Setiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.
Dekorasi Kafe
‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Ads
Keunikan Nama Menu
Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.
Ads
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.
Ads
Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.
‘Crystal Slime Clay’ merupakan cecair berbentuk jeli, mempunyai pelbagai warna menarik yang kian menjadi trend mainan dikalangan anak-anak. Ramai mak ayah yang belikan mainan ini buat anak-anak, tanpa menyedari kandungannya yang berbahaya serta risikonya boleh mengundang maut.Lebih-lebih lagi, jika ia diimport dari negara luar yang diragui tahap keselamatan dan kandungannya.
Buat mak ayah, elakkan lah daripada membeli ‘Crystal Slime Clay’ buat anak.Ini kerana cecair berbentuk jeli ini disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang turut dikenali sebagai Borax. Bukan hanya boleh menyebabkan keracunan sekiranya tertelan, ia juga boleh mengundang maut.
Apa itu Borax?
Borax adalah mineral boron dan garam yang diperoleh dari dalam tanah. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan.
Sekiranya Borax memasuki tubuh seseorang itu dalam itu dalam kuantiti yang banyak ia mampu meracuni organ badan.
Malah jika anak bermain barang mainan yang mengandungi Borax ia boleh mengakibatkan berlaku tindak balas biokimia dalam sistem saraf mereka. Secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi system endokrin.
Mereka yang mengalami kerosakan kulit seperti luka dinasihatkan agar tidak sama sekali mendekati Borax. Menyentuh mulut selepas memegang bahan mengandungi Borax, akan secara segera menyebabkan bahan beracun itu menyerap dalam tubuh.
Perlu tahu 1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih 15 gram ia boleh mengundang maut. Bagi kanak-kanak pula 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka.
Dijual Secara Terbuka
Menurut laporan China Press lendir/jeli ini telah menjadi trend dan fenomena di negara China. Ia dijual secara terbuka tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti tertera pada labelnya. Ia dibuat mengunakan sebatian Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain. Ini menjadikan ia menarik pada pandangan kanak-kanak.
Ia juga boleh ditempah secara dalam talian dengan harga yang murah. Sekaligus menjadikan ‘racun’ ini berpotensi untuk merebak ke luar China termasuk Malaysia.
Jadi buat mak ayah harus lebih prihatin dan waspada dengan mainan yang dibelikan buat anak-anak. Jangan kerana mahu menggembirakan mereka, anak menjadi mangsa dan boleh mengakibatkan kematian.
Pengalaman memiliki rumah yang pertama pasti meninggalkan momen terindah bagi pasangan suami isteri.Apatah lagi pernah melalui susah senang bersama ketika di awal perkahwinan. Tak kiralah rumah kecil atau besar, apabila memiliki kediaman sendiri ditambah dengan dekorasi indah yang menepati citarasa yang diinginkan, pasti menambah kegembiraan dalam perkahwinan.
Baru-baru ini,pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 ada berkongsi video pendek keterujaan memiliki rumah baru dengan dekorasi yang cukup indah.
Menurut Wawa, ia merupakan rumah pertama mereka setelah enam tahun mereka berkahwin. Lebih istimewa, dekorasi indah yang mengambil masa hanya setahun tersebut, merupakan hadiah dan kejutan daripada suami tersayang.
Sebagai penghias reka dalaman dekorasi indah rumah baru Aeril Zafrel dan Wawa zainal, Lentera Creative Home menjelaskan bahawa rumah pasangan ini berkonsepkan Modern English.
Berikut antara perkongsian video deco bahagian ruang tamu dan juga bahagian ruang makan rumah pasangan ini;
Seronok melihat kebahagian pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Mingguan Wanita tumpang gembira dengan rezeki pasangan ini. Semoga bertambah kebahagiaan didalam rumahtangga dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ada rezeki lebih tak salah berkongsi dengan pasangan.
Rupanya isu kegagalan komitmen pemberian nafkah pada anak-anak, bukan sahaja berlaku pada orang kebanyakan malah turut melibatkan selebriti antarabangsa, bekas pasangan romantis Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Terbaru, Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka di tengah perceraian panjang bekas pasangan terkenal Hollywood itu. Peguam kepada aktres berusia 43 tahun itu mendakwa semalam, aktor berusia 54 tahun itu tidak membayar nafkah ‘relevan’ anak mereka selama 18 bulan, menurut dokumen mahkamah dilihat laman web DailyMail.com.
“Sehingga sekarang, Pitt belum membayar wang nafkah anak sejak mereka berpisah,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean.
Aktres tersebut mendakwa, suami ketiganya itu gagal memenuhi kewajipan kewangan dan menuntut mahkamah memaksanya menjelaskan bayaran.
“Oleh kerana perkiraan tidak rasmi berhubung pembayaran perbelanjaan anak-anak gagal dipenuhi Pitt selama setahun setengah, Jolie bercadang memfailkan satu arahan sekatan (RFO) bagi mengaktifkan arahan nafkah anak,” kata dokumen itu.
Beliau meminta hakim menguruskan satu pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan. Sokongan ‘relevan’ tidak dijelaskan dalam tuntutan itu dan pasukan Pitt belum menjawab secara rasmi. Sumber Pitt yang biasa dengan situasi itu memberi bayangan kepada Dailymail.com, aktor berkenaan kemungkinan menentang dakwaan, mengulas: “Brad sentiasa memenuhi komitmennya.”
Dokumen itu juga menuntut perceraian mereka dimuktamadkan tahun ini, dengan Jolie dilihat tergesa-gesa mahu menamatkan hubungan mereka.
Kekayaan bersih Jolie dianggarkan AS$160 juta (RM652.40 juta), menurut Celebrity Net Worth dan pada 2014, beliau berada pada kedudukan ke-74 selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes manakala Pitt diisytiharkan memiliki kekayaan bersih AS$240 juta (RM978.59 juta).
Perpisahan mengejutkan mereka diumumkan dua tahun lalu apabila Jolie memfailkan perceraian pada September 2016, memetik tiada persefahaman. Keputusan diambil di tengah dakwaan Pitt berkasar dengan seorang daripada anak mereka dalam pesawat peribadi namun dibebaskan daripada salah laku.
Enggan Bayar Nafkah Anak
Menerusi laporan sebelum ini, perbalahan antara pasangan pelakon Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin memuncak apabila Pitt dilaporkan enggan membayar nafkah anak sebanyak AS$100,000 (RM442,000) kepada bekas isterinya itu. Menurut sumber, Pitt tiada masalah menjaga enam anak mereka, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, tetapi tidak akan membayar nafkah anak kepada Jolie.
Sumber berkata, AS$250,000 (RM1.1 juta) akan dimasukkan ke dalam tabung amanah setiap seorang anak mereka setiap tahun, yang dihadkan AS$5 juta (RM22 juta).
“Itu merangkumi semua perbelanjaan anak mereka selain mewujudkan tabung amanah bagi setiap seorang kanak-kanak itu,” kata sumber kepada majalah In Touch.
Jolie pula dikatakan berharap perceraian dapat dipercepatkan dalam masa 90 hari.
“Angie mahu perceraian mereka rasmi dalam masa 90 hari, termasuk hak penjagaan dan harta sepencarian.Namun dengan apa yang dimintanya, ia mungkin sukar. Beliau membuat tuntutan kewangan tidak masuk akal,” kata sumber.
Jolie dan Ptt mengejutkan dunia apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 19 September 2016, memohon hak penjagaan tunggal enam anak mereka.
Moga semuanya dapat mencapai persetujuan bersama dan dapat diselesaikan dengan baik. Buat suami yang bergelar ayah, walaupun telah berlaku penceraian dengan isteri dan terputus hubungan namun perlu ingat kewajipan nafkah anak-anak tetap perlu diteruskan dan merupakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...