Kehadiran anak-anak setelah sekian lama menanti pastinya memberi kebahagiaan dan penyeri dalam rumahtangga. Siapa sangka, jangkaan awal hanya memiliki kembar dua, namun kejutan seminggu sebelum bersalin, rupanya diberitahu rezeki bakal dapat kembar 3.
Selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, doa ejen hartanah, Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya, Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar tiga.
Kisah kembar tiga diberi nama Idlan, Izhan, dan Ilhan atau gelarannya ‘The Antriplets’ itu mendapat perhatian ramai selepas Mohamad Safwan, 31 memuat naik video bayinya di TikTok dengan rata-rata netizen memuji kecomelan mereka.
Periksa Tahap Kesuburan Di (LPPKN)
Bercerita lanjut, Mohamad Safwan yang menetap di Bandar Baru Uda, di sini, berkata, dia dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas dua tahun berkenalan.
“Selepas bergelar suami isteri, kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, sama seperti pasangan lain.
“Setiap pasangan tentu mahukan anak tetapi kami tidak tertekan malah sering luangkan masa bersama termasuk pergi bercuti kerana percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan, cuma cepat atau lambat saja.
“Masuk tahun kedua perkahwinan, sudah ada orang sekeliling bertanya soal zuriat tetapi kami tidak kecil hati kerana anggap pertanyaan itu perkara biasa. Lagipun, kami tidak hanya berdiam sebaliknya ada berikhtiar termasuk ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan,” katanya.
Mohamad Safwan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesyorkannya dan pasangan mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan tabiat gaya hidup.
“Saya juga cuba dengar nasibat doktor untuk berhenti merokok walaupun hakikatnya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil.
Kejutan Seminggu Sebelum Bersalin
“Awalnya, hanya ada dua janin dikenal pasti dalam kandungan isteri namun ada keajaiban berlaku kerana seminggu sebelum isteri bersalin iaitu ketika pemeriksaan terakhir, doktor dapati ada lagi satu janin.
“Ia satu kejutan juga kerana saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian serta kelengkapan untuk kembar dua.
“Alhamdulilah, mereka dilahirkan sihat walaupun secara pra matang iaitu pada usia kandungan isteri tujuh bulan. Disebabkan itu, Idlan dan Izhan ditempatkan 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU) manakala Ilhan selama 62 hari,” katanya yang turut menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Pandan Uptown, Pasar Borong Pandan, di sini.
Ads
Kembar Tiga Penyeri Rumahtangga
Menurutnya, dia dan menganggap kehadiran kembar tiga mereka sebagai penyeri selepas hampir tiga tahun rumah mereka ‘sepi’.
“Bukan hanya kami malah saya percaya ramai lagi pasangan di luar sana menginginkan zuriat malah ada yang lebih lama berumah tangga tetapi belum ada rezeki.
“Saya harap pasangan lain tidak berputus asa dan terus berusaha termasuk ke LPPKN, dapatkan rawatan perubatan dengan pakar, terus berdoa kepada Allah serta bersangka baik dengan-Nya,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki sungguh dapat anak kembar. Malah tak disangka-sangka dapat kembar 3 hanya seminggu sebelum bersalin. Semoga bayi-bayi yang dilahirkan ini membesar dengan sihat.
Rupanya nak menjemput rezeki ini mudah saja wahai suami. Tak perlu buat yang pelik-pelik pun. Cuma bahagiakan dan belanja isteri saja dah menjadi. Ini yang dikongsikan doktor viral, Dr Shazril Shaharuddin yang lebih mesra dengan panggilan Dr Say dalam instagram miliknya.
Doktor yang turut menjayakan program TV, My Doctor ini akui kebahagiaan seorang suami itu terletak pada kebahagiaan seorang isteri. Sweet habis baca perkongsian doktor muda ini yang didedikasikan untuk isterinya, Dr Azura Abas.
“Pernah tak korang dengar kebahagiaan seorang suami terletak pada kebahagiaan isterinya? Kalau tak pernah dengar, haa.. ni saya reka untuk anda dengaq berdasarkan pengalaman saya.
“Kalau saya dapat job dan saya tak share dengan bini, mesti lepas tu saya susah atau lambat nak dapat job. Tapi kalau saya dapat job dan cerita kat bini dan some portion of it saya belanja bini, mudah dan cepat je next job masuk.”
Bila Merajuk, Saya Tidur Kat Sofa
“It has always been a dream of mine untuk provide rumah yang selesa untuk bini. Sebab kesian bini saya terperuk dalam studio kecil dengan saya.”
“Kat studio ni kalau bebila saya merajuk nanti saya tidur kat sofa yang terletak betul-betul sebelah katil dia. So, bini tak rasa impact saya merajuk.
“Sebab yalah, still boleh nampak saya tidur terkangkang kat sofa sebelah dalam penglihatan dia. Lepas ada rumah ini, kalau saya merajuk boleh saya tidur jauh-jauh sikit. Bagi dia terasa sikit ketiadaan suami. Hehehe..
Kesimpulannya yang saya cuba sampaikan. Sentiasalah berkongsi momen-momen anda walaupun sekecil-kecilnya dengan yang tersayang kerana jika mereka bahagia pasti kehidupan anda akan juga bahagia.
Macam omputeh cakap ‘Happy wife, happy life’. Enjoy ur last day of weekend with ur love ones peep!
Dr Say Hargai Wanita ‘Especially This Amoy Next To Me’
Sememangnya pasangan suami isteri muda ini tahu bagaimana mahu membahagiakan hati pasangannya. Benarlah tempat isteri, sememangnya di sisi suami yang menyayanginya.
Selama 10 tahun Dr Say Shazril mengenali isterinya, Dr Azura dan 4 tahun mendirikan rumahtangga. “Tak dinafikan terlalu banyak ups and downs, quarrel and babble dengan perempuan ini.
“Dari sekecil-kecil Odette tak reti support Hilda bila orang ajak team fight sampai lah sebesar-besar suami tak kerja tapi earning more than bini yang bekerja.
“At the end of the day, orang yang saya cari, yang saya perlukan will always be my bini. So, sempena Womens’ Day ni saya nak ucapkan kepada bini saya yang you will always be my number 1 rival.” luah Dr Say Shazril sempena Hari Wanita yang lalu.
“Sebab apa I selalu panggil you nub la, feeder la, is because I jeles dengan you. Insecure of you because I know you are capable of becoming so much more in life compared to me that I’m scared of losing you.”
But jangan risau I akan terus keep up dengan you & promised I will give you better life in future k? You kerja dulu as for now nanti masa depan biar I kerja for you k? Love you loads hun. Abis kerja nanti kita Mobile Legend sesame k?
Korang pun wish your loved ones cepat. Rendahkan ego untuk sehari ni derahh..
Ibu kongsi anak hampir lumpur ditendang rakan sekelas di kepala, gara tegur rakan sekelas sebar video lucah. Hari ini isu melibatkan pelajar sekolah boleh membuatkan ibu bapa dan orang ramai geleng kepala.
Tidak boleh “disentuh” dengan rotan kerana ia satu kesalahan walau pelajar melakukan perbuatan menjengkelkan, isu melibatkan sesetengah pelajar dilihat agak membimbangkan. Bergaduh, buli dan pelbagai perlakuan negetif dilihat acap kali disiarkan di media massa.
Ibu Kongsi Anak Hampir Lumpuh Ditendang Di Kepala
Terkini, seorang ibu meluahkan di atas facebook anaknya berusia 13 tahun, Malik ElFikry hampir lumpuh selepas ditendang secara curi di belakang kepala gara-gara menegur rakan menyebarkan video lucah dalam grup Whatsapp sekolah.
Namun dalam update terkini, ibu ini memaklumkan anaknya, Fikry yang aktif dalam kerja sukarelawan di usia remajaya selain cemerlang dalam pendidikan hingga menerima anugerah Tokoh Permata Kokurikulum (SKTSA) dan memperoleh 8 A dalam UPSRA tahun lalu sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman berbanding sebelum ini lumpuh selepas ditendang di kepala.
Menurut ibu ini, ia satu mimpi buruk apabila menerima berita yang paling ditakutkan saat anak berada di sekolah.
Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.
Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.
Gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Luc*h
Fikry, my sweet little boy…bagi yang mengenali fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.
Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri.
Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu, besarnya pengertian dan kelebihan yang dijanjikan sekiranya mengamalkan Selawat Tafrijiyyah ini, tapi sayangnya masih ramai yang tak tahu. Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara Kebaikan Mengamalkn selawat ini:
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r.a.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
Tip Mudah Amalkan Selawat Ini
1.Tidak dinafikan selawat ini agak panjang untuk dihafal, cara mudah mak-mak boleh tulis selawat ini pada sekeping kertas dan tampalkan berhampiran dinding tempat yang selalu didirikan solat. Jadi bila setiap kali lepas solat, ia boleh lah terus dibaca dan tidak lupa.
2. Boleh juga, tulis selawat ini, pada sekeping kertas dan selitkan didalam helaian Quran pada muka surat pertama.Jadi setiap kali baca Quran, mak-maka akan ternampak dan baca selawat ini serta takkan terlupa lagi.