Agar-agar kering selalu dijadikan cenderahati atau doorgift semasa kenduri kendara, disediakan untuk jamuan istimewa, Hari Raya dan sebagainya.Cantik lihat agar-agar kering yang dihasilkan oleh Puan Rohana Dahaman ini, berwarna warni dan elok kejadiannya.
Musim panas ni sesuai sangat buat agar-agar ini, ia cepat kering.Cara nak buatnya pun mudah, tak perlukan banyak bahan.Namun walaupun nampak mudah, kena pastikan jemur betul-betul kering dahulu barulah boleh disimpan. Barulah agar-agar kering ni ‘menjadi’ dan tak berair ketika disimpan nanti.
Mak-mak boleh cuba buat sendiri agar-agar kering ini ikut resipi yang dikongsikan seperti berikut;
Bahan-Bahan:
1 paket Agar-agar bertali (orang kedah kata setahil)
1 kilo Gula pasir (tak nak manis kurangkan skit)
1 atau 2 Genggam Gula batu
1.5 liter Air sukat pakai botol minera
Pewarna ikut pilihan masing-masing
Cara Membuat:
1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau tau takut tak hancur sepenuhnya).
2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi baru lah masukkan gula batu..kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya baru lah msukkan gula pasir.
3.Kena masak lama sikit sehingga menjadi berbuih (orang kedah panggil buih anak ikan kalau tak silap) biar bagi pekat sikit tau.
4.Setelah nampak berbunga-bunga boleh lah tutupkn api.Ikut la berapa loyang nak letak. Jangan bagi nipis sangat tau, warnakn.
5.Biarkan sejuk baru potong (agak-agak ye tak terlalu nipis atau tebal).
6.Susun cantik-cantik diatas talam..jemurkan.
Ok..Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
Kena bagi agar-agarnya betul-betul kering, jemur sekurang-kurangnya 5 hari, baru boleh simpan dan tahan lama.
MW: Mudah je nak buat agar-agar kering ni rupanya. Bahan-bahan pun tak banyak, sesuai sangat buat musim panas ni.
Sumber: Rohana Dahaman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI