Bagi mak-mak yang suka makan terung boleh cuba resipi simple Kerabu Terung Bakar ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buat nya. Bakar terung pun atas api dapur je dan pastikan santan dimasak sekejap. Bahayanya… punyalah sedap boleh buat makan bertambah-tambah! Rosak diet.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar sebagai rujukan.
KERABU TERUNG BAKAR SUAMI MINTA NAK LAGI
“Resipi ni kan dari sahabat Kekna dari nogori nismilan yang bagi ni tau. Selalu nampak dia buat tak boleh tahan anak tekak bergelora ni. Sekali terai buat perghhh terangkat lidah ni sampai tak boleh nak stop nak makan. Hahaha jaga jaga la untuk orang nak diet tu.”
“Serius cakap memang sedap giler lah buat selera makan bertambah tambah.”
“Meh Kekna nak share resipi. Bahan bahan tak ada lah susah mana pun yang penting masih bawah budget lagi la ye.”
Bahan-Bahan:
Terung
Santan
Bawang merah (dipotong halus)
Cili api yang (dipotong racik halus-halus)
Cili api yang (diblender bersama belacan)
Garam
Cara Membuat:
1. Terung tu pertama kali basuh dahulu dan lepas tu baru lah dibakar. Macam Kekna bakar je atas api dapur tu. Biar sampai nampak kehitaman kat luar tak apa. Apa perlahan ye karang terbakar rentung pula.
Ads
2. Lepas dah bakar tu sejuk kan. Buang kulit dia yang dekat luar tu sampai jadi bersih. Yang ni memang kena kesabaran yang tinggi tau. Hahaha.
3. Dah bersihkan baru lah boleh potong potong kecil ikut lah macam mana suka la kan.
Ads
4. Campur dengan bawang merah dan cili api dan cili yang blender dalam satu bekas sekali.
5. Santan tu masak sekejap atas dapur lepas tu campur dengan garam sikit dan tambah air masak dalam tu. Curahkan masuk la dalam bekas terung tadi tu semua.
6. Dah siap. Ha senang kann.
Ads
Di persilakan #SHARE resipi ni supaya dapat membantu la geng geng mak yang tak ada idea nak masak tu ye.
Dah dapat pahala berganda-ganda kan bantu memudahkan orang lain tau.
Seronok bila mak-mak dapat buat sendiri aiskrim untuk anak-anak di rumah. Bukan apa, berbanding aiskrim yang dijual di pasaran, memang diketahui tinggi dengan kadar gula mahupun perisa dan pewarna tambahannya. Bila buat sendiri, semuanya boleh dikawal, daripada segi kemanisan mahupun kandungan bahan-bahannya. Malah lebih sihat dan tentunya lebih sedap!
Mak-mak boleh cuba Aiskrim Mangga Lolly dengan Marshmallow ini mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nana Sabrina Sarsan.
“Anak saya suka sangat makan ice cream, timbul la idea buatkan dia ice cream buah yang lebih berkhasiat tanpa bahan pengawet.Ice cream yang sangat-sangat mudah, sihat dan tentunya sedap.
“Segarnya, rasa mangga original, tak ada bahan perasa ataupun bahan pengawet, yang penting homemade”
Mango Ice Cream Lolly with Marshmallow
Bahan-Bahan:
Sebiji mangga masak
1sudu besar madu
1 gelas susu segar
1/2 sudu kecil esen vanilla
Marshmallow (tak letak pun tak pe)
Cara Membuat:
Masukkan mangga yang dah dipotong kiub, madu, esen vanilla dan susu ke dalam blender. Kisar bahan-bahan kecuali marshmallow, kisar sampai halus.
2.Kemudian masukkan marshmallow ke dalam popsicle (bekas aiskrim).
3. Kemudian tuang pula mangga kisar tadi.
3.Masukkan dalam peti beku siap!!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah je kan nak buat Aiskrim Mangga Lolly dengan Marshmallow ini. Lebih jimat, sihat dan anak-anak pun mesti suka nanti.
Sumber:Nana Sabrina Sarsan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Panjaram Pandan Untuk Kelainan
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.
PENTING!
Untuk resipi ini, sila gunakan cup/cawan yang sama, untuk sukatan tepung dan cecair.
PANJARAM PANDAN
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Air Pandan):
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Cara Memasak:
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.
Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.
Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Tip Tambahan:
Apabila dah perap. makin lama makin kental adunan tersebut. Boleh tambah lebihan bancuhan air gula pandan atau air suam sahaja sampai adunan cair pekat, bukan pekat sangat dan bukan cair sangat. Sebaliknya jika cair, boleh tambah sesudu ukuran sama banyak iaitu tepung beras : tepung gandum.
Jangan tuang air gula pandan panas dalam adunan tepung nanti tepung masak. Paling bagus suam-suam kuku baru tambah dalam tepung.
Minyak kena betul-betul panas baru dapat keriting ranggup piring panjaram.
Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...