Sebak.. sedih.. tak tau nak cerita. Sepatutnya 1 Ramadan inilah kerja-kerja sedekah makin giat diperluaskan. Sebaliknya yang jadi pada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan ini.
Apabila dirinya dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan di Cawangan Khas Bukit Aman, Ustaz Ebit Lew sendiri memaklumkan dirinya akur dan tidak lagi turun padang untuk membantu orang-orang susah. Sebaliknya, hanya disalurkan menerusi akaun bank sahaja.
Penjelasan keterangan itu berkaitan adanya aduan berkenaan kerja-kerja kebajikannya terutama kes viral yang berlaku beberapa hari lalu.
“Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral ke apa. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz, saya bayarkan yuran mereka.”
Maklum ustaz, perniagaan yang diusahakan berkembang dengan sangat baik. Rezekinya juga melimpah ruah. Dari situlah Ustaz Ebit belanjakan duitnya sendiri, sejak dari dulu lagi untuk membantu orang di mana-mana.
Ads
“Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.” Maklumnya lagi, usaha yang dilakukan itu telah menjadi inspirasi pada yang lain untuk menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuklah bantuan pada frontliner.
“Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah.
Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.”
Ustaz Ebit Lew Tak Bersalah – Keluarga Pak Aq
Sementara itu, keluarga besar Pak Aq atau Ishak Darus, 77 yang seramai 28 beranak itu berasa sangat sedih apabila mendapat tahu keputusan yang terpaksa Ustaz Ebit Lew pilih.
“Ustaz tak bersalah, beliau santuni kami sekeluarga dengan baik. Kami tak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu.” Kata Siti Nor Saadiahton, 25 anak keenam Pak Ishak.
Mereka sangat sedih dengan apa yang dilalui Ustaz Ebit Lew. Malah berdoa, jika keluarga mereka menjadi punca mereka bermohon agar Allah membukan jalan dan rezeki yang luas untuk Ustaz terus membantu orang memerlukan.
Ads
“Jika ustaz dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan ketika dalam usaha membantu mengubah kehidupan kami 28 beranak tular di media sosial, kami mohon maaf.”
“Kami telah menyusahkan dan menyebabkan usaha beliau membantu orang miskin dalam tempoh ini terhenti.”
Kehadiran Ustaz Bawa Sinar Pada Keluarga Pak Aq
Maklumnya lagi, selama ini mereka sekeluarga begitu menghargai bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid.
“Bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.”
Ads
“Kemudian, Allah atur pertolongan daripada Ustaz, sememangnya waktu itu kami sekeluarga mahu berpindah. Tak ada siapa yang bersalah dan kami terima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka.”
Anak keenam dari 10 beradik ini akui mereka sudah lali dengan hinaan orang. Bila Ustaz Ebit datang, ia memberi sinar untuk keluarga mereka jadi lebih baik.
“Saya doakan ustaz tak putus asa dan percaya lebih ramai di luar masih perlukan ustaz.”
Ketika ini, keluarga yang berjaya dipujuk berpindah oleh Ustaz Ebit lew ini berpindah di kediaman baru mereka yang lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah, Alor Setar. Meninggalkan kediaman daif mereka di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar.
MW : Semoga di bulan Ramadan ini, dapatlah kiranya hati-hati ini belajar berlapang dada dalam melihat kebaikan orang lain. Semoga Ustaz Ebit dipermudahkanNya dalam kerja-kerja kebajikan membantu orang susah dan kerja-kerja dakwah.
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami. Moga Mampu Membesar Sihat Seperti Anak Lain” Julfekar dan Min Yasmin. Begitulah doa yang dipohon oleh pasangan selebriti yang baru saja menimang cahaya mata sulung mereka 16 September lalu.
Dek kerana masalah tekanan darah tinggi, Min Yasmin yang tidak terkawal dan perlu menjalani pembedahan segera apabila degup jantung bayi semakin lemah terpaksa akur melahirkan bayi sulung walaupun tidak cukup bulan.
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami
Selepas 10 tahun menanti, komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isterinya yang juga penyanyi, Min Yasmin dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 September lalu di Sabah.
Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar.
Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata.
Seperti mana mesej yang dikirimkan, pasangan itu memaklumkan mereka telahpun menimang cahaya mata sulung.
“Assalamualaikum… Min & Abang Julfekar nak berkongsi…
“Allahuakbar.. Alhamdulillah.
“Penantian cahaya mata setelah 10 tahun Min & Abang Jul mendirikan rumahtangga bersama.
“Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang Bayi Lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini
“Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
“Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta merta.
“Mohon doakan keselamatan & kesihatan sepenuhnya bayi Pra Matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini.
“Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang Soleh & membawa kebaikkan kepada agama, bangsa & keluarga.
“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima Kasih semua atas doanya & Syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini. Alhamdulillah.” kongsi mereka.
Memang ada caranya untuk tanam pokok Nenas Serawak dalam polibeg di tepi rumah.Malah elok pula buahnya besar dan manis. Bukan apa, bagi yang suka berkebun memang puas hati bila tanaman kita subur malah mengeluarkan hasil. Jimat tak perlu beli nenas lagi.
Boleh ikut tip tanam Nenas Serawak seperti yang dikongsikan oleh Jodi Cholosebagai panduan.
Baru belajar, saja nak share dengan kawan-kawan yang sehobi. Dengan niat kita share ilmu dan pengalaman bersama.
1.Tanam ditepi rumah, jenis Nenas Serawak.
2.Ramadhan 2021 tanam.Ramadhan 2022 dah boleh tuai..
3.Tanam dalam polibeg sahaja.Size polibeg 13×13 atau 10×10.4.Sangat mudah jaga dari tanaman yang lain.
5.Asal tanam main-main je dari tepi rumah dibiarkan semak.
6.Purata berat buah 3-4.5kg/biji
7.Tanam anak/sulur bukan jambul.
8.Medium tanah hitam sawit sepenuhya
9.Baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1x sesudu makan /polibeg.(tak pakai baja foliar)
10.Letak anak pokok tempat yang kena sepenuhnya cahaya matahari.
11.Cara tanam manual, 2 minggu 1x saya siram.Itu pun kalau musim panas.
11.Silver shine(tikar alas bawah polibeg)elak rumput dari tumbuh.(malas cabut rumput).
12.Pinggan polistrin/topi fungsi untuk lindung cahaya matahari yang terik. Elak buah rosak, letak setelah buah besar.
13.Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
14.Bilangan pokok saya lebih kurang 70 batang.Tanam tepi rumah.
15.Saya takde jual benih. Buah pun saya tak jual.Dulu beli dengan kawan, sekarang sudah tiada jual.
16.Tempoh tuai 1 tahun.
17.Kera,babi tempat saya pun banyak, yang saya tanam belakang rumah sebiji pun saya tak dapat makan.
18.Ini kali pertama saya tanam dalam polibeg. Saya cuba sendiri dan kaji sendiri, adakala bertanya dengan orang yang tanam nenas. Belum pernah ada pergi kursus nenas.
19.Purata berat nenas 3-4.5kg/biji.Rasa buah manis.
20.Sepanjang saya tanam tiada racun serangga digunakan.
Pesanan kasih sayang.
#pastikan pokok anda sihat sebelum berbuah.
#pokok besar buah akan besar.
#setelah berbuah berhenti letak baja. Elak buah rosak.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam nenas dalam polibeg di tepi rumah boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang elok hasilnya berbuah besar dan manis.
Datuk Jamal Abdillah bersyukur apabila mengetahui isterinya kini sedang hamil. Menerusi temubual bersama program Wafa TV, penyanyi lagenda itu memanjat rasa kesyukurannya dengan rezeki yang dikurniakan pada usianya 63 tahun.
Datuk Jamal Abdillah Bersyukur Bakal Timang Anak Kelima
Isteri Jamal iaitu Datin Zai Izzati, 26, kini hamil 12 minggu. Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain El Issac, pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata yang diberi nama Nur Azura Yamani, 1.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
“Alhamdulillah isteri akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang anak. Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu.
“Syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Kalau boleh, saya nak anak perempuan lagi kerana dah ada tiga anak lelaki sebelum ini,” ungkap Jamal yang sangat seronok apabila mengetahui isterinya hamil dan bakal melahirkan tahun hadapan.
Sementara itu, Izzati, turut meluahkan kegembiraan sama apabila hamil lagi selepas melahirkan cahaya mata keduanya, El Issac Yamani pada 11 November, tahun lalu.
“Alhamdulillah saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja,” jawab Izzati sewaktu diwawancara oleh Syed Wafa.
Mingguan Wanita : Tahniah Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati.
Sumber : Wafa TV
Sumber Instagram : Instagram Jamal Abdillah Official & Instagram Zai Izzati
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...