kiub perencah

Kiub perencah berperanan menambahkan rasa sedap dan aroma dalam setiap masakan.Jika mak-mak jenis yang ‘mesti’ letak kiub perencah dalam masakan, boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan AJ Idris ini. Hanya gunakan 6 bahan dan nak buat pun senang!

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Sebelum ni saya dah pernah kongsikan cara membuat perasa dalam bentuk serbuk.Kali ini saya kongsikan pula bagaimana saya membuat perencah dalam bentuk kiub.Rasa dan aromanya betul-betul menghampiri perasa dari beberapa jenama terkenal. Buat pun senang.”

Resepi dan cara buat pada setiap gambar.
Semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan:

1 sudu besar ghee/butter
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang merah
1 sudu kecil serbuk kumin/ jintan putih

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua serbuk di atas ke dalam satu bekas kecuali ghee / butter.

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

2. Panaskan / cairkan ghee tadi.

Ads

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

3. Tuang ghee ke dalam campuran serbuk perasa.

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

4. Sampai jadi paste macam ni. Sejukkan, tak perlu letak dalam fridge pun tak apa ya.

Ads

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

5. Sementara tu potong aluminium foil kecil-kecil, untuk bungkus paste tadi buat kiub.

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

6. Macam ni. Bungkuslah comel-comel.Masa bungkus ni, dah dapat bau sedaappp rempah. Sejukkan di dalam fridge setengah jam.

Ads

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

7. Hasil lepas keluar dari fridge.Simpanlah dalam bekas kedap udara. Setiap kali nak guna, ambil je sebungkus atau dua bergantung pada saiz yang kita buat.

Kiub Perencah Homemade Guna 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

Senang, kan?

Info Ekstra!

  • Sukatan yang saya beri dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak buat stok banyak-banyak, gandakan je tau.
  • Boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti sup, nasi goreng, sayur, makanan berempah. Macam-macam pun boleh.

Selamat Mencuba!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutamanya buat mak mak yang suka menggunakan kiub atau serbuk perasa dalam masakan. Bila buat sendiri ia terjamin kebersihannya, bebas daripada perisa Msg tambahan, tanpa bahan pengawet malah lebih menjimatkan.

Sumber: AJ Idris

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI