Nak buat kerabu kaki ayam lebih sedap kena letak gula kabung thailand ni.Kaki ayam memang banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.
Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Siti Zawiah Jalil ini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan kaya dengan pelbagai nutrisi yang tersendiri.
Bila tekak nak makan, dengan pantasnya bersilat dekat dapur.
#Kerabu Kaki Ayam
Bahan-Bahan:
Kaki Ayam (Direbus sampai empuk/lembut)
Gula Kabung Thailand
Sos Ikan
Kacang panjang (dipotong pendek)
Tomato (dihiris)
Bawang Besar (dihiris)
Sos
Cilipadi (ikut selera nak pedas macam mana)
4 atau 5 ulas Bawang putih
Udang kering
Serai racik halus-halus
Cara Membuat:
1.Kacang panjang tu celur kejap je dalam 1@2 minit.
2.Tumbuk bahan-bahan untuk sos di atas kemudian dengan sos ikan+gula thailand tu. Ikut selera sendri ye.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dengan perahan limau kasturi@limau nipis.
4. Campurkan sos dengan kaki ayam yang telah direbus tadi, dan kesemua bahan-bahan lain.
Siap! Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!
Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda, Ya Ampun SEDAP Amat!
Kaki Ayam Selepas Direbus Rendam Ais, Barulah Tak Hancur Buat Kerabu
7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Jadikan Kaki Ayam Antara Menu WAJIB Di Rumah
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap kerabu kaki ayam ni. Sempurna rasa masam, manis pedas dan lembut kaki ayam. Malah sangat sesuai menu bagi sedang berdiet. Boleh cuba nanti.
Sumber: Siti Zawiah Jalil
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI