Betullah apa yang ditulis pelakon Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Binti Kamarul Baharun, 25 tentang watak Husna itu. Marah, meluat, sakit hati penonton drama Jangan Benci Cintaku dekat Husna tak boleh ditahan-tahan.
Jangankan instagram Niena Baharun kena serang, yang lucu sampai ke IG Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) pun kena kecam. Walau ramai yang mengecam, Niena tak terasa hati pun sebab dia tahu itu adalah lakonannya yang berjaya membawakan watak antagonis seperti yang dimahukan pengarah.
Apa pun mak-mak, nak kecam Husna itu tak salah. Jangan terlebih emo sampai marahkan Niena ya. Kesian, lagi-lagi sekarang ini Niena sedang hamil anak sulungnya. Seperti yang dimaklumkan dalam instagramnya, kandungannya itu sudah pun masuk usia 6 bulan. Sebab itulah, Niena mahu fokus pada bayinya saja.
“Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam ig, fb, dan di mana mana ada je Husna. Macam macam emosi pulak tu . Takpe, teruskan.. Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu. Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina . Thank you for all the comments.
“Okay, sekarang kita nak fokus pada baby. Apa yang penting kena beli dulu untuk persediaan nanti?” Luah Niena positif.
Tiada Alahan Sepanjang Mengandung
Pelakon yang juga seorang model ini pernah membintangi drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz. Namanya terus menjadi trending selepas melakonkan watak Husna, orang ketiga yang mahu merampas Shah dari tangan isteri pertamanya, Rafeeqa (netizen juga senang memanggilnya Fikachu).
Tulis Niena lagi sepanjang kehamilannya, dia tak mengalami sebarang alahan. Dia juga berselera makan apa saja.
“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan! Jumpa durian, melantak sampai 10 ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay.”
“Cuma yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?
“Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik. Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?” Tulisnya lanjut. Memang kalau ibu mengandung ini dia punya mengidam lain macam kan. Bertabahlah encik suami.
Mingguan Wanita mendoakan Niena Baharun menjalani kehamilan yang menyenangkan dan diharapkan kelak dapat bersalin dengan aman.
Sumber/Foto : Instagram Niena Baharun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI