Cerita tentang barang kemas memang tak pernah habis. Mak-mak memang akan teruja bila cakap macam nie. Boleh dikatakan apa jenis yang terbaru kat pasaran pun dia tahu. Tidak kurang jua yang sanggup trade in emas lama bagi mendapatkan yang baru. Kononnya rekaan itu dah ketinggalan zaman.
Tidak salah pun untuk tukar yang baru. Sebab ada sesetengah mak-mak yang tunggu harga emas naik, barulah jual. Dapatlah untung sikit. Pulak tu, disarankan pula supaya jangan jual semasa emas turun. Nanti rugi.
Sebenarnya, tidak kisah pun untuk trade in emas lama tapi mak-mak kena tahu cara dan syaratnya. Bimbang ia dikatakan ada riba yang boleh jatuh haram.
Nak tahu lebih lanjut pasal ini, Muhammad Ezral ada berkongsi tentang syarat yang perlu mak-mak tahu sebelum trade ini emas.
Sebelum trade in emas lama kepada emas baru wajib ambil tahu pasal tip ni dulu.
Bimbang tanpa kita sedar tukar emas pun boleh jadi RIBA.
Riba ini termasuk dosa besar yang Allah ancam kekal dalam neraka dan Rasullulah melaknat para pelaku riba ni.
Biasa dekat rayalah ramai yang trade in emas lama kepada emas baru sebab masa itu boleh tunjuk barang kemas yang paling gempak. Hari biasa pun tetap ada orang trade in emas.
Emas yang sedia ada kat tangan, dia pergi kedai emas dia trade in emas yang baru.
Pertama kali kena tahu emas ini termasuk antara barang ribawi yang nabi sebutkan.
Jadi, bila nak trade in emas dengan emas ini mesti syaratnya :
Ads
1. On the spot / tunai / bukan bertangguh Mesti akad terima secara langsung / on the spot / lani / time tu jugak, pihak A dan B saling menerima emas tanpa delay atau bertangguh.
2. Berat emas mesti sama. Bila berat tak sama masa tukar emas tu dikira sebagai riba.
Contohnya macam ni :
Siti ada emas 10 gram. Siti tidak mahu tambah apa-apa pun duit kertas kepada emas yang dia nak trade in itu. Jadi, Siti hanya dapat emas baru sebanyak 5gram saja hasil trade in daripada emas lama kepada emas baru tadi.
Emas lama Siti 10gram tu dapat kat kedai. Siti dapat 5gram emas baru.
Hakikatnya emas lama atau baru sama saja tetap emas. Jadi, kedai tak rugi pun dia boleh leburkan emas tu anytime dan buatkan jadi emas yang baru.
Emas Barang Ribawi
Tidak timbul soal emas lama atau baru sebab emas ni termasuk barang ribawi, jadi mesti berat sama masa tukar. Tak boleh berat berlainan.
Nak tukar motor lama dengan motor baru contoh LC lama dengan LC baru tapi kena tambah duit RM2K, ini boleh sebab ini bukan termasuk barang ribawi.
Nak tukar lembu, kambing, kereta tak apa sebab ni bukan barang ribawi pun. Tukar 2 ekor kambing dengan 1 ekor kambing pun boleh. Sebab ini bukan barang ribawi, bukan dijadikan sebagai duit.
Emas tukar emas, perak tukar perak tak boleh berat berlainan dan bertangguh mesti berat sama dan on the spot sebab ini barang ribawi.
Kerna ingat, emas secara hutang / kredit ni HARAM hukumnya. Cuma kat tempat kita kata barang kemas ttak apa secara hutang tapi majma’ fiqh sedunia sepakat / ijmak bahawa barang kemas haram. Goldbar sepakat semuanya bahawa haram secara kredit.
Aku setuju dengan majma’ fiqh sedunia bahawa barang kemas ke goldbar ke (emas) ni wajib secara tunai, tak boleh bertangguh sebab ada dalil yang jelas dari nabi.
Ads
Tapi itulah masih ramai yang beli emas secara kredit / hutang.
TUKAR TAMBAH EMAS
Contoh :
Siti ada emas seberat 10 gram. Dia nak trade in kepada emas baru beratnya sama jugak 10g.
Berat sama tapi dia kena top up lagi duit sebanyak RM500 ini namanya RIBA. Tukar tambah kepada gram yang sama tapi kena tambah duit hukumnya RIBA.
Jalan Terbaik
Senang saja, kita jual je dulu emas kat kedai emas tu.
Dapat duit tu belilah emas baru. Jadi, tak dak masalah riba.
Contoh:
Kita ada rantai tangan berat 20g. Tanya dulu kedai berapa dia beli dari kita rantai tangan berat 20g. Jika, dia kata RM2K. Jadi, kita setuju jual dulu pada dia dan ambil duit RM2K tu.
Bila dah dapat RM2K itu, terpulanglah pada kita untuk beli apa pun. Barang kemas atau gold bar, dinar ke terpulang. Nak beli emas berapa tan pun terpulanglah, kat kedai sama atau kedai lain.
Jangan kata jual dulu mesti kedai ambil murah, kalau trade in mahal sikit dia ambil.
Hukum tetap hukum, dah ditetapkan oleh Allah dan Rasul macam ni, jadi nak bantah lagi?
Ads
Masih ramai penjual emas yang tak pelajari hukum muamalat.
Mereka suka orang trade in emas, sebab tu ada penjual buat harga, harga mereka beli emas dari pelanggan RM250 per gram, harga trade in rm255 per gram so dia nak suruh orang trade in terus emas.
Tapi solution yang boleh diberikan paling best, tak perlu trade in pun. Emas baru atau terpakai tak penting pun selagi mana ia emas.
Emas tak dinilai based on new atau used pun. Nilai intrinsik tak terjejas pun.
Nilai intrinsik pada diri dia tu penting. Bukan kira used or new. Ini cuma permainan sampingan emas, bukan main purpose emas tu diwujudkan.
Sebab itu, emas berbentuk goldbar, dinar, barang kemas tu tak penting walau workmanship berbeza, yang penting ia pure gold bukan fake gold.
Jadi, teruskan tambah gram emas. Jangan sesekali trade in. Ini mensia-siakan masa kita simpan emas. Simpan emas untuk long term untuk survive. Ini penting.
Orang beli emas makin bertambah gram, yang suka trade in emas ni makin berkurang gram itu ok lagi, paling menakutkan riba yang Allah haramkan pergi bedal sekali. Nauzubillahiminzalik.
Yang dah terbuat riba fadhl ni bertaubatlah segera pada Allah dan jangan ulang lagi.
Akibatnya berat sekiranya ulang lagi baca al baqarah 275.
MW: Nak senang dan mudah, kita jual dulu emas lama dan duit itu bolehlah beli mana yang berkenan.
Sudahlah isteri itu sarat mengandung, diminta pula buat macam-macam. Rasa ralat sungguh bila ada suami yang tak sayang isteri, marah-marah sebab tak puas hati dengan khidmat bakti isteri. Sampai dijaja kisah isteri di laman sosial, dikongsi pula keburukan isteri tanpa dapat isteri membela diri. Nampak saja salah isteri, tapi tak sedar empat jari lagi tertuding ke diri sendiri.
Terkesan dengan sikap suami yang berkongsi kisah rumah tangganya ini, Puan Marlia Ramlimenyuarakan pandangannya. Saranan untuk suami yang selalu saja mempertikaikan bakti isteri selama mana dia berada di bawah naungan nafkah suami.
Benar.. bukan semua lelaki bergelar suami begini. Ramai sebenarnya sudah punya kesedaran dan bertanggungjawab, cuma kisah ini jadikan ikhtibar. Agar tiada lagi wanita yang dimangsakan oleh suami sendiri.
Wanita Dimangsakan
Ini akak setuju. Kalau kita berkahwin untuk memaksa isteri berkhidmat kepada keseluruhan keluarga kita, akak fikir lebih elok kita ambil bibik uruskan rumahtangga.
Buat apa mahu beristeri? Isteri begini menyusahkan bukan? Tak mahu memerah keringat untuk keluarga kita. Tapi… Ambil bibik perlu dibayar, jika isteri dapat perkhidmatan percuma pula. Untungnya….
Sebagai kapten sebuah kapal, fahamkah kita apa tugas seorang isteri? Job scope nya apa? Termasuk mengurut ibu mertua dan menjaga anak-anak saudara ketika dia sendiri sedang mengendong zuriat kita?
Dan bila bercakap soal nafkah, bukankah hak isteri sepatutnya didahulukan? Garis panduan agama dalam soal pengurusan wang nafkah bagaimana? Muncunglah isteri jika hak nya terabai. Jika dah tunaikan nafkah, berbincanglah beritahu isteri bahawa mahu membahagiakan ibu pula. Usah mengambil hak isteri untuk diberi kepada sesiapa sedangkan terbiar hak nya pula.
Ya, akak setuju. Jika rasa mahu “membibik kan” isteri, eloklah ceraikan dia. Buat apa mahu terusan menyusahkan dia? Bukankah itu hanya membawa derita?
Duhai Suami Yang Dimuliakan
Akak malas nak bebel panjang. Sebelum mengambil anak dara orang, fahami erti bakti seorang isteri.
Kelas agama banyak. Ustaz nak rujuk pun ramai. Belajarlah… Supaya bila isteri mengandung tidak dikerah mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara kita pula.
Sungguh-sungguh formulanya mudah. Jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya.
Lepas mencuci pinggan mangkuk dan kemas rumah isteri berkurung di bilik? Tak bolehkah? Selepas dia melakukan khidmat kepada keluarga mertua dia mungkin kepenatan. Penat letihnya mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pernah ditanya? Mangkuk apakah pemikiran kita?
Ego Suami.. Sanggup Pula Pisahkan Ibu & Anak Yang Belum Bercerai Susu
Selepas isteri bersalin bercadang nak ceraikan isteri dan ambil anak? Tahniah! Sudahlah sang ibu dan anak berkongsi nafas selama 40 minggu, mahu diambil begitu saja? Tahniah kerana tidak merancang mahu menyusukan anak dengan air susu seorang ibu. Sustagen, Anmum, S-26 dan Enfagrow A+ kan ada? Peduli apa walaupun kita tahu khasiatnya tidak setanding dengan titisan susu ibu. Janji kita boleh menunjukkan kekuasaan kita sebagai arjuna.
Akak kecewa? Ya, akak sangat kecewa jika melihat WANITA DIMANGSAKAN. Ingat… Mak ayah si gadis nyamuk pun tak dibenarkan gigit, hadir arjuna dan keluarga mertua mahu menghancur lumatkan hati pula?
Eloklah mahu ceraikan isteri. Kerana isteri sebegini bakal berjumpa jodoh yang lebih baik. Lagipula, kita ambil bibik lebih mudah. Jangankan mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara, tandas rumah nenek kita sekali pakej mengemop lantai kitchen tok anjang pun kita boleh arahkan bibik lakukan saja.
Dan Akhirnya Ini Yang Jadi, Bila Isteri Terlalu Ditekan Tekan Emosinya
Lazimnya, uniform kru kabin wanita yang bertugas di syarikat penerbangan akan kelihatan terdedah, menampakkan susuk badan dan tidak dibenarkan memakai tudung.
Namun, berita baik buat kru kabin wanita yang bertugas di awan biru dibawah syarikat penerbangan British Airways kini tampil lebih sopan. Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, British Airways mula memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’.
Dalam pengenalan pakaian seragam baharu itu, kru lelaki mempunyai pilihan memakai sut (three-piece suit) manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar bukan sekadar jumpsuit.
Projek Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng
Rombakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng dan sebelum ini ditangguhkan selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.
Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng
Justeru, setiap anggota 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan dilihat dengan pakaian seragam baharu, yang bermula dengan jurutera dan pengendali darat, menjelang musim panas.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle, berkata pakaian seragam mereka adalah representasi ikonik jenama penerbangan itu, yang akan membawa ke masa depan.
“Ia mewakili yang terbaik dari zaman moden Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan asli British yang hebat untuk pelanggan kami,” katanya.
Lambang Jati Diri Negara
Beliau berkata, sejak awal penghasilan pakaian seragam itu adalah mengenai jati diri negara.
“Kami mahu mencipta koleksi seragam yang boleh bangga dipakai oleh orang kita dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin bahawa kami sudah menyampaikannya,” katanya.
“Apabila menyarung uniform baharu ini, pekerja syarikat penerbangan ini juga akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka, yang diperbuat daripada kira-kira 90 peratus campuran fabrik poliester kitar semula.
“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, dan membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam mengikut masa,” katanya.
Boateng yang mereka cipta pakaian itu dikatakan sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik berkenaan dan mendapat inspirasi daripada syarikat penerbangan dan kakitangannya sendiri.
Corak gelombang udara yang ada pada jaket, kemeja-T, butang, dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Semua pakaian disesuaikan dengan menampilkan fabrik jenis jacquard serta menepati ikon ‘speedmarque’ ikonik syarikat penerbangan itu.
Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.
Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.
Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.
Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.
Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat
Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.
“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.