Bagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis dan masam yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan mee segera. Kimchi memang ada jual di pasaran namun sebenarnya nak lebih jimat dan berbaloi, boleh buat sendiri di rumah je. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Sebelum cuba resipi ni, admin nak share kalau ada yang nak beli mesin pengisar baru yang elok dan tahan lama boleh cuba Primada Smart Cooking Blenderini. Best tau lagi murah kalau guna code yang disediakan berbaloi sangat harganya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Azmawani Ismail ini sebagai rujukan;
Bila encik suami minta belikan kimchi, tetiba rasa kedekut. Benda kita boleh buat, boleh jimat kenapa nak kena beli. Anggaran kos bahan mentah tak sampai RM 10 boleh dapat 3 bekas. Secukup rasa seadanya.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
Bahan-bahannya:
Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
Sebiji lobak merah – hiris nipis
Sebiji lobak putih – hiris nipis
Segenggam daun bawang – potong sederhana panjang
5 ulas bawang putih *
Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
Satu inci halia tua *
5 sudu sos ikan *
2 sudu kecil gula merah *
3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
Garam halus secukupnya
3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
Cara Membuat:
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan lobak dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Ads
Nota kasih sayang:
* Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* Kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh….berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gambar tak beresepi. Ingatkan tak laku. Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.
Pada yang suka kimchi…sukalah. Yang kata masam atau tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba buat sendiri. Lebih jimat dan yakini bersih dan halalnya. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas, memang berbaloi.
Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas! Bagi mak-mak penggemar sambal ikan, jika selalu kita masak sambal merah biasa, boleh cuba kelainan buat Ikan Sambal Thailand ini. Guna apa-apa ikan pun boleh, yang penting goreng terlebh dahulu. Memang sedap, makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi Sambal Ikan Thailand yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini sebagai panduan;
Ikan Sambal Thailand
Bahan-Bahan:
Ikan (digoreng)
10 biji cili padi
3 biji cili besar hijau
1 biji tomato
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai (hiris serong)
Daun limau purut
2 sudu makan Sos cili
2 sudu makan Sos tiram
Mushroom seasoning/secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu Gula somtan
1 biji Limau nipis
Hirisan bawang merah
Cara Membuat:
1.Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2.Bahan utama. Kalau nak pedas lagi tambah lebih. Semua bahan ni pakai chooper. Kalau tak ada chooper pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil dia jadi kasar.
3.Pakai minyak goreng ikan tadi je. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu Maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.
4.Masukkan hirisan serai.
5.Masukkan daun limau. Batang tengah buang okeh, nanti pahit.
6.Masukkan pula sos cili.
7.Kemudian masukkan pula sos tiram.
8.Mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama je.
9.Masukkan sos ikan.
10.Masukkan Gula somtan.
11.Masukkan pula Limau nipis. Gaul rata. Tak yah garam dah, sebab sos ikan tu masin.
Keenakan kuih lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih.
Memang sedap dapat makan lepat jagung terutama yang lepas diangkat dari periuk kukus. Paling ‘best’ bila tergigit ketulan-ketulan jagung halus itu. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat lepat jagung. Boleh cuba buat ya!
Tak dinafikan bahan-bahan yang berkualiti mempengaruhi rasa, kelembapan dan kesedapan kek yang kita buat. Terutamanya jenis dan kualiti butter atau mentega yang digunakan. Seeloknya jika nak jadikan kek bertambah sedap, gunakanlah butter yang ‘mahal’ sikit, mempunyai kandungan bahan-bahan yang lebih berkualiti.
Jika mak-mak selalu buat cheese cake yang plain(kosong). Boleh cuba tambah filling pula untuk bertambah sedap dan menaikkan seri kek.
Boleh cuba resipi “Kek Butter Cheese Blueberry” yang dikongsikan oleh Puan Ct Noriezan ini.
“Tajuk kek ni “Kek Butter Cheese Blueberry” panjang nau nk nyebutnya. Alhamdulillah… Kejadian yang sangat sempurna..”
Bahan-Bahan:
250g butter anchor (ape-apa brand pon tak kesah) nak sedap pakai la yg mahal sikit
250g cheese tatura
1 1/4 Cawan gula kastor
2 1/4 Cawan tepung naik sendiri
1/3 Cawan susu full cream
3 biji telur A
Esen vanilla (sis pakai butter vanilla.. 1 umah bau wangi)
Filling blueberry secukupnye
Cara Membuat:
1.Panaskan oven 180°c dan gris loyang 9×9 dengan shortening
2.Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
3.Masukan cheese pukul sebati dan masukan susu full krim tadi.Pukul lagi sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul lagi.
5.Masukan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
6.Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.(dot dot)
7.Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
8.Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.
MW: Bagi mak-mak yang suka Cheese Cake, boleh cuba buat nanti di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Penting beli butter yang mahal sikit, lebih berkualiti dan sedap rasanya.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...