Kebiasaannya kesalahan orang lain kita nampak tetapi kelemahan sendiri di depan mata tak pernah nak perbaiki. Di mata kita, nampak sahaja kesalahan orang, tak kena di situ, tak kena di sana.
Tetapi bila melibatkan kelemahan diri, terus tak nampak. Hati-hati iya dalam menghakimi hidup orang, apatah lagi orang yang tidak kita kenali sepenuhnya. Bimbang jatuh fitnah pula.
Ikuti perkongsian Nur Ain Hassan ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Pagi tadi saya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Prof Muhaya… Kisah sepasang suami isteri, ceritanya berbunyi begini…
Kesalahan Orang Lain Kita Nampak
Pada suatu hari si isteri melihat ke luar tingkap rumahnya. Dia melihat jirannya sedang menjemur pakaian. Lalu si isteri itu berkata kepada suaminya.
"Abang, cuba tengok jiran kita itu, kasihannya dia tak pandai cuci baju. Tengok pakaian yang dicucinya itu, semua tak bersih dan kotor. Saya rasa nak pergi bagi dia sabun dan hendak ajar cara cuci baju!"
Ads
Suaminya cuma berdiam diri.
Esok si isteri mengadu lagi perkara yang sama kepada si suami. Dan si suami tiada apa-apa reaksi.
Nampak Salah Orang, Kelemahan Sendiri Buat Tak Nampak
Hari ketiga dia cuba memerhati lagi. Dan kali ini dia melihat jirannya sudah pandai mencuci baju. Lantas dia berkata kepada suaminya.
Ads
"Bang, cuba tengok jiran kita tu! Dia dah pandai cuci bajulah. Saya nampak pakaian yang dicucinya sudah bersih. Adakah abang pergi bagi tahu suaminya?" tanya si isteri.
Maka jawab suaminya.
"Taklah, pagi tadi abang lap tingkap rumah kita. Selama ini jiran kita memang sudah pandai cuci baju dan pakaian yang dibasuhnya semua bersih, tapi disebabkan tingkap rumah kita yang kotor, kita nampak pakaian mereka pula tidak dicuci dengan bersih."
Ads
Salah Tanggapan Nampak Salah Orang Saja
Si isteri tergamam. Betapa selama ini dia sudah salah tanggapan. Dan dia terasa malu pada diri sendiri.
Moralnya di sini, betapa mudah kita melihat kesalahan orang lain dan kita selalunya akan senang nampak kelemahan orang lain, sedangkan kelemahan kita di depan mata tak pernah kita nak perbaiki.
Alhamdulillah, bingkisan Prof Muhaya pagi tadi sungguh terkesan buat diriku ini. Semoga jalan cerita itu dapat menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita bersama dalam menusuri kehidupan yang sementara ini.
MW: Lain kali sebelum sibuk-sibuk tengok kekurangan dan kelemahan orang lain, belek dulu diri sendiri. Risau salah orang lain nampak, salah dan kelemahan sendiri tak terjaga. Bukankah lebih mengaibkan.
Anak saudara pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Nurul Syuhada Nurul Ain dilaporkan hilang. Gadis berusia 15 tahun yang hilang ini bernama Raja Maryam Raja Azlan ini adalah anak istimewa.
Maklum Nurul Syuhada di instagram, Maryam mempunyai kecenderungan untuk melakukan impulsive act (Maryam mempunyai kecenderungan ADD Attention Deficit Disorder.
Anak Saudara Nurul Syuhada Nurul Ain Hilang
Katanya, “Assalammualaikum followers saya yang dihormati, minta kerjasama anda untuk VIRAL kan kehilangan anak saudara saya, MARYAM.”
“Maryam berusia 15 tahun, berbadan gempal dan mempunyai ketinggian yang sederhana.”
Dia dikatakan telah meninggalkan rumah sekitar jam 3 pagi. Kali terakhir dia dilihat di cyber cafe Mineski Setiawangsa pada jam 4.30 pagi. (Bajunya tertera perkataan NIRVANA)
“Ibu bapa Maryam telah melakukan police report. Kerjasama anda amat-amat dihargai.”
Kali Terakhir Di Cyber Cafe Mineski, Setiawangsa
Daripada laporan polis yang dibuat ibunya menjelaskan beliau telah pun mencari anaknya di Cyber Cafe Mineski dan Cyber Cafe Orang yang terletak di Setiawangsa. Namun, anaknya tiada di sana.
Ketika meminta pihak Cyber Cafe Mineski Setiawangsa untuk melihat rakaman CCTV, didapati kali terakhir anak perempuannya itu ada di premis tersebut.
Ketika itu Maryam memakai baju lengan panjang hoodie yang bertulisan NIRVANA pada hadapan bajunya. Tambah ibunya lagi, Maryam berkaca mata berbingkai hitam, berambut panjang kerinting dan berkulit putih.
Sekiranya anda ada maklumat terkini mengenai anak buah Nurul Syuhada bernama Maryam, SEGERA hubungi nombor ini : 012 233 6597 atau 017 367 0842
“Sila viralkan! ALLAHU AKBAR!”
MW : Sama-sama lah kita bantu sebarkan agar anak buah Nurul Syudaha ini dapat ditemui semula dalam keadaan selamat.
Rupa-rupanya di Cameron Highlands ada ladang anggur tersembunyi. Ini yang dikongsikan Puan Rafiza Idayuketika menjejak kaki ke ladang anggur tersembunyi Cameron Highlands bersama suami dan dua orang anaknya.
Katanya, “Bukan di Tanah Rata, bukan di Brinchang dan bukan juga di Tringkap. Tetapi terletak di Ringlet, jalan Lembah Bertam yang memang jauh dari tempat tumpuan pelancong yang havoc di atas sana.”
“Syukurlah tuan ladang nak buka ladang ini open to public. Dapat juga kita masuk, tengok pokok anggur dari dekat dan lagi best diberi peluang petik anggur sendiri.”
Macam Mana Nak Sampai Ke Ladang Anggur Tersembunyi
Bagaimana nak berpeluang je ke sini? Jom usha gambar gambar yang dikongsikan.
Eksaited tau jumpa ladang tersembunyi ni.. Mana tak tersembunyinya, tanpa papan tanda, dilitupi dengan kelambu lagi..
Nampak tak papan tanda putih ditulis tangan “SWEET GRAPE”. Rasa rasa dengan kelajuan kereta 60km/j boleh perasan ke signboard ni? Emmm… Memang tak lah… Jadi pandai pandailah uols count 6km dari simpang 3 depan Shell di Ringlet menuju Lembah Bertam. Semua di sini adalah ladang ye.. Bukan pusat pelancongan macam di atas sana. Nampak tak sign kuning tertulis “Joo Huat Nursery”? Tapi bukan Joo Huat Nursery tu, sebaliknya ladang di belakang Joo Huat Nursery tersebut. Di lereng bukit. Kami set millage di kereta sebaik sahaja berada di simpang 3 tersebut. Kami slowkan kereta apabila hampir 6km. Ladang terletak di sebelah kiri. Ada jalan masuk ke belakang betul betul di sebelah Joo Huat Nursery tu. Selamat mencari tau.
Ini kami dah berhentikan kereta di tepi jalan utama. Nak masuk kena jalan kaki melalui jalan ladang. Landmark jalan masuk tersebut adalah lereng bukit yang terpotong seperti dalam gambar.
Bila dah sampai jangan suka sangat tau! Kita bakal melalui jalan ladang yang curam, licin dan berlecak. Jadi pastikan pakai baju dan kasut yang sesuai tau.
Bukit ni naik hampir 50 degree tau. Hati hati dengan setiap langkah.
Jalan yang licin dan berlecak. Kawasan ladang penuh dengan sistem pengairan, tidak hairanlah ianya berkeadaan sedemikian. Jangan bising bising kenapa mereka tak buat jalan cantik. Ingat, ini ladang, bukan dibina untuk pelancongan. Terima keadaan ini sebegini, jalan terus. Nasib baik toke ladang tak kena check in fee tau.
Setelah penat naik bukit, kita akan jumpa sign kecil Anggur ke kanan. Jalan lagi.
Ni hah jalan berlecak dan licin. Anak anak pastikan langkah mereka tau.
Di kiri kita dipenuhi pokok kekwa. Tahulah kita di sini tanaman utama adalah pokok bunga.
Dah sampai ke bangsal pemilik ladang.
Nikmati Suasana ‘Manis’ Dalam Ladang Anggur
Tercari cari juga kami, bagaimana nak masuk ke ladang anggur ini. Terdengar orang bercakap cakap. Akhirnya… Jumpa juga ladang anggur tersembunyi ini. Berpagar dan berkelambu. Siapa sangka ada ladang anggur tersembunyi di Cameron Highlands.
Bersama Ah So, pemilik ladang anggur ini.
Kami bertanya bagaimana beliau memulakan penanaman ladang anggur ini. Pokok anggur ini telah berusia hampir 15 tahun. Ditanam oleh suami beliau (sudah meninggal dunia) kerana minat dan suka suka. Benihnya dari anggur Australia. Pada tahun ke empat, pokok sudah mula berbuah. Mengakui kesukaran di peringkat awal menanam anggur ini.
Hanya ada dua plot sahaja pokok anggur yang ditanam di sini. Hanya 1 plot sahaja akan dibiarkan berbuah, satu plot lagi untuk musim seterusnya supaya bergilir gilir. Buah hanya dijual kepada pelancong yang datang ke sini sehingga habis dituai. Aunty beritahu, jika banyak bas sampai lagi cepat habis anggur beliau. Haha.. Apa lagi korang. Sekarang tengah musim. Musim pula tidak tentu. Jadi tidak hairanlah jika ada yang pulang hampa.
Memang rezeki kami kedatangan kali ini rupa rupanya musim anggur masuk ranum. Plot yang di sebelah pula tidak berbuah. Memang dibiarkan berbuah untuk musim cuti sekolah akhir tahun ini. Nasib nasib ye kalau ada yang datang ladang tak dibuka kepada orang awam.
Anak anak juga eksaited bila masuk ke ladang anggur ini.
Ada buah anggur yang kecil kecil begini, aunty petik bagi anak anak makan.
Dijual pada harga RM22 per kg. Walaupun sedikit tinggi dari harga pasaran, tetapi pengalaman petik anggur tidak dapat diperolehi di supermarket. Eh!
Plot ladang anggur yang satu lagi yang terletak bersebelahan. Memang sengaja dibiarkan tidak berbuah supaya buahnya boleh dituai pada musim cuti sekolah akhir tahun ini. Huhu.. Tak ada maknanya kami nak datang Cameron Highlands pada musim cuti sekolah. Yang tak musim cuti dan tengah bulan pun ramai jer orang datang ke Cameron Highlands.
Nak Balik Dah, Tengok Kiri Kanan Apa Yang Ada Dekat Sini
Ada pokok passion fruit di tanam di sini. Daun hijau dan buahnya subur.
Hah! Nampak lecak kan dan bertanah merah. Hati hati anak anak.
Dari lereng bukit ini nampak jalan utama di sebelah sana.
Naik bukit ke jalan besar.
Ada pokok daun sup di sini. Gemuk gemuk dan hijau.
Melintas anak sungai.
Anak anak tak sabar nak makan anggur.Umi basuh dan siapkan untuk mereka.Manis manis masam anggur ini. Jenis anggur blackcurrent.
Model anggur.
Menarikkan perjalanan Puan Rafiza dan famili ini. Buat mak ayah yang masih bercuti di atas tanah tinggi Cameron Highlands itu bolehlah singgah sini. Ikut saja panduan arah jalan yang dikongsikan dalam ini.
Selepas lebih 2 minggu berjuang meneruskan kehidupan, terkini dilaporkan penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail sebentar tadi.
Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” katanya.
Bagaimanapun, usaha menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.
Komplikasi Hati Selepas 23 Tahun
Baru-baru ini, dilaporkan Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.
Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam mengakui sedih dengan khabar pemergian Mohd Afiq Ikmal.
“Saya jangka saya pergi dulu kerana dari segi usia saya lebih tua berbanding Allahyarham. Saya sebenarnya berharap Afiq dapat terus hidup lebih lama dan menyambung legasi sebagai penderma organ suatu hari nanti, tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.
“Sebahagian hati saya dalam tubuh Allahyarham dan dia bawa sekali bahagian itu menghadap llahi. Sebahagian daripada saya juga sudah dikebumikan,” katanya.
Hasrat Dermakan Hati Sekali Lagi
Mengimbau perjalanan Mohd Afiq Ikmal dirawat di Hospital Selayang, Wan Mohd Hafizam berkata, beliau ada menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham.
“Hasrat ini dinyatakan kepada keluarga Mohd Afiq Ikmal selepas saya dimaklumkan Allahyarham perlu menjalani sekali lagi pembedahan pemindahan organ, apabila dia berada dalam keadaan stabil.
“Bagaimanapun, ia tidak kesampaian dan kami semua ketika itu sentiasa mendoakan Allahyarham dapat kembali sembuh seperti sedia kala,” katanya.
MW: Salam Takziah buat keluarga adik Afiq Ikmal, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al Fatihah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...