Mungkin terlalu geram apabila hutang yang diminta seakan tidak diendahkan, jadi cara ini mungkin langkah terakhir si pemberi hutang.
Setelah sekian lama menuntut hutang, akhirnya wanita dari Jakarta, Indonesia ini mengambil keputusan kirim bunga dengan ucapan paling pedas ke majlis perkahwinan jadi cara terakhir tuntut hutang.
Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan
Mengirimkan jambangan bunga dengan ucapan paling ‘pedas’ ke majlis perkahwinan.
Itu cara unik seorang wanita di Indonesia bagi menagih hutang daripada individu yang menganjurkan wang kutu.
Ternyata perkongsian Irena Junita Sari dalam video TikTok itu mengundang perhatian warganet hingga ia ditonton lebih 1.5 juta kali, 90,000 like (tanda suka) dan lebih 1,000 komen.
Ramai warganet mendapat inspirasi dengan keunikan wanita itu menagih hutang bernilai satu bilion rupiah (RM287,932). Menurut Irena, wang kutu itu hasil kutipan hampir 300 individu ahli kumpulan WhatsApp yang dilarikan seorang individu yang melangsungkan perkahwinan, pada 23 Disember lalu.
Sudah Minta Hutang Cara Baik
“Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya.
“Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya,” katanya seperti dipetik portal Detik.com. Dalam video tular itu, Irena menulis ucapan selamat pengantin baharu kepada individu itu selain turut menyindir.
Ads
Tulis Ucapan Selamat Sambil Menyindir
“Selamat menikmati wang haram, hasil curi wang kutu.
“Bila hendak bayar?” tulisnya dalam ucapan itu.
Katanya, kiriman bunga dan ucapan itu usaha terakhir dilakukannya selepas meminta secara baik dengan individu terbabit.
Selain itu, dia turut mendapatkan bantuan pihak berkuasa, tetapi usaha itu belum berhasil.
MW: Membayar hutang adalah wajib. Jangan sesekali abaikan pembayaran balik hutang. Mungkin di dunia mak ayah selamat, namun di akhirat belum tentu. Maka beringatlah iya.
Dikurniakan peluang hamil pada usia 42 dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim.
Berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini berbadan dua, Azrinaz berasa sangat bersyukur diberi kesempatan miliki seorang lagi zuriat.
Azrinaz Bersyukur Diberi Peluang Hamil Sekali Lagi
Tambah Azrinaz, dia sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata selepas melahirkan anak ketiga, Areesya Malaykha pada 15 September 2019.
Menerusi perkahwinan kedua bersama Fairos, Azrinaz dan suami dikurniakan Areesya yang kini berusia 17 bulan.
Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Azrinaz mengakui kandungannya kini sudah memasuki usia 7 bulan atau 30 minggu dan dia bersyukur.
“Ini Bukan Throwback”
“Ini bukan throwback, Apa yang ada lihat sedang berlaku sekarang. Merah jambu atau biru, apa yang harus dipuja, ini adalah anak keempat saya.
“Alhamdulillah syukur. ALLAH merahmati saya dan suami dengan memberi kesempatan untuk memiliki seorang lagi zuriat pada usia begini,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.
Untuk rekod, sebelum ini, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengirah Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 13 tahun.
Apa Yang Perlu Ibu Lakukan Sekiranya Hamil Lewat Usia
Trend hamil pada lewat usia kian menunjukkan angka peningkatan setiap tahun di negara-negara maju terutamanya di negara-negara di Eropah Barat, Australia, New Zealand, Kanada dan di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 165% dari tahun 2000 hingga tahun 2013 bagi kelahiran dari para ibu yang berusia 50 hingga 54 tahun! Malaysia juga tidak ketinggalan walaupun jumlah wanita hamil pada lewat usia adalah sangat kurang berbanding negara-negara tersebut.
Ikuti tip hamil lewat usia bersama Dr. Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, UPM, juga merupakan Pakar Kesuburan.
10 Tip Buat Ibu Hamil Lewat Usia
Amalan cara hidup sihat dan pemakanan seimbang sebelum, ketika kehamilan dan selepas melahirkan
Mencapai berat badan ideal sebelum kehamilan
Menghadiri Klinik Pra-kehamilan untuk menganalisis risiko dan mengoptimum masalah perubatan ibu
Mengambil folik asid 5mg sehari 3 bulan sebelum hamil; Ibu jangan culas demi anak!
Melakukan pemeriksaan antenatal seawal usia kandungan
Menjalani ujian saringan untuk mengesan masalah bayi sindromik (imbasan Nuchal Translucency; ujian darah hCG, PAPP-A, Tripple test; detail scan, NIPT)
Menjalani pemeriksaan antenatal di hospital atau klinik pakar perbidanan secara berkala dan pemantauan ketat
Melakukan ujian minum air gula (MGTT) untuk mengesan kencing manis ketika hamil
Berbincang dengan doktor pakar mengenai perancangan masa dan kaedah kelahiran bayi
Pilih hospital yang lengkap dengan fasiliti dewan bersalin, dewan bedah, tabung darah dan penjagaan neonatal untuk memastikan keberhasilan kandungan yang optimum untuk ibu dan bayi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Sepasang suami isteri di Pennsylvania kini menjadi ibu bapa kepada sembilan anak setelah menerima kelahiran anak kembar empat mereka. Semua itu berlaku kira-kira setahun setelah mereka sah bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik.
Maxine dan Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry apabila mereka mengambil keputusan menjadi ibu bapa angkat secara rasmi kepada empat beradik itu pada bulan Disember 2019.
Keputusan untuk menjadi ibu bapa angkat rasmi itu dibuat setelah setahun pasangan suami-isteri ini menjaga empat beradik kandung tersebut.
Selepas mengambil anak angkat, pasangan ini telah memutuskan untuk mencuba memiliki seorang lagi anak kandung. Terkejut besar pasangan ini apabila Maxine hamil anak kembar empat. Ini sekaligus mengubah jumlah ahli keluarga menjadi 11 orang dalam masa tiga tahun.
Maxine hamil anak kembar 4 tanpa melakukan kaedah IVF
Impikan Keluarga Besar
Menurut apa yang ditulis di laman gofundme oleh ArLette Young yang juga ibu kepada Jake, anak dan menantunya ini telah berkahwin pada bulan Mei 2016. Dan mereka mahu memulakan keluarga sendiri dengan secepat mungkin.
Tulis ArLette, “Maxine mahu menjadi ibu angkat dan dia sentiasa mengimpikan untuk memiliki keluarga besar dengan adanya anak kandung dan anak angkat.
“Jake menyokong impian isterinya itu. Walau kemungkinan akan berlaku sedikit ‘huru-hara’ di dalam rumah, Jake sebenarnya juga suka kepada idea untuk mengisi rumah mereka dengan penuh kasih sayang dan gelak ketawa anak-anak.”
Namun di sebalik sangkaan akan berlaku ‘huru-hara’, pasangan ini tidak menjangka akan dilimpahi kasih sayang yang tidak terhingga.
Sebelum bergelar ibu bapa angkat, Jake dan Maxine telah berjaya menamatkan kursus dan latihan sebagai ibu bapa angkat terlebih dahulu.
4 beradik kandung jadi anak angkat Jake dan Maxine
Kisah dan perjalanan Jake dan Maxine sebagai ibu bapa angkat bermula sebaik mereka menjaga tiga beradik pada bulan 28 Julai 2017. Ketika itu tiga beradik itu berusia 4 tahun, dua tahun dan 11 bulan. Sebulan kemudian, seorang bayi perempuan yang baru lahir yang juga adik kandung kepada tiga beradik itu turut menyertai keluarga mereka.
Jelas ArLette lagi dalam laman web gofundme itu lagi , “Pada masa sama, Jake dan Maxine tetap mencuba untuk memiliki anak kandung sendiri. Malah, pelbagai cabaran dihadapi Jake dan Maxine.
“Ini termasuklah mengalami keguguran berganda, kehamilan kimia, dan rawatan IVF dan IUI sebelum mereka dikurniakan dengan anak kandung lelaki yang diberi nama Henry pada bulan Oktober 2018.”
Pada Disember 2019 iaitu setahun selepas anak kandung mereka Henry dilahirkan, Jake dan Maxine secara rasminya telah disahkan bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik kandung tersebut.
Dalam satu temuramah yang dilakukan di di stesen berita tempatan WFMZ, Maxine menjelaskan keadaan rumah mereka memang kecoh dan ‘huru-hara’.
“Daripada kosong dan tidak ada anak, jumlah keluarga kami bertukar menjadi lima orang. Semuanya dalam masa kurang dari setahun.”
Maxine tidak sangka mampu hamil tanpa melakukan kaedah IVF
Jake dan Maxine fikir dengan 7 orang ahli, keluarga mereka telah lengkap. Tetapi ketika minggu akhir sebelum proses pengambilan anak angkat disahkan, Maxine mendapati dirinya hamil lagi. Kali ini tanpa melakukan sebarang kaedah IVF.
“Saya tidak menyangka bahawa diri akan hamil tanpa sebarang kaedah IVF atau IUI, seperti mana yang saya lakukan ketika mengandungkan Henry. Saya masih ingat lagi ketika menulis mesej kepada suami. Ya Tuhanku! Itu sahaja yang mampu saya,” ujar Maxine.
Hamil tanpa disangka adalah satu kejutan buat pasangan ini. Namun kejutan yang diterima mereka tidak berakhir di situ. Tanpa disangka, semasa pemeriksaan dilakukan, Maxine bukan hamil seorang anak sebaliknya anak kembar empat.
Ingatkan seorang sebaliknya 4 bayi yang dikandung Maxine
Berbaloi
Maxine telah selamat melahirkan anak kembar empatnya pada 31 Julai 2020. Ketika itu usia kandungannya adalah 32 minggu.
Pasangan ini telah menamakan anak-anak mereka dengan nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian, dan Cecilia Hudson.
Dua bayi telah keluar daripada hospital, manakala 2 lagi masih di dalam wad
Kesemua bayi ini dilahirkan antara pukul 8.00 dan 8.02 pagi. Masing-masing memiliki berat antara tiga dan empat paun. Kesemua bayi ini terpaksa dimasukkan ke dalam NICU. Minggu ini (ketika artikel ini diterbitkan) hanya dua orang bayi telah dibenarkan keluar daripada hospital.
Kesemua anak kembar 4 ini telah dimasukkan ke dalam NICU sekurang-kurangnya sebulan
Jelas ibu bapa ini lagi, mereka bersyukur kesemua anak kembar empat itu berada dalam keadaan baik.
Rasa syukur Maxine itu turut ditulis di akaun Facebook miliknya.
“Saat ditemukan dengan keempat-empat bayi kami itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dengan serta-merta kami telah melupakan kesemua perjuangan dari beberapa bulan sebelum itu.
“Pada masa itu kesakitan dan stress juga tidak menjadi masalah. Segala apa yang telah kami lalui itu berbaloi.”
Sekadar minum melalui penutup botol, kanak-kanak tersepit di celah runtuhan batu bersabung nyawa.
Hari ini sudah memasuki hari ke empat gempa melanda Turkiye dan utara Syria. Pasukan penyelamat antarabangsa juga sudah mula menghulurkan pelbagai bantuan dan tenaga. Namun kekurangan dan kekangan masa menyukarkan menyelamatkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan batu dalam kadar segera.
Satu video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai. Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu dan buat masa ini belum dapat diselamatkan lagi.
Untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya.
Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria setakat ini dilaporkan seramai 12,000 kematian melibatkan 10 wilayah Turki dan utara Syria. Bahkan Presiden Turki, Erdagon mengumumkan 3 bulan darurat untuk wilayah-wilayah ini.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!