Kalau difikirkan tugas seorang isteri, memang tak pernah habis terutamanya dalam bab-bab kerja rumah. Ada sahaja yang perlu dibereskan. Ini belum lagi dengan isteri yang bekerja. Sibuk di tempat kerja, balik ke rumah perlu uruskan kerja rumah pula.
Bagi suri rumah tangga sepenuh masa, kerja rumah yang dilakukan seawal pagi dengan sarapan untuk keluarga, kemas rumah, memasak dan sampailah ke malam. Namun, tidak terkecuali juga isteri yang bekerja.
Dari pagi sampai ke petang di tempat kerja dan malamnya bersambung lagi dengan kerja-kerja rumah yang perlu dibereskan. Boleh dikatakan tugas isteri dalam menguruskan kerja rumah tidak pernah habis.
Sebenarnya, tugas isteri boleh menjadi ringan bila suami sama-sama membantu dan ringan tulang. Namun berapa ramai suami yang sanggup membantu dan berapa ramai suami di luar sana yang menghargai isteri?
Kadang-kadang, isteri sakit pun digagahkan juga membuat kerja rumah. Lebih menyakitkan bila kerja rumah yang dilakukan isteri dipandang enteng oleh pasangan. Kononnya, itu semua adalah tanggungjawab isteri.
Jadi, kalau beginilah caranya, berapa lama isteri mampu bertahan dan apakah perasaan seorang isteri bila semua ini tidak dihargai oleh pasangan. Begitulah yang dikongsikan oleh Ailiey Faizal tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Sama-samalah Pikul Kerja Rumah, Dulu Raja SEHARI Sekarang Macam Orang Gaji
Jangan BERKIRA Dan Tak Jatuh MARUAH Suami Kalau BANTU Isteri Buat Kerja Rumah
Info Lebih Menarik DI SINI
Hati Seorang Isteri
Letih lesu dan berjuraian peluhmu. Terkejar-kejar setiap hari melunasi apa yang terpikul di bahu.
Sedang mereka berdengkur lena, engkau masih tidak mampu melelapkan mata.
Memikirkan pakaian yang perlu digosok, merancang yang terbaik untuk esok hari.
Tergopoh gapah mengemas rumah. Pontang panting menyiapkan keperluan Untuk anak, untuk suami, tapi untuk diri sendiri pun tak sempat.
Dan seperti hari-hari sebelumnya, mereka cuma tahu menerima. Tiada ucapan terima kasih dan Tiada tanda kasih.
Kuatkan Semangat
Penat tubuhmu seakan dilipat-lipat. Lenguh sendi tulang hanya allah menjadi tempat mengadu…Kadang kala kaki ini terasa tak mampu untuk berdiri tapi tetap engkau kuatkan.
Pulang dari kerja, sudah kembali sedia bekerja. Nasi ditanak dan langkah terus digagahi tanpa ada rasa keluh dan kesah.
Semua siap terhidang siap untuk suami dan anak anak, dan selepas usai makan juga masih engkau mengorak langkah tanpa bersoal jawab.
Mereka hanya tahu mencuci tangan sendiri. Kadang laju mulut mereka mengeluh hingga lupa memandang wajahmu yang berjuraian peluh.
Tiada Istilah Berehat
Kalut kepala berdenyut minta untuk diurut tapi sewaktu kau mengadukan sakit itu dan ini, jawapan mereka mudah tanpa merasa bersalah..
“Berehatlah”
Jawapan yang tidak engkau harapkan lantaran ia tidak selari dengan kenyataan.
Jika aku berehat, siapa yang akan buat segala kerja yang bertingkat-tingkat ini dan takkan pernah habis?
Jika aku tidur, adakah bila bangun nanti, semuanya akan engkau siapkan?
Engkau tersenyum sinis melihat si Dia alpa dengan duniawi dan anak-anak yang terjerit-jerit, tapi engkau masih mampu tersenyum pahit.
Tubuh yang sakit dipaksa bangkit. Engkau menarik nafas, kembali berdiri teguh dengan derita yang kian pulas.
Sungguh melelahkan dan tubuh yang keletihan sudah cukup mendera perasaan. Lalu saat matamu memandang rautnya yang masam, saat dia tiba-tiba diam, atau saat telingamu menadah herdikan, aku faham andai kau tertekan.
Sabar Dan Mengertilah
Duhai isteri yang teruji, aku melihat riak kecewa itu ada di matamu. Aku merasai gelombang derita di gaung jiwamu.
Bersabarlah. Barangkali si DIA dan anak-anak mu tidak mengerti kepayahanmu, tidak pandai meraih dan menghargai pengorbananmu. Namun ALLAH mengetahui penat lelah mu! Bersabarlah….
Sungguh. Tidak ada setitik pun peluhmu yang tumpah tanpa kafarah. Tidak sia-sia walau setitik pun airmata yang kau titiskan kerana ALLAH.
Pada lukamu yang terpaksa kau rawat sendiri. Pada marahmu yang kau pendam dan kau simpan dalam diam. Percayalah. Ada yang memerhati. Ada ganjaran yang menanti!
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya diantara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istrinya” (HR Tirmidzi)
MW: Betullah, isteri sanggup lakukan apa saja untuk kesenangan keluarga, bukan hanya sekadar jalankan tanggungjawab tapi ingin berikan yang terbaik untuk keluarga tersayang.
Sumber: سيتي نور ايلي
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas bagi ubat tetapi demam anak tetap tak kebah. Haa… itu kena semak balik bab dos ubat demam yang dibagi pada anak.
Bila anak-anak demam, punyalah mak-amak gelisah. Nak tidur pun tak lena sebab risau demam anak makin melarat, jadi kerjanya asyik tengok jam sebab nak bagi ubat ikut masa yang betul.
Namun macam mana pula dos ubat yang anda bagi kepada anak-anak? Ikut yang ditulis doktor pada botol atau main teka-teka? Maklumlah kadang tulisan di botol pun boleh hilang. Haaa… nak selamat eloklah mak-mak ambil tahu cara pengiraan dos ubat demam kanak-kanak berdasarkan perkongsian Puan Huda Azmin ini…
15mg/kg berat anak/dose
Jika berat anak 11kg
15mg x 11kg = 165mg
Di pasaran terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml.
Pastikan ibu-ibu semua tahu kekuatan ubat sebelum kira ya.
Bagi kekuatan 250mg/5ml
*5÷250 × 165mg*
Perlu minum 3.3ml 3kali sehari
Bagi kekuatan 120mg/5ml
*5÷120×165mg*
Perlu minum 6.8 ml 3 kali sehari
Pastikan ibu-ibu semua membuat pengiraan dengan betul dos ubat agar anak diberikan ubat yang mencukupi berdasarkan berat anak. Ini penting untuk pastikan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.
NOTA:
Ubat demam tidak perlu simpan dalam peti, ya. Simpan sahaja dalam suhu bilik di dalam almari yang jauh dari capaian anak-anak.
Selepas botol dibuka, boleh digunakan sehingga 1 bulan. Ibu-ibu boleh tulis tarikh buka pada botol ubat.
Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.
Semoga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah swt. Kita berusaha Allah jua penyembuhnya.
Huda Azmin
Ummu Huzair Humaidi Husaini
Puan Farmasis Gomen
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah tak kita dengar rezeki cukup-cukup makan saja. Nak menyimpan pun tak dapat, cukup-cukup untuk keperluan bulan itu. Lebih sedih lagi, bila duit yang ada itu digunakan untuk baik kereta, tayar pancit. Terus lari badget.
Sebenarnya, kalau gaji banyak sekalipun, tidak akan cukup kalau kita sentiasa berkira-kira dengan keluarga. Lebih-lebih lagi isteri dan anak-anak. Ada sahaja benda yang nak kena bayar. Sedangkan kalau gaji kecil tapi sentiasa menjaga kebajikan isteri dan anak. Insya Allah, semua itu mampu di atas.
Ikuti perkongsian daripada Firdaus Shakirin tentang rezeki berkat apabila kita tidak berkira dengan anak dan isteri.
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain…
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…
Rezeki Makin Bertambah
Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?
Sama ja pun…duit habis mcm tu jugak…lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis…
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak…?
Suami jenis yang macam mana kita ni…
Doa Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri…apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka…boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insya Allah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan…
Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA…
MW: Bersyukurlah, sebab kita pun menumpang rezeki daripada mereka. Moga ia memberi manfaat pada pembaca.
Kredit: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan senang nak bahagiakan pasangan walau dah bertahun-tahun bercinta. Namun kalau anda tahu pukau si dia, in shaa Allah anda boleh pegang hatinya dengan beberapa tip yang dikongsi oleh saudara Ahmad Zulqurnain Ghazalli ini…
Hari ni genap 4 tahun aku jadi suami kepada Aida Rahayu Mohd Badri. Ni aku nak share 5 point berharga yang mungkin boleh mengubah mentality perkahwinan kita. Point paling last paling aku hargai. Seriously bergenang air mata bila fikirkan point tu.
1. JANGAN HARAP PASANGAN KO TU SEMPURNA.
Benda ni keep on flashing kat minda aku tiap kali aku tengok ketidaksempurnaan bini aku. Apa kau ingat kau kawen dengan nabi? Takde manusia yang sempurna oi. Yang ada hanya manusia yang sempurna mencintaimu. No matter how bad you are. Dia tetap di situ mencintai setiap kelebihan dan kekuranganmu. Untuk aku. “Dia” di sini adalah Puan Aida yang ku cintai di setiap hela nafasku.
2. KAHWINI KELUARGA DIA SEKALI.
The moment sah je jadi suami isteri. Patutnya kita kena buat until kita anggap family dia adalah family sendiri. I mean family kandung. Pernah satu ketika 2 orang sepupu Aida kahwin dalam 2 bulan berturut2. Time tu aku ada job kat singapore. Ikutkan jadual memang aku tak boleh datang kenduri yang kedua. Tapi aku cuba bayangkan kalau sepupu kandung aku yang kahwin. Apa aku akan buat? Definitely aku akan ejas sampai aku boleh attend. So kenapa pulak sepupu aida aku tak boleh ejas? Alhamdulillah. Aku dapat attend majlis tu.
Jadi terutama kepada husband. Tak rugi pun treat family isteri mcm family kandung. Camne ko layan family ko. Macam tu lah ko perlu layan family bini ko.
3. BUAT PROPER PERANCANGAN KELUARGA (RETREAT).
Haaaaa. Ini rare. Aku pun tak buat lagi. Tapi tips ni memang sangat berbaloi. Retreat ni bukan bermaksud pergi bercuti kosong tau. Buat macam kita buat company retreat. Bentang laporan tahunan dan buat perancangan tahunan. Short dan long term. Dari hal anak sampai la hal kewangan. Brainstorm dengan pasangan masing2. Buat objektif. Letak KPI. Fuuuhhh. Todiaaa. Macam buat planning Harash Collections.
4. ACAH2 BERBINCANG WALAUPUN TAKDE KESAN.
Kadang2 ada benda yang kita suami rasa tak payah bincang. Tapi sebenarnya kena acah2 berbincang. Pernah satu ketika Aida bising sebab tak bincang nak pergi beraya kat mana. Lepas tu aku pun improve la. Tanya la dia.
“Ok. Nak ke mana nanti?”
Jawapan seperti di jangka
“Ikut abang la. Syg tak kisah”
5. TAHU PRIORITY KASIH SAYANG.
Bergenang air mata aku bila cakap benda ni kat bini aku. Aku cakap.
“Kita kena didik anak2 kita supaya letakkan kasih sayang yang paling utama pada syg bukan pada abg”
Macam mana pun kita nak kan anak kita sayang kat kita. Kita kena kerap ingatkan yang syurga mereka tetap pada ibu diorang
Sama juga bila Aida cakap bila bertemu dua kepentingan dia atau mak aku.
“Takpe bang. Syurga abang kat mak abang”
Waduuhhh. Bergenang beb. Yang penting sama2 faham mana letaknya priority ketaatan.
Ok. Cukup lah 5 point.
Di kesempatan ini aku mohon kalian doakan hubungan kami ni diredhai Allah dan berkekalan hingga ke jannah.
Untuk isteriku. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 4. Thanks for everything.
“You nak tahu apa beza you dengan motor i?
“Motor tu i nak bawa dia pergi kerja. You pulak i nak bawak pergi syurga”
Yang nak kongsi tu silakan. Tak ada masalah. Benda baik memang baik dikongsi supaya kita semua jadi lebih baik. Ye dok?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI