Kekal sihat di usia 53, wanita ni kongsi amalannya! Sebagaimana yang dikongsikan oleh ibu yang berusia 53 tahun ini, dia kekal sihat dan kekal cergas.
Kalau dilihat fizikal dan rupa paras, tidak langsung mencerminkan usia tersebut. Memang awet muda! Paling mengagumkan, stamina ibu tunggal ini tidak ubah seperti anak muda. Lasak dan aktif.
Kekal Sihat Di Usia 53, Wanita Ni Kongsi Amalannya!
Jom ikuti perkongsian Puan Dzuriasikim Dzulkefli tentang tip yang diamalkan untuk menjadi wanita yang lebih ceria.
“Syukur pada usia 52 tahun saya masih mampu melompat dan berlari di pantai. Mendaki gunung dan bukit. Menyelam ke dasar laut. Menikmati keindahan dan kudrat yang Allah pinjamkan,” begitulah ungkapan Puan Dzuriasikim.
Wanita Ini Kongsi Tip Simpanan, Penting Ada Duit Masuk Dulu Bukannya Berbelanja Lebih!
Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan Tunaikan Hasrat Wanita Hamil ‘Mengidam’
Walaupun Bekerja Bukan Kewajipan Isteri, Tetapi Ramai Wanita “Tak Berani” Berhenti Kerja
TIPS MENJADI WANITA YANG LEBIH CERIA
- Jaga makan. Jaga kesihatan. Bila kita sihat, kita akan lebih bahagia.
- Sentiasa bersenam. Lakukan apa sahaja aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh dari badan. Ianya menyihatkan badan dan minda.
- Pilih kawan. Berkawan dengan orang yang positif dan berjaya. Usah murung jika ada di antara rakan anda menjauhkan diri atau diperdaya oleh orang lain lalu tiba-tiba mengasingkan diri dari anda tanpa anda tahu sebabnya. Anggaplah itu cara Allah sisihkan mereka dari anda dan pastilah ada kebaikannya. Bersangka baik sentiasa.
- Jaga penampilan. Menjaga penampilan tidak semestinya memerlukan anda tampil hebat dengan pakaian berjenama dan solekan yang tebal. Cukup dengan bersih, kemas dan menarik. Jika tidak, pakai seadanya. Menjaga penampilan termasuk menjahit baju yang carik dan membasuh selipar yang berdebu selalu. Jika anda mampu bergaya dengan pakaian berjenama, ianya adalah bonus. Penampilan adalah penting untuk keyakinan diri.
- Amalkan membaca. Membaca dan menambah ilmu itu penting. Setidak-tidaknya ambil tahu sedikit tentang perkembangan semasa. Orang tidak pandang pada wajah yang cantik atau pakaian berjenama sahaja. Beauty with brain is not an advantage…but necessity.
- Usah mudah berkecil hati jika terdengar desas desus yang tidak baik mengenai diri kita. Manusia tidak sempurna. Hanya kita dan Tuhan tahu apa yang kita lakukan. Orang menilai dari luaran sahaja. Tidak perlu menghabiskan masa untuk meyakinkan orang lain tentang diri anda. Orang yang tidak menyukai kita tidak akan percaya. Sebaliknya orang yang ingin bersahabat dengan kita tidak perlukan semua itu untuk terus kekal sebagai sahabat. Usah buang masa.
- Jika boleh, jaga berat badan. Tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Ianya memudahkan anda melakukan aktiviti harian, memilih pakaian dan mencerminkan tahap penjagaan kesihatan diri.
- Terima komen dan pendapat rakan dengan positif dan terbuka. Jika tidak bersetuju, cuba berbincang. Ingat, hanya orang yang benar-benar ambil berat tentang kita sahaja akan menegur untuk kebaikan. Itu bermakna mereka sayangkan anda.
- Jika dilanda masalah. Usah bermurung di dalam rumah. Ianya membuatkan anda berfikir berlebihan. Cuba keluar beriadah. Lakukan apa sahaja yang anda mahu asalkan ianya menggembirakan. Divert your attention.
- Sentiasa senyum. Senyum secara tidak langsung menghilangkan kerut pada wajah. Tidak ada orang yang boleh tersenyum dan berkerut dalam satu masa. Orang yang selalu tersenyum tampak lebih ceria dan sihat. Senyum juga adalah sedekah yang murah.
Semoga perkongsian ini menjadi panduan bermakna buat wanita-wanita di luar sana.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli / Syahnaz Adila
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI