Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Begitulah lumrah kehidupan. Biarpun hubungan cinta disulam bertahun lamanya, namun jika tiada jodoh, hubungan yang terjalin tetap putus di tengah jalan.
Ada juga pasangan kekasih yang sudah merancang untuk bernikah tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain. Perit atau tidak itulah kenyataan yang harus ditelan.
Di Lombok, kejutan daripada bekas kekasih membuatkan pengantin perempuan meraung hingga keletihan atas pelamin di majlis pernikahannya.
Kejutan Bekas Kekasih
Lombok: Seorang pengantin perempuan tiba-tiba meraung pada majlis pernikahannya selepas menerima ucapan selamat berbahagia daripada bekas teman lelakinya.
Kejadian berlaku di Desa Labuan Lombok di Lombok Timur, Sabtu lalu selepas lelaki dikenali sebagai Dayat itu hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.
Dia kelihatan naik ke pelamin dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai menyebabkan pengantin perempuan tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak.
Bekas Kekasih Ucap Selamat Berbahagia
Kompas melaporkan kejadian itu tular di pelbagai media sosial selepas video mengenainya dikongsikan di Instagram.
Di dalam rakaman itu, kelihatan Dayat yang mengenakan baju kemeja hitam naik ke pelamin untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada pengantin.
Ketika itu, kedengaran tetamu majlis bersorak selepas dipercayai menyedari bahawa lelaki itu adalah bekas teman lelaki kepada pengantin perempuan.
Dayat juga turut dilihat memeluk pengantin lelaki dan pada masa sama pengantin perempuan yang juga bekas kekasihnya itu menjerit dan menangis teresak-esak.
Baca Juga Di sini:
Bahagia Dengan Jodoh Yang Diatur Anak-Anakku Sendiri
Jodoh Belum Sampai Walau Usia Hampir ‘Five Series’, Ku Cari Bahagia Sendiri
JODOH Jiran Depan Rumah, Rombongan Meminang Hanya Jalan 5 Langkah
Meraung Hingga Keletihan Atas Pelamin
Melihat keadaan pengantin perempuan itu, individu dipercayai ahli keluarga segera membawa lelaki itu turun dari pelamin.
Berdasarkan video tular itu, pengantin perempuan terus menjerit-jerit sebelum keletihan di atas pelamin.
Dalam pada itu, Dayat berkata, dia menerima undangan daripada kedua-dua mempelai untuk hadir ke majlis itu.
“Saya hadir kerana undangan…saya hargai. Saya datang bersama keluarga pengantin perempuan,” katanya.
Bekas Kekasih Berniat Baik
Menurutnya, dia tidak berniat untuk menimbulkan pergaduhan dan hanya ingin mengucapkan tahniah kepada pengantin baru.
“Niat saya baik datang ke majlis itu. Saya sanggup datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur untuk melihat mereka gembira.
“Saya juga gembira dan bahagia,” katanya.
MW: Semoga apa yang berlaku ini tidak menjejaskan hubungan pengantin baru. Harapnya apa yang berlaku hanyalah sekadar salah faham dan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI