Dari tahun lalu sehingga kini, kita hidup dalam norma baharu berikutan pandemik Covid19. Banyak sektor utama seperti kesihatan, ekonomi dan pendidikan terjejas.
Kesan daripada ini ramai yang diberhentikan kerja, diminta cuti tanpa gaji atau dipotong gaji. Keperitan hidup ini mengganggu emosi dan ada yang hilang motivasi diri.
Susulan itu, sebagai portal Wanita #1 tanahair, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, berusaha menyalurkan maklumat dan menunjukkan jalan alternatif bagaimana mereka dapat dibantu untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih yakin.
Setelah kejayaan rancangan Bangkit Wanita: Webinar #bisnesdarirumah yang berakhir April lalu, terbaharu, Bangkit Wanita: Kisah Inspirasi & Sukses (KIS) dilancarkan.
Rancangan bual bicara santai ini boleh diikuti secara siaran langsung menerusi FB Mingguan Wanita setiap Isnin jam 3 petang.
Ads
Program ini membawakan secara eksklusif personaliti wanita berjiwa kental, kuat dan tabah mengharungi suratan takdir yang ditetapkan Allah. Mereka berkongsi kisah teladan, pengalaman suka duka yang boleh dijadikan contoh dan sempadan sebagai pedoman. Rahsia, tip dan formula kejayaan dikongsi bersama.
Perkongsian ini merupakan satu pendekatan psikologi pihak Mingguan Wanita yang inginkan semua wanita terus bersemangat dan kuat berjuang dalam hidup.
Kisah kejayaan dan kegagalan personaliti yang diundang adalah contoh sebenar yang boleh dijadikan inspirasi dan peringatan agar tidak melakukan kesilapan sama.
Siapa sangka panas di siang hari rupanya hujan di sebelah petang. Hidup tak selalunya indah, namun mengetahui kitaran hidup seperti roda; ada masa di atas dan di bawah, maka amat penting untuk kita bersiap siaga menyediakan payung sebelum hujan.
Ads
Begitulah kiasannya untuk menggambarkan betapa kita perlu menyediakan persiapan yang betul bagi mengharungi kehidupan sekarang dan hari muka. Dalam saat di puncak, ingatlah di saat kita atau orang lain pernah susah. Itu lah matlamat KIS disiarkan untuk tontonan umum. Memberi kesedaran dalam masa sama memberi semangat.
Beberapa personaliti bakal dijemput sebagai tetamu undangan dan antaranya ialah selebriti/usahawan Mila Jirin, Pengasas syarikat katering dan ruang acara Bizmilla, Nor Azila Mahmood, pengasas Kerepek Bronis yang pernah tular inovasi kerepeknya yang lain daripada lain, Dzuriasikim Dzulkefli pengasas produk penjagaan K’Hermosa, penulis dan pakar motivasi yang telah banyak menyuntik nilai positif pengikutnya dan ramai lagi yang lain.
Ads
Setiap daripada mereka mempunyai kisah suka duka sebelum berada di kedudukan sekarang. Jika bukan menawan satu dunia sekalipun, setidak-tidaknya mereka telah banyak mengubah taraf kehidupan dari biasa-biasa kepada luar biasa malah menjadi inspirasi kepada yang lain.
Ada yang bermula daripada kehidupan susah, ditinggalkan suami lantas bingkas bangun memajukan diri tanpa menoleh ke belakang. Ujian getir menjadikan mereka kuat, dan ada juga ingin mencabar diri, berhenti kerja dari jawatan selesa dan bergaji besar untuk berdiri di kaki sendiri. Penat, letih sukar dan mencabar namun semua ini berbalas dengan kejayaan-kejayaan manis.
Ingat, wanita biarpun nampak lembut, namun jiwanya kental. Dia handal di dapur, turut hebat di pejabat! Susuri kisah perkongsian perjalanan menarik mereka dalam Kisah Inspirasi & Sukses, FB Live Mingguan Wanita, setiap Isnin jam 3 petang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeping foto ini menceritakan segalanya, di sepanjang kemelut politik negara yang belum lagi selesai. Ada cerita kebaikan pemimpin yang dizahirkan menerusinya. Keindahan budi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraikan para petugas media yang bekerja tak kira waktu di hadapan pintu Istana Negara.
Pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi bagaimana sekeping foto ini, mengajar kita tentang NILAI MURNI yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang.
Hidang Tetamu Makanan Sebagai Tanda Meraikan
Ada banyak nilai murni yang kita boleh pelajarai dari sekeping foto ini.
1. Bagaimana seorang pemimpin tertinggi, santuni golongan bawahan pekerja yang menanti sebuah berita. 2. Baginda turun berpanas hanya untuk bertegur sapa dengan rakyat yang sedang bertugas untuk hilangkan keresahan didada mereka. 3. Baginda mencemar duli dengan menyampaikan dengan tangannya sendiri McD kepada rakyat yang bertugas ditengah panas. 4. Baginda menghormati dan meraikan berita yang sahih, sebab itu orang media diraikan. Kita kekalutan untuk mendapatkan mana berita benar, mana berita palsu. 5. Bahasa tubuh baginda sederhana, dia tidak mengenakan suit dan bersongkok seperti pegawai istana atau pakaian terhormat tetapi hanya kenakan kemeja dan tali leher yang diguna pakai oleh semua pekerja. 6. Makanan memberi nilai simeotik yang tinggi bagi bangsa Melayu, ketika ada tetamu kita akan hidangkan dengan makanan sebagai tanda meraikan.
Kesannya,
Hari ini orang media mendapat banyak ‘durian runtuh’ dari power bank percuma, Milo percuma, Food Panda dan sebagainya.
Kita boleh sahaja katakan bahawa mereka buat untuk pengiklanan percuma tetapi lebih besar dari itu. Bila baginda memberi teladan yang baik, maka ia menjadi ikutan buat semua manusia.
Ini Simbol Kasih Sayang
Kawan kawan,
Hari ini kita dapat lihat warna sebenar pemimpin kita yang rakus nak berkuasa .
Sebagai pemimpin hari ini, hargailah usaha rakyat yang masih susah bekerja keras mencari rezeki setiap hari buat keluarga.
Seronoknya mereka dapat makanan yang diberi
Ada pemimpin yang lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat demi sebuah kuasa.
Kami bersyukur masih ada pemimpin kami yang hulurkan makanan sebagai tanda penghargaan atas usaha media.
Ia simbol kasih sayang sebenarnya.
Duhai pemimpin, jadilah pemimpin yang kami sentiasa doakan kesejahteraan dalam doa kami.
Bantulah kami dan janganlah terlalu gilakan kuasa hingga kami malu memiliki pemimpin seperti anda.
Doa kami, moga pemimpin yang baik akan kekal sejahtera. Amin.
Selama beberapa hari, ingatan usahawan tudung terkenal, Mawar Karim tak dapat melupakan bayi Niskha. Atau nama sebenarnya, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham yang disahkan menderita kanser otak tahap empat pada usia empat bulan.
Lalu, rezekinya dipanjangkan untuk bertemu bayi itu dalam trip yang tak dirancang. Bergetar hati lihat derita bayi Nishka ini, yang mana sakitnya membuatkan si comel ini hilang penglihatan dan tak mampu bersuara.
Kongsi Mawar Karim,
“Unplanned trip to Kelantan.
“Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka, tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute , strong girl.
“Rezeki saya dapat berjumpa baby Nishka. Sejujurnya saya tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini. Asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang, Allah tentukan.
“Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”
Ujian Setiap Orang Tak Sama, Bantulah Mak Ayah Baby Nishkha
“Setiap ujian dihadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka.
“Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.
“Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan.
Sumbangkan Di Sini
Untuk pembaca yang mahu turut serta memberikan sumbangan, membantu meringankan beban mak ayah bayi Niskha boleh salurkan ke:
No acc CIMB Bank : 7002814262 Khairiah bt Kamarudin
#pleaseshareforbabynishka #prayforbabynishka
Bayi Niskha Dah Lalui Empat Pembedahan
Menurut laporan akhbar sebelum ini, bayi Niskha ini bukan saja alami kanser otak, malah bulan lalu disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang. Keadaan itu membuatkan dia tidak aktif dan perlu menggunakan alat bantuan untuk pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Bayi secomel ini sudah melalui empat kali pembedahan; dua di kepala dan dua di dada. Malah, turut lalui rawatan kemoterapi sebanyak dua kali.
Ibunya seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Pulai Chondong dekat Machang dan ayahnya, Mohd Farham Che Ahmad, 36. Setiap hari mereka berulang-alik ke hospital untuk menjaga anaknya.
Diam tak diam, dekat lima bulan pelakon veteran, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain, 76 telah meninggalkan ahli keluarga untuk selamanya. Akui anak sulungnya, Dr Norzizi Zulkifli, ibunya yang juga pelakon veteran terkenal, Datin Normala Omar begitu kental hatinya.
Sebaik arwah suami meninggalkannya, Normala tahu yang edah sudah jatuh ke atas dirinya. Ibunya patuh dalam tempoh edah. Malah, sewaktu dia mengajak ibu ke kubur arwah ayah di hari pengebumian.. ibunya menolak pelawaan.
Kata Dr Norzizi dalam instagramnya, “Minggu lalu, tamatlah edah buat Mama selepas pemergian arwah Papa. Mama sangat kuat dan patuh. Malahan kubur juga tidak dia pergi di hari pengembumian.
Masa jenazah Papa di bawa keluar, saya “Ma, Jom”
“Hangpa pi lah. Mama tak boleh pi. Dah start edah.”
Saya nak memujuk lagi, tapi saya tak jadi. Dan betullah tu.
Tapi saya juga bergegas tidak mahu ketinggalan mengiringi jenazah Papa, berlari keluar rumah dan saya tak tau kereta mana aje yang dah ada untuk saya tumpang, ternyata saya berlari keluar je saya dengar suara melaung memanggil “Zizi,nak naik van jenazah?”
“Alhamdulillah!! Peluang emas!” Saya berlari masuk ke van, saya pikir mama sungguh kuat.
Mama Patuh Edah – Dr Norzizi
Kalau hati saya, saya nak tengok semuanya! Mama PATUH. Alhamdulillah. Sepanjang tempoh edah Mama memang kuat. Ygan lebih teruk nangis is anak-anak dia.
Banyak soalan-soalan saya bertanyakan Mama dan dia redha akan pemergian ini. Dan dia control mind dia. Bila dia nak rasa sedih, dia akan shift minda.
“Buat apa nak sedih. Papa penyudahnya yang baik dan dia dah di tempat yang lebih baik. Kita ni yang belum tahu macam mana,” Hebat Normala Omar. Hati kental! Alhamdulillah dalam lindungan Allah.
Allahyarham meninggal dunia pada 5 September 2020, meninggalkan isteri dan lima orang anak-anaknya, Norzizi, Norzaza, Norzazila, Nozazleen dan Mohd Noor Zabaiq.
Sekitar Ramadan 2016, Normala alami patah kaki kiri akibar terjatuh dari katil sehingga menyebabkannya tak dapat bergerak untuk menjaga suami sewaktu suami sakit.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...