Ada juga yang dah jumpa, tapi makan ikut suka. Sebab bila makan ubat darah tinggi ada side effect bersangkut paut nafsu nak ‘bersama’ pasangan. Dia jadi tak ‘perform’. Sudahnya ada yang ikut logik akal sendiri, ubah dos atau makan ikut gerak hati.
Tak bagus sebenarnya cara itu ya tuan-puan. Ada jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan terutama berkaitan ubat. Apa pun penjelasan daripada Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini membantu anda memahamkan pengkelasan ubat darah tinggi.
Dalam masa yang sama, memberi kelegaan kepada penghidap darah tinggi. Jika ketika makan ubat darah tinggi ada kesan sampingannya, jangan suka hati buat keputusan sendiri tapi carilah jalan penyelesaian dengan bantuan doktor. Yang penting, jangan malu dan ceritalah hal sebenar.. apa yang anda alami itu dekat doktor anda.
Ads
* Gambar contoh ubat darah tinggi kelas Beta blocker yang biasa ditemui di Malaysia.
Ubat Darah Tinggi
Ubat darah tinggi ada banyak kelas yang berbeza. Lain kelas, lain caranya turunkan tekanan darah. Ada yang caranya buang air & garam berlebihan menerusi air kencing, ada yang caranya mengendurkan / kembangkan saluran darah arteri, ada juga yang menghalang penghasilan enzim di buah pinggang.
Hari ni kita tengok ubat darah tinggi dari kelas BETA BLOCKER. Caranya kawal tekanan darah ialah dengan mengurangkan kadar degupan jantung (slow the heart rate) dan mengurangkan kekuatan setiap degupan (reducing the heart contractility).
Ubat dari kelas Beta Blocker ni antara ubat yang otai. Ramai pesakit guna ubat dari kelas ini. Dah lama dalam pasaran, puluhan tahun. Dan terbukti selamat. Nak kenal ubat dari kelas ini mudah sahaja. Perhatikan nama bahan ubat(bukan brand name). Nama yang berakhir dengan LOL ialah ubat darah tinggi dari kelas Beta Blocker. Contohnya, Atenolol, Metoprolol, Bisoprolol, Propanolol.
Ads
Ubat beta blocker ini selain untuk rawatan darah tinggi, kita gunakan juga untuk mereka yang ada sejarah heart attack, yang selalu sakit dada sebab jantung sumbat (angina pain), dan mereka yang ada masalah ritma jantung. Sebab ia menurunkan bacaan nadi, ubat ini juga berguna untuk mereka yang ada masalah jantung pam laju seperti pesakit Hyperthyroid.
Ubat beta blocker ini TAK BOLEH digunakan oleh mereka yang ada asma. Ia boleh cetuskan attack asma. Make sure inform doctor yang merawat anda jikas anda ada asma atau sejarah keluarga asma.
Ads
Side Effect Yang Biasa Dialami, Kalau Ada
– Pening
– Letih / rasa macam mengantuk / lesu
– Sejuk pada tangan & kaki.
Side Effect Yang Jarang Berlaku
Tapi biasa juga aku jumpa ialah ia mengurangkan nafsu (libido), dan menggangu erection. Side effect ni yang biasa pesakit lelaki komplen. Pagi ini seorang patient umur 28 tahun stop makan ubat Atenololnya hampir 3 minggu, sebab erectionnya terganggu.
Ramai yang malu nak beritahu side effect ni, dan akhirnya kerap ponteng makan ubat. Apa jua side effect yang anda rasa jika ambil sebarang ubat, inform doktor / ahli farmasi anda. Jangan sebarangan adjust dos atau hentikan rawatan. Untuk kes ubat darah tinggi ini, kita akan tukar ke kelas ubat yang lain.
Sumber/Foto : Facebook Khairul Faizie Mohammad Kamar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jiwa mak-mak memang mudah koyak kalau tengok anak-anak mula kelaparan. Merengek, menangis.. lagi buat hati mak-mak rabak. Lagi-lagi bila dah duduk dalam kedai makan dan pesanan yang diorder tak sampai-sampai. Kalau pergi kedai makan lain mahu ambil masa juga.
Bila mana dekat sejam lebih menanti makanan yang dipesan di kedai tomyam, isteri ustaz ini, Norsyahira Binti Samin mula ‘singsing lengan’ masuk dapur kedai tomyam itu dan masakkan makanan untuk anak-anak dan suaminya. Lebih hebat lagi, dia siap masakkan untuk pelanggan-pelanggan kedai yang masih belum dapat pesanan mereka.
Kisah ini dikongsikan oleh suaminya, Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin pada awal Syawal yang lalu.
“Berhenti makan di kedao tomyam di Manjung Perak. Dah sejam lebih tak dapat-dapat makan lagi. Ramai customer menunggu. Lagi-lagi time raya ni. Banyak kedai tak buka lagi. Rupanya tukang masak dia sorang.
“Anak-anak dah nangis-nangis sebab lapar. Sekali isteri saya terus masuk dapur tolong masak.” Maklum suaminya yang turut sama membantu mengambil pesanan pelanggan.”
Apa Pun Tauke ‘Sporting’
Menurut pasangan ini lagi, sebelum mereka masuk ke dapur itu mereka dah minta izin dengan tuan punya kedai. Mujurlah tauke kedai ‘sporting’ dan benarkan isteri ustaz masuk ke dapur membantu.
“Sebenarnya kami tak pernah singgah langsung kedai itu. Biasa kalau balik Bagan Serai, kami lalu highway. Konon nak elak jem ikut jalan dalam. Tapi sangkut jem kat Bota. Biasalah budak budak. Dah lapar, menangis, merengek. Kita yang tua ni pun tak keruan.
“Nak angkat kaki takut tak jumpa kedai lain dah. Apa pun tokey sporting. Rupanya pekerja asal semua tak naik kerja lagi. Yang masuk kerja pun dia main tangkap muat. Jadi kelam kabut la.”
“Ramai gak yang balik, sebab lambat, laki den tolong ambil order. Den tolong masak. Nasib mak dan ayah mentua serta adik ipar, Intan Farah ada.. tolong tengokkan anak-anak. So dapat lah makan.”
Isteri Ustaz Berpengalaman 14 Tahun Jadi Tukang Masak
Menurut Ustaz lagi, orang rumahnya dulu tukang masak di kedai makan. Berpengalaman membantu ayahnya memasak di kedai makan dekat 14 tahun lamanya. Masakan panas dan sebagainya semua dia mahir.
Kebaikan isteri ustaz ini dalam bab menghidangkan makanan untuk orang lain bukan saja ditunjukkan di kedai makan ini. Rupanya, ada pesakitnya berkongsi ketika mereka membuat rawatan di rumah ustaz ini pun, isteri ustaz menjamu mereka dengan mi goreng dan air sirap selasih.
“Tauke belanja tapi kami tetap bayar juga. Kasihan diaorang nak berniaga.” Ujar Ustaz Mujahidin yang turut berkongsi video isterinya ‘bersilat’ di dapur kedai tomyam yang disinggahi mereka.
Tolonglah! Jangan rajin jenguk dapur orang ya mak-mak, kena respek tuan rumah masa beraya.
Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Apatah lagi kali ini ramai yang teruja balik ke kampung selepas dua tahun tidak dapat pulang kerana PKP.
Bukan saja pulang untuk menjenguk keluarga tersayang malah ramai yang teruja untuk berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan.
Selain anak-anak muda mak-mak pun pastinya tidak sabar nak menjenguk ke rumah sahabat handai. Dalam keterujaan tu pastikan mak-mak juga menjaga adab.
Biasalah golongan wanita ni kan rajin dan ringan tulang bab mengemas rumah. Apatah lagi selepas menikmati juadah pasti mahu pastikan pinggan mangkuk dan meja dibersihkan. Mungkin sudah lumrah dan kerja seharian mak-mak kan.
Tolonglah! Jangan Rajin Jenguk Dapur Orang Ya Mak-Mak
Namun, dalam mak-mak sibuk menikmati hidangan pastikan anda tidak menjenguk dapur tuan rumah jika mereka tidak izinkan tau! Ingat ya, di sini disertakan panduan adab yang boleh mak-mk gunakan bila berhari raya.
“Kalau Raya di Rumah Orang, kena dengar cakap tuan rumah bila dia kata ‘Eh tak payah susah-susah, biar je kat situ’”
1-Dapur tempat tersorok. Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.
2-Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda-benda dari pandangan tetamu, macam baju kelawar, selur dalam, plastik sampah dan bantal busuk.
3-Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan. Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.
4-Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga. Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.
5-Tak, sekarang ni siapa tuan rumah? Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?
“Banyak menangis melihat Adam berada di ICU” itulah antara luahan perasaan pengacara, penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38 atau lebih popular dengan panggilan Hunny Madu.
Ibu ini berasa sangat sedih, sebelum anak lelakinya menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.
“Banyak Menangis Melihat Adam Berada Di ICU”
Untuk rekod sebelum ini Adam Musa disahkan menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017.
Ketika berusia tujuh bulan, Adam dimasukkan ke IJN bagi menjalani pembedahan Stent PDA buat kali kedua.
Terbaru seperti mana luahannya menerusi perkongsi di Instagram, Hunny menyatakan dia berasa lega dan bebanan rasa hilang selepas anaknya selamat jalani pembedahan jantung.
Adam yang merupakan anak kedua Hunny telah menjalani pembedahan jantung buat kali ketiga.
Kini Adam berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
“Adam sudah stabil tetapi semalam masih demam. Sistem imum tubuhnya perlu ‘bekerja’ lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. Adam seorang kanak-kanak yang berani.
“Saya perlu memberi kredit kepada keberaniannya itu sebanyak 1,000 kali setiap hari. Perjalanan ini tidak mudah. Bibirnya juga bengkak kerana dia menggigit bibirnya. Melihat keadaan parut di dadanya juga membuatkan air mata saya mengalir.
“Akhirnya Saya Boleh Tersenyum”
“Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya boleh tersenyum. Saya merasakan separuh daripada beban saya sudah hilang kerana tiga hari lepas saya banyak menangis melihat Adam berada di ICU.
“Terima kasih untuk semua yang mendoakan Adam. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar DM (mesej peribadi) memberikan ucapan manis buat anak saya,” tuturnya.