Kerap bermain tiktok, suami nekad ikat kaki isteri dengan rantai panjang sebagai pengajaran. Barangkali tindakan ini diambil setelah memberi terlalu banyak peluang kepada isterinya.
Aplikasi TikTok ini mempunyai kesan baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Sesetengah orang menggunakan platform ini untuk berniaga serta menjana keuntungan.
Namun jika TikTok telah disalahguna hingga mengabaikan suami dan keluarga, insaflah wahai wanita. Paling penting amalkan sikap bersederhana dalam apa perkara sekalipun.
Suami Nekad Ikat Kaki Isteri
Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.
Dengan Rantai Panjang
Dalam video tersebut, si isteri kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kirinya kelihatan diikat dengan satu rantai panjang.
Menurut keterangan pada video tersebut, wanita itu dipercayai dirantai kerana kerap bermain TikTok.
Malah, anaknya juga dikatakan gembira melihat dirinya dirantai memandangkan tidak perlu lagi melihat ibunya membuat kandungan TikTok.
Kerap Bermain TikTok
Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.
“Ya, memang seharusnya dibuat begitu supaya tidak boleh kemana-mana,” demikian komen seorang netizen.
Ads
“Rasakan, disuruh memasak namun memilih untuk bermain TikTok,” komen netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sesungguhnya teknologi itu tak salah, cuba kawal dan ambil sikap bersederhana barulah tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri, suami dan keluarga. Harapnya wanita ini insaf dan ambil masa untuk berfikir pabila ditegur oleh suaminya sebegini.
Bonda Hetty Doakan Kak Lina Terus Sukses. Salah seorang juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Bonda Hetty Koes Endang menyatakan dirinya cuma tahu pengunduran Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) sebagai pengacara semalam.
Penyanyi dari seberang itu menyatakan dia tidak mempunyai masalah dengan karektor dibawa Kak Lina sepanjang mengemudikan pentas itu.
Bonda Hetty Doakan Kak Lina Terus Sukses
“Baru malam tadi saya dengar Kak Lina (Elly) sudah tidak ada tetapi ‘show’ perlu diteruskan kerana bukan dia satu-satunya dalam program itu.
“Malah, kita juga tahu, ada peminat yang suka dan ada tidak suka.
“Bagi saya, apatah lagi GV kali ini lebih besar di mana disertai juara-juara.
“Saya hanya mendoakan semua sukses. Bagi Kak Lina, semoga beliau sukses di luar sana…
“Mungkin dia lebih nyaman (seronok) di luar,” katanya seperti mana di petik menerusi Berita Harian.
Semua Pengacara Ada Karakter Tersendiri
Menurut Bonda lagi dirinya selesa dengan kesemua pengacara termasuklah Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
“Program di Malaysia dan Indonesia berbeza. Di Indonesia, kami tidak kisah ramai di atas pentas. Saya okay saja dengan mereka semua.
“Namun, kita masuk rumah orang, kita ikut sahaja. Nabil dan Jihan sudah lama di pentas itu, dia (Elly) boleh membawa versi dirinya tetapi perlu lihat keadaan.
“Jadi, bagi saya, Elly okay saja.
“Dia perlu kuat mental, jangan mudah kecil hati. Saya tahu dia manja. Jadi, kalau tak kuat, jangan baca komen, harus kuat dan sama-sama harungi.
“Ini semuanya perlu ‘teamwork’, tiada siapa yang tidak bagus.
“Jujurnya selama saya bersama GV saya tak pernah baca komen. Sebab saya tahu ada suka dan ada tidak suka. Saya tetap jadi diri saya,” luahnya lagi.
Seperti yang umum ketahui Elly mengesahkan berundur dari ASGV selepas pengumuman dibuat penyiar, Astro.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.
Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,
Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”
Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”
“Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.
Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”
Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.
Kali terakhir Syafiqa Alaudin dan keluarga dapat menghubungi adik bongsu mereka, Ahmad Farid Ahmad Alaudin (19) adalah pada 13 Mac 2020. Apa yang menghibakan usaha demi usaha yang dilakukan mereka sekeluarga dalam mencari adik bongsu mereka, akhirnya mendapat jawapan setelah 42 hari kelibatnya gagal dikesan. Mereka sekeluarga dihubungi oleh pihak polis berhubung penemuan satu rangka manusia ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara semalam.
Maklumat awal yang di perolehi dari pekerja PLUS sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya telah menjumpai rangka manusia di dalam longkang tengah antara pembahagi Lebuhraya. Apa yang menjadi tanda tanya, ditempat kejadian tidak ditemui sebarang kenderaan, serpihan kaca, serta kerosakan pada penghadang jalan di lokasi berdekatan dengan rangka tersebut.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian, arwah ditemui dalam longkang di tengah lebuh raya berkenaan dalam keadaan masih lengkap berpakaian, bertopi keledar. Turut ditemui disisinya satu beg galas dan beg pinggang berwarna hitam.
Pemeriksaan lanjut di dalam beg pinggang mangsa menemui kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai lebih kurang RM150. Walau bagaimanapun motosikal milik arwah tidak ditemui. Ketika artikel ini disiapkan, jenazah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk di bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok selepas urusan bedah siasat selesai.
“Kami sekeluarga tak tahu menahu langsung dia ke Ampang, kerana sebelum ini kami dimaklumkan dia akan ke Tangkak, Johor. Selalunya cuti hujung minggu (sebelum PKP) memang dia akan ke rumah keluarga kami di Bachang. Dia suka ke situ kerana dia ramai sepupu yang sebaya dan hubungan mereka rapat sejak kecil.
“Pada 16 Mac 2020 (Isnin) kami dihubungi pihak HR tempat arwah bekerja, memaklumkan dia tidak datang bekerja pada hari itu dan gagal dikesan. Kami kemudian menghubungi sepupunya di Bachang. Mereka menyangka adik tak ke sana hujung minggu itu. Tetapi sebaik kami menghubungi kawan rapatnya yang sepatutnya mereka ke Tangkak, barulah kami tahu adik sebenarnya tak jadi ke Tangkak, sebaliknya ke Ampang seorang diri untuk menyambut hari lahir kawan sekolahnya,”kongsi Syafiqa.
MW juga bertanyakan sebelum pemergian adiknya, ada tak perubahan sikap yang berlaku. Terang Syafiqa lagi, seingatnya arwah ada meminta sepersalinan baju melayu berwarna putih yang katanya mahu digunakan untuk solat.
“Alhamdulillah ibu sempat belikan dan arwah sempat memakainya. Selain itu, arwah juga dilihat lama berdoa di atas tikar sejadah dan kerap bertanya kepada adik beradik yang lain sama ada sudah solat atau belum.
“Saya juga memohon kesempatan ini tolong berhenti menyebarkan gambar arwah adik saya kerana ia sesungguhnya meremukkan hati kami sekeluarga. Mohon hormati perasaan kami dan kesedihan yang sedang kami lalui.
“Kami sekeluarga nak maklumkan buat masa ini, kami sekeluarga tak PERNAH berikan sebarang nombor akaun kepada sesiapa untuk meminta sebarang sumbangan untuk arwah. Jika ada sesiapa yang membaca post di fb atau dimana sahaja yang berkongsi nombor akaun untuk meminta sumbangan bagi pihak arwah, ia adalah PALSU. KAMI TAKKAN PAMERKAN NO AKAUN SECARA TERBUKA. Sekiranya arwah ade berhutang dgn sesiapa boleh contact kami ahli keluarganya. Boleh pm saya Syafiqa Alaudin atau Nur Syuhaida Alaudin
(kiri) status yang dimuat naik dalam fb Nur Syuhaida dan (kanan) foto arwah Ahmad Farid
Dalam pada itu MW juga berkongsi info yang dikongsikan oleh seorang lagi kakak kepada arwah iaitu Nur Syuhaida Alaudin mengenai perihal pemergian mengejut adik bongsu mereka.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya…
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.