
Lazimnya, setiap kali tibanya hari ulangtahun kelahiran, ramai yang ingin memberikan hadiah harijadi sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Namun demikian, sempena ulangatahun kelahiran ke-70 Dr Wan Azizah baru-baru ini, isteri kepada Perdana Menteri Ke-10 ini ada memohon supaya tidak memberi sebarang cenderahati kepada beliau, sebaliknya mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.
“Saya ingin memohon kepada semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya; kita harus mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.” ujar beliau.
Terima Kasih Segala Doa & Ucapan
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70 dilahirkan pada 3 Disember 1952. Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama ini juga mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang diberikan sempena harijadi beliau.
“Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas ucapan dan doa tanda ingatan sempena ulangtahun hari kelahiran saya pada hari ini.”
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua, dan semoga kita sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.” ujarnya lagi.
Ramai yang turut berkongsi ucapan dan doa sempena harijadi beliau.
Mesti Baca:Dr Wan Azizah Wanita Paling SABAR, SETIA Dengan Suami Hadapi 1001 Ujian

Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran buat isteri kesayangan Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan berterusan diberi kesihatan yang baik.
Sumber:Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska

Isi Kandungan
ToggleKanak-kanak 5 tahun tertinggal dalam kereta, ibu terlupa selepas ambil anak dari taska. Sudah tertulis takdir anak syurga ini, tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit.
Seorang kanak-kanak perempuan, berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaan di kawasan parking pintu belakang Hospital Shah Alam semalam.
Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta
Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja didalam kenderaan jenis Axia selepas ibunya mengambil mangsa dari sebuah taska yang berdekatan dengan tempat kejadian. Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.
Setelah dihubungi oleh suaminya barulah ibu mangsa menyedari kejadian tersebut. Mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian ini pada 30 Januari 2024 jam 8.01 malam daripada seorang lelaki india yang bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Hospital Shah Alam Selangor.
“Post-mortem telah dijalankan pada 31 Januari 2024 jam 2.00 petang berkeputusan pending laboratory investigations. Pemeriksaan keatas mangsa juga dapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.
“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, ACP Mohd Iqbal turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak semasa pulang dari sekolah atau taska terutamanya yang masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Jelasnya lagi, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini bolehlah menghubungi Insp Syer Aidid di talian 013-6544996.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Ditemui Meninggal Dalam Kereta Bertutup Kanvas
Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta, Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika
Bapa Terlupa & Terus Ke Pejabat, Anak Meninggal Dalam Kereta Selepas 4 Jam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

Isi Kandungan
ToggleFasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani. Menerusi perkongsian rakaman suara pendek (voice note) yang dikirimkan menerusi akaun Instagram Azhan Rani, Fasha Sandha tidak mahu orang ramai menyalahkan pelakon lelaki itu atas kemalangan yang menimpa dirinya ketika berlakon.
Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani
Menerusi kompilasi gambar-gambar sewaktu melawat Fasha Sandha, Azhan Rani juga berkongsi rakaman suara daripada pelakon itu.
“Doakan ya, abang jangan risau, orang kata abang tolak kuat sebenarnya tak kuat pun abang tolak.
“Video pun ada, andaian orang je. Orang bukan dalam industri tak tahu bukannya tolak betul-betul pun, just acting, cuma landing tempat yang salah. Saya tak nak orang salahkan abang.
“Saya akan bagi statement dua tiga hari nanti, sebab sekarang ni tak boleh menulis. Sebab kalau menulis tulisan tu akan jadi dua. InsyaAllah bila semuanya dah semakin sihat saya akan explain. Semoga akan beransur pulih dan bengkak akan kurang,” kongsi Fasha menerusi rakaman suara.
Terima Apa Saja Pandangan & Kecaman Dari Orang Ramai
Sebelum ini, pelakon Azhan Rani terima saja apa pandangan dan kecaman dari orang ramai terhadap dirinya. Sebelum ini Fasha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru setelah mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran.
Insiden tersebut berlaku ketika pelakon itu terjatuh sebelum mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam. Akibatnya, tulang mata kiri patah dan bebola mata kiri Fasha berdarah serta bengkak.
Azhan yang bergandingan dengan Fasha berasa sangat bersalah namun menerusi perkongsian terbaru di Instagram miliknya Azhan meluahkan rasa;
“40 kali tulis padam tulis padam.
“Saya tepek je la ye voice message antara kami semalam. gambar tu hari ini. in shaallah dia dalam proses recovery dan semakin baik berkat doa yang tak putus2 dari semua.
“Maaf saya tak berminat nak ulas apa2 buat masa ni, biar @fashasandha sendiri selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan.
“Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan. lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan. cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya @fashasandha agar dia kembali pulih macam selalu.
“Terima kasih juga @itsaidilaziz yang menyantuni kami. producer @geehanmsdnbhd yang sentiasa disisi dari mula insiden hingga hari ini.
“Tak lupa juga buat pengarah @alongkamaludin serta seluruh team produksi telemovie #anaktuan . semoga ada hikmah yang baik buat kita semua.
“berikan la dulu ruang buat @fashasandha berehat. in shaallah bila keadaan menguzinkan nanti beliau sendiri akan maklumkan. in shaallah. terima kasih sekali lagi.
“Semoga posting ini mampu meredakan emosi semua. Teruskan berdoa” kongsi Azhan.
“Abang Yang Terbaik… Apa Yang Berlaku Allah Dah Susun” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi kata-kata semangat buat Azhan Rani.

Menarik Juga Disini : Azhan Rani Simpati Pada Fasha “Cuma Nak Tengok Dia Sihat Macam Dulu. InsyaAllah Dia Kuat”
Baca Disini : Azhan Rani Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata, Tersentuh Dengan Keprihatinan & Sikap Pemurah Rakyat
Sumber / Sumber Foto : Instagram Azhan Rani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

Isi Kandungan
ToggleBayangkan sejak dari kecil sudah menjadi penghuni tetap di hospital, tidak tahu apa-apa perkembangan dunia luar. 18 tahun terlantar di hospital bukan jangka masa yang pendek. Itulah rumah kedua sejak dia dilahirkan.
Takdir Allah, tahun ini adalah paling bermakna buat dirinya setelah 18 tahun terlantar di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang untuk sambut ramadan bersama keluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Galas Tanggungjawab, Anak Usia 10 Tahun Jaga Ibu Terlantar Selepas Kematian Suami
Terlantar Di Hospital Sejak Kecil
Berita yang menggembirakan ahli keluarga juga. Sambutan Ramadan tahun ini paling bermakna buat seorang ibu apabila anak gadisnya yang sebelum ini terpaksa ‘tinggal’ di hospital sejak 18 tahun lalu akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya di Bahau.
Siti Nurul Hidayah Mohamad Sofi, yang kini berusia 25 tahun terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah akibat penyakit Cervical Cord Myelopathy iaitu kerosakan saraf tunjang dan pengecutan paru-paru selepas terjatuh di rumahnya ketika berusia enam tahun.
Keadaan itu menyebabkan dirinya perlu menggunakan alat bantuan pernafasan dan memerlukan pemantauan doktor selain hanya mampu menggerakkan bibir sebagai isyarat jika mahu meminta sesuatu.
Menurut ibunya, Dayang Lohani Awang Zain, 56 tahun, perasaannya bercampur baur apabila impiannya untuk membawa pulang anak ketiga daripada lima beradik itu menjadi kenyataan.
Jelasnya, usaha untuk membawa Siti Nurul Hidayah pulang sudah lama namun disebabkan beberapa kekangan terutamanya dari segi kesihatan dan peralatan berkaitan menyebabkan usaha itu tertangguh.
“Gembira dan sedih semuanya ada, dalam tempoh 18 tahun itu kami sekeluarga berkorban masa dan tenaga selama 24 jam menjaganya di hospital tanpa memikirkan perkembangan dunia luar.
“Sekarang, Alhamduillah dia pun begitu ceria apabila dapat keluar dari hospital. Siapa tahu selepas ini dia dapat bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dengan izin ALLAH SWT,” katanya.
Berpuasa & Berbuka Di Hospital
Dalam pada itu, Dayang Lohani meluahkan rasa terima kasih kepada warga HTAN, Yayasan Munarah dan semua pihak yang banyak membantunya sama ada secara langsung ataupun tidak dalam memastikan rawatan dan perubatan termasuklah peralatan bantuan kesihatan anaknya itu berjalan dengan baik.
Malah Dayang Lohani juga tidak menyangka dapat meraikan Ramadan ini dalam suasana yang berbeza walaupun dalam keadaan serba sederhana.
“Selama 18 tahun kita berpuasa dan berbuka di hospital sahaja, raya pun di situ. Kali ini merasalah berpuasa di luar walau pada dasarnya tidaklah seperti orang lain dan kami masih perlu memberi tumpuan kepada Siti Nurul Hidayah,” katanya yang menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Dalam pada itu, MAINS akan menyalurkan bantuan satu unit mesin bantuan pernafasan, set katil pesakit bersama tilam angin dan peralatan mekanikal ventilasi pernafasan seperti ‘suction catheter’, ‘suction tubing’ dan ‘tracheostomy cannula’.

Media pada tahun 2015 melaporkan kisah Siti Nurul Hidayah yang terjatuh dalam bilik air menyebabkan dia lumpuh dan terlantar di HTAN sejak Januari 2005.
Kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi diuji apabila bapanya, Mohd Sofi Mohamad Amin meninggal dunia setahun kemudian akibat angin ahmar dan serangan jantung sekali gus menyebabkannya hilang tempat mengadu.
Mingguan Wanita : Moga Siti Nurul Hidayah diberi kesembuhan dan gembiralah dapat berkumpul bersama keluarga.
Sumber: Sinar Harian & MAINS
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI