Dua tahun berhari raya dalam norma baharu dan kini kita dapat meraikannya dengan lebih meriah lagi. Berkongsi keceriaan dan keindahan Syawal, Bestari Food telah menyambut Aidilfitri dengan menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya eksklusif bersama para ibu tunggal dan anak yatim dari Persatuan Anak Yatim & Ibu Tunggal Nur Hikmah di salah sebuah rangkaian restoran makanan segera Nomms di Kota Kemuning, Shah Alam, baru-baru ini.

Merebut keberkatan Syawal, Bestari Food bersama Mingguan Wanita berganding bahu meraikan 10 ibu tunggal dan 10 anak yatim serta asnaf terpilih. Malah mereka juga telah diraikan sebagai ‘tetamu VIP’ dalam sambutan hari raya Aidilfitri yang cukup meriah ini.

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Antara ‘Tetamu VIP’ ibu tunggal yang diraikan dalam majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal BESTARI x Mingguan Wanita

Turut hadir pada majlis penuh bermakna ini, Puan Ani Nadila, Timbalan Pengurus Besar, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Puan Azatul Izan Mohamed Nordin, Ketua Pemasaran & Komunikasi BESTARI Food.

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!

Bersyukur Berkongsi Rezeki

Pihak BESTARI juga menzahirkan kesyukuran dan rasa bertuah apabila dapat berkongsi rezeki dan bersama-sama menyambut Syawal bersama golongan ibu tunggal dan anak yatim ini. Apatah lagi setelah 2 tahun diuji dengan pandemik.

Ads

“Perasaan saya sangat-sangat bersyukur, alhamdulillah sepertimana yang kita tahu setelah 2 tahun cabaran pandemik kemeriahan suasana hari raya tidak dapat diraikan sepenuhnya. Oleh yang demikian di majlis Indahnya Syawal Bestari x Mingguan Wanita ini kita dapat meraikan sambutan hari raya dengan penuh makna terutamanya diraikan bersama golongan ibu tunggal dan anak anak yatim.”

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Puan Azatul Izan, Ketua Pemasaran & Komunikasi BESTARI Food.

Selain daripada meraikan sambutan hari raya aidilfitri, aktiviti CSR Indahnya Syawal ini juga dapat kami berkongsi rezeki dan memberikan kegembiraan bersama. Terpancar sinar kebahagiaan diwajah anak anak serta ibu tunggal yang turut di berikan cenderahati sumbangan produk produk Bestari serta duit raya selain daripada hidangan menu raya yang enak yang disediakan sendiri oleh chef Bestari,” ujar Izan lagi

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Keceriaan anak-anak yatim yang diraikan.

Hidangan Juadah Enak & Dendangan Lagu Raya

Pelbagai juadah enak juga telah disediakan, antaranya seperti Nasi Ayam, ketupat, lemang, Nasi Impit, rendang, Kuah Lodeh dan Kuah Kacang. Namun paling istimewa pastinya sajian Ayam Goreng menggunakan Tepung Ayam Goreng, keluaran BESTARI FOOD sendiri.

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Antara juadah enak yang disediakan oleh Chef Bestari sendiri.

Bukan itu sahaja, majlis ini juga diserikan dengan dendangan 2 buah lagu raya klasik oleh penyanyi kecil molek Shiha Zikir. Malah anak-anak yatim dan ibu tunggal ini juga berkesempatan beramah mesra serta merakam gambar kenangan sebagai memori manis bersama penyanyi jemputan.

Ads
‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Penyanyi jemputan Shiha Zikir, mendendangkan 2 buah lagu raya.

‘Tetamu VIP’ Terharu & Gembira Diraikan

Sementara itu, Ustazah Siti Fatimah Ahmad, Pengerusi Persatuan Anak Yatim & Ibu Tunggal Nur Hikmah pula berkongsi perasaan gembira dan terharu apabila diraikan sebagai ‘tetamu VIP’ dalam majlis ini.

“Saya berasa cukup gembira yang tak dapat terucap dengan kata-kata apabila diraikan dalam majlis ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mingguan Wanita dan BESTARI kerana meraikan kami.Saya juga ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Mingguan Wanita dan BESTARI kerana menganjurkan program sebegini buat kami, anak yatim dan ibu tunggal.

Kami doakan semoga pihak BESTARI bertambah maju dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi kepada anak yatim, asnaf dan golongan yang memerlukan,” ujar beliau.

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Ustazah Siti Fatimah Ahmad, Pengerusi Persatuan Anak Yatim & Ibu Tunggal Nur Hikmah.

Harap Program Diteruskan Pada Masa Akan Datang

Tiada yang lebih bermakna bagi mereka ini apabila rezeki dikongsi bersama dalam majlis yang penuh keberkatan. Majlis disusuli dengan penyampaian hadiah dan sumbangan cenderahati kepada ‘tetamu VIP’ ini sebagai tanda ingatan. Hadiah berupa ‘goodies’ produk keluaran daripada BESTARI Food.

Ads

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan manis bersama. Wakil pihak Bestari turut mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membantu golongan memerlukan.

“Kami berharap dapat meneruskan program ini pada masa akan datang bukan sahaja pada sambutan Hari Raya dan masa bulan Ramadan, tetapi diteruskan agar bersedekah atau perkongsian ini dapat dikongsi bersama oleh golongan-golongan yang memerlukan,” kata Izan.

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!
Sumbangan cenderahati daripadi BESTARI sebagai tanda ingatan.

Kepada yang ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada Persatuan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Nur Hikmah ini, boleh sumbangkan derma anda ke akaun Bank Islam tertera di bawah:

‘Tetamu VIP’ Datang Beraya, Majlis Rumah Terbuka Indahnya Syawal Terasa Lebih Bermakna!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI