Keguguran kandungan sulung, Rafidah Ibrahim sedih namun reda. Begitulah berita sedih yang dikongsikan oleh pelakon ini menerusi akaun Instagramnya. Rafidah juga memaklumkan bahawa dia mengakui berasa amat sedih, namun reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Perkhabaran duka tersebut sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat Rafidah dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib.
Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda
“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.
“Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.
“Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.
Sesuatu (Berbentuk Pejal) Telah Keluar
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat.
“Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku, pada hari yg sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yg ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran.
“Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah S.W.T itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.
Ads
Bersyukur Nikmat Kegembiraan Yang Dipinjamkan Sementara
“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yg dipinjamkan sementara itu.
“Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.
“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh.
“Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yang sedang menghadapi ujian yang dilalui dengan sabar,” kongsi Rafidah.
Bertuahnya menjadi ibu kepada Uwais Al Qarni.Nama anaknya ini disebut-sebut oleh nabi, lelaki berasal dari Yaman yang soleh, baik berbakti pada ibunya, mustajab doanya serta yang dicari-cari oleh para sahabat.
Uwais Al Qarni, satu nama yang cukup sinonim dengan sikapnya yang sangat mentaati ibunya.Dalam keadaan dirinya yang mempunyai penyakit sopak, hatinya sempurna memuliakan seorang ibu.Beliaulah hamba Allah yang dikatakan tidak dikenali di bumi akan tetapi cukup masyhur dalam kalangan penduduk langit.
Satu nama yang menggetarkan hati kerana membaca kisah betapa taatnya beliau kepada ibunya, yang ramai anak-anak kini tak mampu lakukan untuk berbakti sebegitu.
Kisahnya menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa taat berbakti pada ibu dan berusaha menggembirakan hatinya walau sukar bagaimanapun keaadaannya.
Pikul Ibu Beratus Kilometer
Kisah pemuda soleh Uwais Al Qarni ini yang menjadi sebutan, apabila dia sanggup menggendong ibunya yang lumpuh beratus kilometer, demi menunaikan hasrat ibunya untuk mengerjakan haji di tanah suci.
Memandangkan dirinya miskin dan tidak berkemampuan untuk membeli unta sebagai pengangkutan ke tanah suci, Uwais telah membeli seekor anak lembu dan menggendongnya setiap hari turun naik bukit selama hampir 6 bulan.Sehingga beliau dianggap kurang waras atau gila oleh orang ramai ketika itu.
Sebenarnya Uwais melakukan sedemikian kerana cinta dan sayang pada ibunya yang terlalu mendalam. Ia sebagai persediaan membina kekuatan fizikal dirinya, berbekalkan tulang empat kerat untuk menggendong ibunya ke tanah suci kelak bila tiba musim haji.
Cinta Pada Ibu
Beliau juga sempat hidup pada zaman Baginda, namun beliau tidak tergolong dalam kalangan sahabat kerana tidak sempat bertemu dengan Rasulullah semasa hayatnya.
Juga kerana cintanya kepada ibunya, beliau sudahpun tiba di rumah Rasulullah untuk bertemu Baginda, namun kerana pada ketika itu Rasulullah tiada, beliau terpaksa pulang kerana memikirkan ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.
Beliau merupakan insan yang tidak dikenali pada ketika itu, namun kerana dirinya yang sangat teguh berbakti kepada ibunya maka Allah telah mengangkat darjatnya sehingga menjadi sebutan penduduk langit.
Jadi buat mak-mak, berdoalah kita agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah memiliki akhlak yang terpuji dan mulia sebaik Uwais Al Qarni.Taat berbakti dan berusaha membahagiakan hati ibunya walau dalam keadaan yang sukar. Amin
Kontroversi rumah tangga Intan Saleh, 33, dengan bekas suaminya, Ude Wahid cukup mengundang kemarahan netizen. Apatah lagi berlaku disebabkan hati berubah. Namun siapa sangka, walaupun Intan tidak lagi bersuami kini dia semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.
Terkini menerusi entri di laman Instragram miliknya, Intan meluahkan sedikit kata-kata buat ayahnya sempena Hari Bapa.
Ucapan Intan Saleh Buat Ayah
My hero?…
Abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang. Abah jenis pendiam. Kami adik beradik pun tak penah tahu apa isi hati abah. Abah tak banyak cakap. Tapi kami tahu apa abah rasa.
Jahat buruk abah kami, nak cakap ape cakap la. Abah tetap pelindung kami walau tak tunjuk. Memang kami adik beradik penah cakap. Kami adik beradik semua perempuan. Kalau apa terjadi kami pulang ke tempat asal kami. Kami anak felda. Orang kampung. Abah cakap selagi ada daya abah jaga kami.
Terima kasih abah. (adik rindu mak)
SELAMAT HARI BAPA, SALEH B ABU.
Abah Kekuatan Buat Intan
Sebagai ibu tunggal, mungkin kadang emosinya berombak apabila melihat karenah anak-anak. Nak menjawab semua soalan ‘pelik’ anak-anak memang tak mudah. Namun ibu anak dua ini tetap kuat demi anak-anak malah dia dia bersyukur kerana masih mempunyai ayahnya di sisi.
Beginilah gayanya payah benar anak-anak nak bergambar. Tak ada yang sempurna.
1st time beraya sebagai ibu tunggal. Moga terus kuat tabah dan penuh kesabaran layan aish dan dekmok. Aish cakap kat bonda:
“Bonda tak happykan aish..
Bonda terus krik krikk.
Adoii anak… Mane dapat ayat tu.”
Sungguh kuat hati seorang ibu, walau kadang jatuh terduduk namun semangatnya untuk besarkan anak-anak dengan mencari rezeki yang halal tak pernah putus. Sebelum ini, wanita yang semakin dikenali dengan sapaan Bonda Intan itu pada awal Mac lalu telah dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha.
Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bergelar suami, janganlah mensia-siakan isteri yang dahulu sanggup sehidup semati, sanggup redah onak dan duri. Sekali bila sudah menjadi hak milik, suami boleh lakukan apa sahaja hingga lupa apa yang dijanjikan sebelum ini. Jangan begitu.
Ada juga suami yang mula berubah bila merasakan isteri sudah menjadi haknya seratus peratus. Mulalah tunjuk belangnya yang dulu tak pernah naik tangan dan bercakap kasar. Kini, sudah mula bertindak sedemikian.
Sebenarnya, perubahan inilah yang membuatkan isteri mula tawar hati. Isteri bertahan sebab semuanya kerana anak-anak. Bayangkan, kalau isteri tidak kisah dengan semua ini, mahunya dah lama ada kes-kes penceraian. Jangan terkejut ye!.
Apa pun, sebagai seorang suami, janganlah sia-siakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada isteri. Kena ingat, bila isteri mula tawar hati, sayang sudah tiada, yang ada hanyalah sebuah tanggungjawab sahaja.
1) Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri. Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
2) Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga. Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
3) Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri. Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
4) Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi.
Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.
Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.
MW: Sebab itulah, jangan sesekali buat isteri tawar hati. Sayang dan kasihnya akan terus dibawa pergi, yang tinggal hanyalah tanggungjawab.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...