Cantik di usia 45 tahun, wajah seiras anak ramai ingat sebaya dan selalu disangka ‘kembar ketiga’. Memang untung berkahwin dan dikurniakan rezeki anak pada usia yang muda. Anak-anak membesar, kelihatan lebih kurang sebaya tak jauh berbeza.
Sebaya Anak Kembar
Kejelitaan seorang wanita Jordan, Sahar Darwazeh di usia 45 tahun sering membuatkan dia dianggap sebaya dengan pasangan anak kembarnya yang berusia 24 tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Sahar menjadi tular apabila muncul dalam video TikTok bersama anak kembarnya, Dana dan Juana Naseer.
‘Sangka Kembar Ketiga’
Pengikut media sosial Dana pada mulanya menyangka Sahar adalah kembar ketiga yang baru memunculkan diri sebelum wanita itu memperkenalkan diri sebagai ibu kepada dua anak gadisnya.
“Wajah kami sangat seiras sehingga ramai yang menyangka kami ialah pasangan kembar tiga.
“Saya dan Juana sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang jelita, sihat dan bersantai bersama kami seperti sahabat karib,” kata Dana.
Dana yang kerap berulang-alik antara Kota London dan Jordan, turut mengakui bahawa dia tidak menyangka pengikutnya sangat menyukai status yang turut melibatkan ibunya.
Mesti Baca:15 Kali Buat Pembedahan Plastik, Wanita Puas Hati Jadi ‘Kembar’ Kim Kardashian
Baca Lagi Di Sini:1 Dalam 10 Juta Kelahiran, Wanita Bersalin 2 Pasang Kembar Seiras Serentak!
Artikel Menarik:Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!
Mingguan Wanita: Untung kahwin muda. Rezeki dapat anak dah besar-besar,walaupun masih muda.
Sumber: Kosmo, Mirror.co.uk
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI