Asam garam dalam perkahwinan, susah senang, baik buruk sikap dan kerenah pasangan segalanya harus diihadapi bersama.Bagi seorang isteri selalunya sanggup bersusah payah dengan suami, asalkan suami kekal setia.Begitu juga sanggup berkorban dan bersabar atas segala dugaan dan kerenah suami itu sendiri.
Baru-baru ini,Bonda Rozita ada berkongsi pesanan dan nasihat rumahtangga dalam melayari perkahwinan menerusi laman instagram beliau. Ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman,31 ketika ini sedang berada di tanah suci mengerjakan ibadah haji bersama suami dan menantu kesayangan Datin Sri Nur Shahida Mohd. Rashid, 33.
Berikut perkongsian tersebut;
“Kri tahan air mata dia masa tengok anak-anak nangis masa anak-anak peluk Ida..Pengorbanan isteri tu bukan setakat melahirkan mengurus rumahtangga dan sabar dengan kerenah suami serta dugaan dalam familynya”
“Dia menjaga suami luar dalam atas bawah tepi belakang..sebab tu lah insan dan harta dirinya termahal “Ayah pada anak-anak..Suamiku hanya saya punya….yang 1 …” No kongsi-kongsi ok” ..!”
Ads
“Sebab tu saya rela susah dan sakit demi sebuah perkahwinan.HANYA KITA (dalam maksudnya tu he he) ..bonda rasa semua wanita fikir macam saya kot sebab tu saya memihak menantu perempuan bab ni sebab saya macam tu ..uppsss”
“Selalu saya pesan anak dan menantu..kita kahwin ni menumpang apa adanya pada pasangan kita..Kalau alim kita tumpang alimnya, kalau baik kita tumpang baiknya, kalau laki perompak atau hisap dadah kita tumpang bahana buruknya..Kalau kaya kita tumpang kayanya ..Sehidup sampai kemati hajat kita bila dah kahwin.
Ads
“Kita kahwin saling membetulkan dan melindungi supaya aman, bersatu, jayakan cita-cita dan family hasilnya kita sama-sama menikmati hidup yang isinya mawadah warahmah dan sakinah.Lilahi taala.”
“Sila tag atau share jika nasihat saya pada family saya ni elok dipakai untuk jadikan negara kita ni orang yang hebat-hebat ikatan family dan kasih sayang..!!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat!.Memang ada benarnya pesanan dan nasihat yang dikongsikan oleh bonda rozita ini. Hakikat sebenar dalam perkahwinan yang perlu difahami oleh suami isteri dalam membentuk rumahtangga sakinah, mawaddah dan rahmah.
Benarlah kata Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) MA Early, “kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.”
Jadi, bagaimana sebagai mak ayah mahu melunaskan misi membawa anak ke masjid dengan tenang dan damai. Tanpa perlu mengherdik anak agar duduk setempat. Dan tanpa perlu menahan hati dari melihat jelingan tajam jemaah lain yang berbaur-baur emosi dalam hati mereka itu.
Kerana inilah sifat kanak-kanak, “Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.”
“Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.”
Sebelum Bawa Anak Ke Masjid, Mak Ayah Pastikan..
Jadi mak ayah, apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:
1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.
Elak Mengherdik, Biar Anak Jadi Biasa Dengan Masjid
ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.
Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.
MW: Semoga tip ini membantu memudahkan urusan mak ayah membawa anak-anak ke masjid sepanjang Ramadan ini.
Mak ayah, gajet ini memang penting untuk kita saling dekat dan mudah berhubung. Tapi bagi anak-anak kecil, gajet ini boleh membawa kesan negatif kepada mereka, jika mak ayah tak bendung masa penggunaannya dari awal.
Sebab inilah yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari akan kesan buruk alat elektronik ini kepada anak-anak. Sila hadamkan ya mak ayah.
Kesan Buruk Gajet Kepada Anak-anak
Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak-anak.
Senyapla sikit diorang kan? Tapi adakah itu langkah yang bijak? Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk.
Sebabkan Speech Development Jadi Lambat
Untuk anak-anak kecil, Kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak-anak lain yang sama umur. Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari.
Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal? Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama 2 jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Tak nakla dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti.
Anak-anak Akan Ada Sentimen Negatif
Bila anak-anak menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu.
Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak-anak. Malah, anak-anak akan tidak sensitive kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri.
Berisiko Mendapat Masalah Mental
Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders, dan bunuh diri.
Memangla kita rasa anak-anak kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak-anak tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok-elok rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak-anak.
Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya tak nak lepas. Bukakla Omar & Hana kat youtube tu kejap. Favourite dia. Lepas Ayra dah tenang sikit, tutupla youtube pastu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu-lagu budak-budak nak kena nyanyi kat Ayra. Hmm.
MW : Dah boleh ya simpan gajet dekat tangan anak-anak tu mak-mak.
Bertandang ke kediaman chef selebriti dan pengacara berbadan genit, Anis Nabilah Umaruddin, 32 bagaikan berada di rumah sendiri. Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke dalam rumah, Anis dan keluarganya menyambut kami dengan penuh ramah sekali. Hidangan penuh di atas meja buat santapan tetamu. Malah ibunya juga sentiasa manis dengan senyuman tatkala melayan kami.
Anak keempat daripada lapan beradik ini sememangnya cukup berpengalaman dalam industri kulinari dan merupakan chef selebriti yang tidak pernah patah semangat dalam memacu kerjayanya sejak 11 tahun lalu. Malah, berkat kesungguhan dan minat mendalam, kini kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ini mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Bukan itu saja, berbekalkan kepakaran dalam bidang penyediaan makanan, dia kini mampu berdiri setanding chef selebriti popular dunia yang lain.
Mengacara lebih 35 program masakan, Anis juga menjadi satu-satunya chef selebriti Malaysia dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (saluran TLC Asia), Eating Wild dan Icip-Icip untuk saluran AFC (Asian Food Channel). Terbaru Anis telah menjayakan program TV, Cerita Rasa Anis Nabilah untuk TV2 dan 12 Bakar Musim Ketiga untuk TV3.
“Saya bermula sebagai tukang masak dan kemudian barulah menjadi pengacara. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Pada peringkat awal, saya terpaksa bersusah payah untuk diterima. Orang tidak percaya kemampuan saya kerana hanya lulusan diploma. Saya bersyukur usaha selepas terbabit dalam beberapa program masakan di peringkat Asia dan Barat telah berjaya membuka mata banyak pihak.
“Saya juga sememangnya gemar memasak kerana ia mudah dan menyeronokkan. Paling penting, kita tahu apa yang masuk ke dalam badan kita terutama masakan menyihatkan. Setiap kali mengemudi rancangan masakan, perkara pertama terlintas di fikiran ialah mengajar penonton makan secara sihat. Mak pernah cakap, apa saja pekerjaan dilakukan, kena buat perbezaan. Saya pilih jadi chef selebriti sebab mahu ajar orang menghasilkan masakan sihat, sedap dan cantik. Itulah cara saya buat perbezaan. Malah sepanjang 11 tahun dalam bidang ini juga saya berpeluang mengembara banyak tempat seperti Eropah, Afrika Selatan, Australia dan kebanyakan negara Asia. Selain dapat melihat negara orang, paling penting dapat bertukar pendapat serta ilmu mengenai masakan dan cara pemakanan sihat,” terang Anis yang sememangnya gemar menambah ilmu masakan dan mengajar orang cara memasak.
Selain memasak dan mengacara ditanya adakah Anis tidak mahu terlibat dalam lakonan atau nyanyian. Ungkapnya;
“Biarlah saya fokus pada masakan dan mengacara saja. Memang ramai yang bertanya tak nak ke berlakon atau menyanyi. Pada saya kalau nak berjaya kena ada fokus. Saya tak nak buat semua kerja dalam satu masa dan saya lebih suka masa yang ada saya fokus pada dua karier utama saya sebagai chef dan pengacara.”
Rahsia kurus
Cukup dikenali dengan tubuh badannya yang kurus. Anis akui dia sendiri mengawal pemakanan.
“Bekerja sebagai seorang chef memang ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kekalkan bentuk tubuh yang kecil dan kurus. Rahsianya, saya kurangkan pengambilan gula. Saya makan nasi seperti biasa cuma saya banyak minum air putih dan elak pengambilan gula yang berlebihan. Sebelum saya amalkan cara ini memang saya akui badan cepat penat, mengantuk dan sememangnya gula punca kepada penyakit. Selain itu saya juga gemar makan buah-buahan,” ulas Anis lagi.
Sewaktu sedang rancak berbual, penulis mengajukan soalan tentang ciri-ciri teman lelaki pilihan dan perkahwinan. Anis terus tersenyum dan berkata, “Kahwin? Saya sedang menunggu waktu. Sebelum ini memang rasa tertekan bila ada yang tanya bila nak kahwin? Pada saya jodoh itu di tangan tuhan dan saya doakan dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekarang ini saya belum jumpa lelaki yang sesuai lagi. Allah mungkin nak saya jaga emak dan ayah dulu. Malah saya percaya Allah mahu berikan yang terbaik buat saya. Apa yang diduga atau dianugerahkan akan saya terima.
“Tentang ciri-ciri lelaki pilihan sudah tentu saya nak yang mempunyai hati yang baik. Kena sedap mata memandang. Paling penting boleh berkomunikasi dan faham dengan diri saya dan ahli kelurga kami yang besar,” terangnya tentang lelaki pilihan.
Hadiah Buat Ibu
Ketika kunjungan kami juga, pihak Jubin MML bagi pihak Anis telah menghadiahkan rekaan baru dapur basah di kediaman ibu Anis.
“Saya mahu berterima kasih kepada Jubin MML kerana sudi beri hadiah pada mak. Sememangnya mak sangat gembira dengan pengubahsuaian baru dapur basahnya. Di sinilah tempat saya dan ibu memasak. Sebelum ini jubin dapur basah kami berwana putih dan ditukar kepada hitam sememangnya sangat cantik dan senang untuk dibersihkan.
“Jubin lantai yang bercorak kayu sememangnya cantik dan mudah dibersihkan. Malah semasa memasak pada petang raya kami masak dan bawa kawah dalam rumah. Sememangnya dapur kami nampak cantik dan sedikit sejuk. Ruang ini juga selesa untuk memasak. Walaupun saya tinggal berasingan dengan ibu namun setiap hari saya datang bertandang ke sini. Kadang kala saya masak dan bawa makanan ke rumah ibu,” sambung Anis.
Anis juga menerangkan dia mengambil keputusan untuk berpindah kerana mahu belajar berdikari.
“Saya ambil keputusan berpindah rumah dan tinggal sendirian kerana ingin belajar jaga diri sendiri dan berdikari. Walaupun ibu dan ayah masih merajuk sampai sekarang sebab saya berpindah, namun saya sememangnya perlu berdikari. Saya berpindah ke rumah sendiri sejak bulan November tahun lalu. Walaupun duduk berasingan namun saya datang setiap hari di rumah ibu bapa jika saya tidak ke luar negara. Kami anak beranak cukup rapat, boleh dikatakan saya ni ‘anak emas’ dalam keluarga. Saya dan Aisyah sememangnya rapat dengan ayah dan ibu dan kami selesa berbual antara satu sama lain,” luah Anis.
Produk Tumis By Anis
Sebelum mengakhiri perbualan Anis juga menyatakan kini dia muncul dengan produk baru dari air tangannya sendiri yang diberi nama Tumis By Anis.
“Sebelum ini ramai yang bertanya bila saya nak buka restoran. Tapi saya tak nak dan tak minat. Memandangkan saya lebih suka pada masakan Tha, jadi terbaru saya akan muncul dengan perencah yang dimasak sendiri diberi nama Tumis By Anis. Setakat ini terdapat lima perencah yang bakal dijual kepada pelanggan dan saya cuma promosikan menerusi Instagram sahaja,” akui Anis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...