Jika mak-mak jenis ‘layan’ cerita Korea mesti pernah nampak menu yang cukup popular dalam drama tersebut iaitu Topokki (Kuih beras Korea). Topokki teksturnya mesti kenyal seperti getah pemadam dan di saluti dengan sos pedas manis dimakan bersama hirisan sosej dan telur rebus.
Boleh cuba resipi Topokki yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini, guna campuran tepung pulut dan tepung gandum je. Cukup mudah.
“Siapa sini suka makan Topokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.”
“Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yang senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama macam getah pemadam (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.”
Bahan-Bahan (Topokki):
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam
sedikit minyak bijan
air suam
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
2. Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
3. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
4. Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.
Bahan-Bahan (Kuah Topokki):
3 ulas bawang putih (dicincang)
Minyak Masak
1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi
Sedikit Air
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu kecil stok ayam
Sosej (dihiris)
Hiasan:
Telur Rebus
Bijan
Cara Membuat:
1. Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga bau wangi.
2. Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)
3. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
4. Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
5. Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
- Minyak bijan tu fungsi dia just nak wangikan tepung pulut. Kalau tak guna minyak pun okay. Kalau tak, guna minyak biasa pon okay.
- Boleh di ‘frozen’ juga. Kukus dulu, rendam sekejap dalam air sejuk, toskan dan lap-lap sikit bagi kering. Taburkan sedikit tepung pulut, kemudian isi dalam bekas untuk simpan dalam peti ais.
- Bijan nak sedap sangai dulu, rasa rangup-rangup kacang. Tapi tak sangai pun boleh, tapi tabur waktu betul-betul panas.
Baca Lagi Di Sini:
Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Yang Penting ‘Tekak Melayu’ Pun Boleh Layan
Cara Buat’Pogi Kimchi Homemade’ Tahan Sehingga 2 Bulan, Makin Lama Diperam Makin Sedap Rasanya!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat bagi mak-mak yang cuba sendiri atau layankan anak-anak dengan menu dari Korea. Mudah je nak buat. Sambil-sambil layan drama korea tu, bolehlah makan topokki yang sedap dan kenyal ni!
Sumber: Zurina Zulkefli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI