“Kesiannya sampai mengigil-gigil tangan” begitulah antara komen netizen di Instagram pelakon popular Maya Karin. Pelakon jelita itu alami serangan panik sebelum naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-32 terharu dengan pertolongan Faizal Hussein yang juga rakan penyampainya ketika mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. .
Maya akui walaupun tidak sepatutnya dia memegang Faizal namun dia benar-benar perlukan pertolongan ketika itu.
“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan”
Seperti mana yang dilaporkan Maya begitu hargai pertolongan Faizal.
“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Dia juga bantu saya ketika saya melepaskan kasut. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’.
“Walaupun saya tidak sepatutnya memegangnya tapi saya betul-betul perlukan pertolongan ketika itu. Malah dia jaga saya sampai tugas kami selesai.
“Orang lain mungkin tak ambil peduli dan tak faham situasi yang saya alami, tapi dia sangat ambil berat. Sampaikan kasut saya pun dia tolong pegangkan,”
“Sebelum naik atas pentas saya sudah bercakap dengan Faizal boleh tak dia umumkan dua kategori utama itu berseorangan. Bagaimanapun, dia pujuk dan yakinkan saya boleh buat dan minta saya kekal bertenang. Jadi saya pun cakap pada diri sendiri dan cuba kuatkan hati.
Ads
“Namun, sebaik berada di atas pentas fikiran saya mula terganggu melihat penonton dan kamera sedangkan sewaktu majlis Anugerah Seri Angkasa sebelum ini semuanya okey.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku. Serangan panik ini datang tiba-tiba dan boleh dikatakan kerap juga berlaku sekarang ini apabila ada tekanan yang datang,” terang Maya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Sempat Jumpa Doktor Pakar
Maya juga akui dirinya menghidapi serangan panik hampir empat tahun lalu.
“Saya tak sempat ke hospital untuk bertemu doktor pakar. Selepas menjalani penggambaran filem Telaga Suriram, saya terus ke Amerika Syarikat dan melawat empat bandar dalam tempoh tiga minggu. Kemudian saya ke Bangkok, Thailand sebanyak dua kali atas urusan kerja dan sambung berkerja di sini.
“Mungkin minggu depan saya akan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan memandangkan rakan-rakan sudah mula risau selepas melihat keadaan saya di FFM32,” ungkap Maya.
Ads
“Rupa-Rupanya Baru Tahu Ada ‘Panic Attack'” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan serangan panik yang dilalui oleh Maya Karin
Dikala seluruh dunia sedang ‘berjuang’ menangani pandemik COVID-19, ujian terbesar juga buat penduduk di Beirut Lubnan apabila menghadapi letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini. Malapetaka tersebut mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan penduduk tercedera. Ia dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.
Baja Kimia Pertanian
Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.
“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab
“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.
Kementerian Kesihatan melaporkan 73 penduduk terkorban, manakala 3,700
penduduk lagi cedera dalam insiden berkenaan.
Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.
Isytihar Beirut Zon Bencana
Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk, Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan bagi penghantaran bantuan.
Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat insiden letupan itu.
Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Situasi ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP
MW: Semoga mangsa yang tercedera dan selamat segera sembuh.Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan penduduk di sana agar terus kuat dan cekal menghadapi ujian ini.
Pernah tak kita tengah sedap-sedap makan ke minum, tiba-tiba ada rambutlah, semutlah dalam order kita waktu menikmatinya di kedai makan. Lebih tak best, bila maklum pada pemilik, sebagai pelanggan kita tak disantuni dengan baik.
Frustkan rasa hati. Tentu-tentu kita takkan datang lagi ke kedai berkenaan. Dah hilang satu pelanggan. Inilah yang jadi ketika Amylia Aalankeluar makan-makan shell out dengan anak-anak di sebuah restoran.
Disebabkan, mereka tidak disantuni dengan hemah oleh pemilik kedai itulah akhirnya dia buat sendiri hidangan seumpama. Lebih berbaloi, dinikmati seisi keluarga dengan harga yang jauh lebih murah.
Resepi Shell Out Jimat & Puas Hati
“Kelmarin saya makan shell out di restoran. Katanya untuk satu kepala RM10. Tiga kepala makan RM39. So saya ambil yang untuk 3 orang makan. Bill RM51.10. Malangnya tengah makan ada sehelai rambut. Jadi saya beritahu tuan punya kedai.
“Dia ganti yang baru. Yang tak bestnya shell out yang baru tak serupa yang ada rambut. Yang ada rambut udangnya sampai 10 ekor. Yang baru 3 ekor saja. Bila tanya.. muka tuan kedai dah mula mencuka.
“Bila bayar tak pandang dah muka kita. Terima kasih pun tidak. First and last lah saya ke kedainya. Ni saya buat sendiri. Sangatlah berbaloi berbekalkan RM52.50, dekat 6 orang boleh makan. Anak-anak dan suami semua suka. Alhamdulillah.”
“Kalau kat luar ni, hidangan yang saya masak mungkin RM150++.”
Resepi Untuk Sos Shell Out Buat Sendiri
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering ikut suka pedas
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam ikut suka
3 sudu besar serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kalau nak sos tu hitam sikit tambah kicap manis sedikit
Caranya Macam Ni
1. Semua bahan saya kisar terus. Kemudian, tumis dan kuah rebus tadi boleh tambah bagi da berkuah sikit.
2. Tumis dengan butter.
Bahan-bahan Seafood
1. Rebus satu persatu
2. Lepas tu bolehlah campur dekat sos yang dah masak tadi.
Sungguh malang tidak berbau. Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga boleh mengundang bahaya, binatang mahupu serangga masuk ke dalam mulut.
Pelik lagi mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki ke dalam mulut wanita semasa sedang tidur.
Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.
Dibius
Wanita itu rasa tidak selesa serta tidak sihat, dan telah dihantar ke hospital. Doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya menerusi tiub yang dimasukkan ke tekaknya.
Menerusi rakaman satu klip video yang viral, cukup mengerikan apabila seorang doktor mengeluarkannya dengan menarik ular tersebut dari dari saluran kerongkong dan tekak wanita tersebut. Beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau telah mati ketika dikeluarkan.
MW: Ngerinya baca cerita sebegini. Bahaya tidur dengan mulut terbuka.Jika tak dimasuki binatang berbahaya pun, kemungkinan dimasuki serangga itu pasti ada. Paling penting utamakan kebersihan dan keselamatan di ruang bilik tidur, sebelum kita nak melelapkan mata.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.