Berbanggalah bila dapat isteri jururawat, walau stress kena marah dengan pelbagai lapisan orang atas dan masyarakat tetapi dia tak bawa balik kerja hospital ke rumah.
Soal kerja dia akan pass over to next shift staff. Kalau nak marah, bengang, dia tinggalkan di hospital. Asal dapat suami yang faham kerjanya, lagi lah isteri yang bekerja sebagai jururawat ini rasa bahagia.
Lagi bagus, andai kaum suami boleh saling membantu uruskan hal rumah tangga seperti yang saudara Mohd Fhais kongsikan ini.
Isteriku Jururawat
Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.
Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.
Ads
Tidurnya Pun Tak Menentu
Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.
“Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam.”
Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit. Anak-anak jangan risau abg boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.
Ads
Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.
Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.
Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.
Ads
Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.
Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.
Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.
Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLENRASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.
Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya banyak kelebihan kalau si ayah rajin baca buku untuk anak, walau anak masih kecil kena mulakan.
Malah ada sesetengah mak ayah, tak suka belikan buku untuk anak sebab nampak anak cuma pandai rosakkan. Nak bacakan pun tak ada masa.
Hah, itu rugi. Cuba semak kebaikan baca buku pada anak, perkongsian saudara Najmi Nawani ini. Kalau rasa berat, mungkin boleh gilir-gilir dengan isteri. Yang penting anak suka dengar.
5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR
Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
1. Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
2. Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
4. Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
5. Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada mak-mak yang begitu tegar dengan kemas. Kadang-kadang, bila ada corak baru mesti nak membelinya untuk koleksi atau pun kalau dah bosan, mula tukar baru. Sesetengahnya pula, lebih selesa pakai mana yang ada. Kalu mak-mak yang sering tukar barang kemas tu, tiada masalah. Tapi mak-mak yang hanya suka barang tu sahaja, memang 24 jam akan melekat kat tangan, kat leher atau di jari tangan, cuba perhatikan barang kemas tu. Nampak berkilat ke tidak?
Jangan Kata Bersih Masa Mandi
Masa beli barang kemas, bukan main berkilat lagi. Tapi kalu dibiarkan lama, sudah pasti daki pun hinggap terutamanya di celah-celah bentuk barang kemas tu. Setengah mak-mak fikir, bila mandi, barang kemas yang pakai itu dah bersihlah.Sebenarnya, cara mak-mak buat tu salah. Nak cuci barang kemas kena ada caranya.
Sesetengah mak, selesa menghantar barang kemas untuk dicuci di kedai. Tapi mak-mak boleh jimatkan masa dengan petua ini untuk bersihkan barang kemas di rumah.
Cara 1
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian, masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
Cara 2
Ambil teh cina dan drndam semalamam. Keesokkan hari masukkan barang kemas dan sendam semalaman. Bilas dengan air bersih.
Cara 3
Ambil air suam dan rendam selama sejam.Gunakan berus dan ubat gigi untuk membersihnya. Bilas dengan air bersih dan rendam engan air selama satu jam lagi. Keringkan.
Cara 4
Rendamkan barang kemas dengan air suam dan beberapa keping asam gelugur. Biarkan selama emapt jam dan bilas dengan air bersih. Lepas itu, letakkan di atas kain kering.
Hah, bukan susah pun nak bersih barang kemas. Guna saja bahan-bahan yang ada kat dapur. Lepas nie, tak payahlah nak cuci barang kemas kat kedai lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan suci ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi dicemari dengan insiden berita pembuangan bayi yang menyayat hati. Hinanya diri sang anak, apabila si ibu ambil jalan mudah tergamak buang bayi yang tidak berdosa di tempat yang kotor bagi menghapuskan bukti kelahiran.
Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara, kelmarin.
Ditemui Masih Bertali Pusat
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.
“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis.Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.
Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.
“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.
Syukur bayi masih ditemui masih hidup dan keadaan selamat meskipun lemah.Buat wanita yang terlanjur, jangan menambah dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah kerana hanya mahu menutup aib dan malu.Terdapat banyak pusat-pusat jagaan dan perlindungan yang menerima kelahiran bayi seperti ini.Letakkan mereka ditempat selamat dan jangan lakukan bayi seperti sampah yang boleh dibuang sesuka hati!
Sumber:hmetro & astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...