serai 10batang
Lengkuas 2 buku
Bahan lain :
Santan 1kg
Asam keping
1 helai daun kunyit
1 ekor ayam
Cara Memasak:
1.Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali.
2.Masukkan santan, ayam dan asam keping, gaul sebati.
3.Masukkan daun kunyit,biarkan mendidih dan masak dengan api perlahan.
Siap!
Tip Ekstra!
Lebih kering lebih sedap!boleh simpan dan panaskan sampai jadi serunding.
Jadi buat mak-mak yang nak masak rendang untuk berbuka nanti, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ni. Ringkas je bahan-bahannya nak buat pun senang sangat. Jika buntu dan tak tau nak masak apa, boleh juga cedok idea resipi serta menu-menu menarik dengan mengikuti akaun instagram cikzulinkedapur ini.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana.Sempena cuti umum Deepavali, mak-mak boleh cuba resipi istimewa, kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali memang teringin nak minum ‘air mahal’ pelbagai jenis di kedai kopi terkenal. Jika beli sebekas boleh ‘pejam mata’ lagi harganya namun kalau anak ramai, dah berapa pula jumlah kosnya. Nak jimat dan puas hati minum, mak-mak memang kena buat sendiri di rumah. Guna 3 bahan je, dah boleh buat ‘air mahal’ rasa ala-ala Choc Cream Chip di Starbucks.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Fadzil ini.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-Bahan:
Susu coklat (saya guna Farm Fresh Premium Choc Milk, Tak Manis Tak Muak, SEDAP!
Choc chip (Lebihan buat biskut raya)
Ais
Cara Membuat:
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.
Senang je kan, rasa ala-ala Choc Cream Chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy.
Kalau nak rasa Java Chip (Mocha) boleh tambah Cafe Latte Farm Fresh.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...