Kadang-kadang kita terfikir kenapa rezeki susah nak masuk dan setiap bulan habis begitu saja. Hinggakan tidak tahu, ke mana duit gaji digunakan.
Orang cakap, bila sudah berkahwin, adalah rezeki untuk pasangan. Bukan hnya dengan diberikan duit yang berlipat ganda tetapi dari segala bentuk. Namun, ada juga pasangan yang merasakan kehidupan berumah tangga sekadar cukup makan semata-mata.
Sampaikan kita tertanya-tanya, apakah puncay nag menyebabkan rezeki dalam rumah tangga susah nak masuk. Ada saja yang perl dilangsaikan atau digunakan kepada perkara yang kita sendiri tidak tahu.
Dalam menentukan rezeki mahal, murah mahu pun susah nak mask, suami isteri kena lihat pada diri sendiri. Tanggungjawab pada pasangan atau ada sebab lain yang menyebabkan rezeki susah nak datang dekat.
Kupasan daripada Firdaus Mokhtar boleh dijadikan panduan dan ingatan buat pasangan suami isteri di luar sana. Nak rezeki laju dan datang dekat cuba jauhi daripada perkara-perkara ini.
Mungkin sebab inilah menjadi punca rezeki susah nak masuk dalam rumah tangga yang dibina.
Bila bercerita tentang cara untuk rezeki murah rezeki dalam rumah tangga, kadang-kita dah lakukan pelbagai perkara tapi bila kita buat, tak jadi juga.
Rupanya dalam kita amalkan tip kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.
1. Lupa Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Kawan-kawan, mak ayah ini sumber keberkatan hidup kita terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada satu dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.
2. Kedekut
Bila berceirta tentang kedekut, ia boleh boleh jadi dalam macam-macam keadaan terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.
3. Putus Silaturrahim Dengan Adik-beradik
Kadang-kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?
Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah, sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.
Ads
Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?
4. Pengotor
Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan juga mengundang syahwat yang haram.
Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.
5. Solat Bersahaja Atau Ala Kadar
Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Ads
Kawan-kawan yang baik,
Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.
Maka, hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.
Sekian.
Memburu berkat.
MW: Jangan takut untuk hulurkan duit pada mak ayah. Sebab yang sedikti itulah boleh jadi berkat dan rezeki senang nak dekat. Percayalah.
Terima seadanya. Kalau itu sudah ditakdirkan diberi anugerah anak istimewa, terimalah dengan syukur dan anggap ini adalah rezeki olehNya.
Mungkin dalam hati pasti terdetik kenapa kita yang dipilihNya untuk terima dugaan ini, dianugerahkan anak istimewa. Hanya DIA saja yang tahu dan terima seadanya. Rezeki terbaik dan terindah.
Inilah rezeki yang diberikan oleh pasangan ini apabila dikurniakan anak istimewa yang mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit sejak dilahirkan serta diabetes tahap 1.
Bagi pasangan, Farhah Izlin Abd Rahman, 26, dan suami, Suhail Zufairi Mohamad, 26 tahun, sekelumit pun tiada perasaan malu untuk terima kehadiran anak yang dilahirkan cukup istimewa ini.
Inilah permata hati pasangan ini. Seperti kanak-kanak lain, Nur Safiyyah Suhail Zufairi comel dan keletahnya menghiburkan walau dilahirkan dengan masalah sumbing bibir dan lelangit.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu juga menghidap tiroid dan diabetes tahap satu. Tolak ke tepi perasaan malu dan terima kekurangan anak tunggalnya ini.
Menurut Farhah Izlin yang berasal dari Pendang, Kedah ini, dia, suami dan seluruh keluarga terima dengan baik keadaan Nur Safiyyah selepas dapat tahu hasil ujian sampel yang dihantar ke Amerika Syarikat (AS).
“Selepas bersalin, baru saya tahu jadi begitu dan sebagai ibu, saya terima saja keadaannya walau macam mana sekalipun,” katanya.
Aktif & Ligat
Farhah Izlin berkata, walaupun ada penyakit, Nur Safiyyah tetap ligat dan aktif bermain, cuma rutin Nur Safiyyah tidak seperti kanak-kanak seusianya.
Katanya, anak istimewa itu perlu dipantau dan perlu mengambil suntikan insulin empat kali sehari bagi mengawal paras gula dalam badan.
.
“Buat masa ini Nur Safiyyah masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
“Sumbing bibir dan lelangitnya boleh dibaiki menerusi pembedahan, namun ia tidak dapat dijalankan buat masa ini kerana dia (Nur Safiyyah) ada masalah diabetes.
“Jadi, kena tangguhkan dulu pembedahan itu dan jaga Nur Safiyyah mengikut rutin seperti yang disyorkan doktor,” katanya.
Malah, tidak dinafikan, kisah Nur Safiyyah ini mendapat perhatian warga TikTok.
“Alhamdulillah, ramai mendoakan anak saya tetapi ada juga yang negatif mengata anak jadi begitu kerana suami merokok.
“Saya terima saja komen mereka dengan lapang dada. Tidak mahu terlalu memikirkannya kerana kami sudah lali dengan pandangan pelik segelintir masyarakat setiap kali bawa keluar Nur Safiyyah,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak istimewa ini. Pedulikan apa yang orang kata, Nur Safiyyah sangat istimewa.
Semua orang anak mak, tak kiralah suami atau isteri. Namun setelah mendirikan rumah apa kata cuba hidup dengan cara sendiri, berdikari dan jangan terlalu harapkan mak.
Sebaiknya bila sudah kahwin, cuba dapatkan pula pandangan isteri, cukuplah bergantung dengan mak selama ini. Bertindak matang kerana setelah bernikah, mak ayah sudah punyai keluarga sendiri.
Kita kan sudah ada isteri… Wanita kedua yang hadir dalam hidup kita selepas mak kita…
Takkan apa saja keputusan atau pilihan yang kita nak buat itu tak boleh tanya pada isteri kita?
Isteri tak tahu apa yang terbaikuntuk kita?
Isteri tak faham kita?
Pandangan Isteri, Cukuplah Bergantung Dengan Mak
Sekali-sekala, buatlah keputusan sendiri… Sendiri lebih tahu apa yang sendiri hendak… Sudah besar, sudah dewasa dan sudah matang…
Tunjukkan dekat mak yang kita pun tahu apa yang terbaik
Untuk kehidupan kita, rumah tangga kita… Kita boleh jaga kehidupan dan rumah tangga kita sendiri…
Bukan sikit-sikit mak, sikit-sikit mak…
MW: Jadilah suami yang matang, percayalah hubungan mak dan anak tidak akan terputus biar pun kita banyak membuat keputusan sendiri dalam rumah tangga yang telah dibina. Sebagai suami jadilah lelaki yang bijak untuk mengawal emosi sendiri, isteri dan juga mak.
Sedihnya rasa hati bila mana apa saja yang dibuat tetap menjadi buah mulut orang lain. Ada saja tak kena di mata, walhal sudah sehabis baik anda lakukan yang terbaik.
Dibanding-bandingkan pula dengan yang lain. Makin lelah lah perasaan. Ibu ini, Syahirah Omar juga pernah mengalaminya. Sejak kecil sudah dibanding-bandingkan. Biar pun diri punya kelebihan, tetap kekurangan juga yang orang nampak.
Dan ini pesannya, pada sesiapa yang berdepan situasi seumpama.
Serba Tak Kena Dipandangan Orang
Saya ingat lagi.
Waktu saya kecil, saya selalu dibandingkan. Saya ada kelebihan diri saya, tapi orang tetap nampak kekurangan saya. Saya tak pandai itu, tak pandai ini. Orang cuma nampak apa yang saya tak ada.
Bila saya dah ada anak,
Pun begitu juga. Saya lahirkan anak secara C-section, orang cakap sebab saya banyak dosa. Bersalin secara normal barulah terhapus segala dosa. Bersalin secara normal lagi sakit, semuanya serba tak kena.
Bila tak berjaya susukan anak, orang cakap itu ini juga.Membazir saja beli susu mahal. Sedangkan saya sudah cukup berusaha, cuma rezeki anak saya minum susu formula saja.
Alhamdulillah. Bila saya jadi surirumah,
Orang bercakap saya tak ada apa-apa fungsi dalam rumahtangga. Duduk rumah, goyang kaki. Menghabiskan duit saja. Tak ada apa yang nak dibanggakan.
Bila duduk rumah sebab jaga anak istimewa,
Orang cuma nampak saya seorang yang kera sumbang. Tak pandai bergaul. Sedangkan bila saya bawa anak ke rumah orang, orang pula tak senang duduk tengok anak saya. Anak saya banyak kurangnya dimata mereka. Ada saja dibandingkan itu ini dengan anak mereka. Jadi lebih baik saya menyendiri saja.
Dah tua begini,
Saya sedar satu perkara. Orang tetap akan bercakap dan mencari silap kita. Pandangan mereka samalah seperti seekor lalat. Terbang sana sini akhirnya tempat yang busuk juga yang dicari.
Jadi saya belajar kecilkan circle saya. Saya tak peduli lagi orang lain yang tak menghargai dan bercakap buruk tentang saya.
Saya hidup dengan mereka yang benar-benar terima diri saya dan menyokong saya sepenuhnya. Jika saya salah, mereka menasihati saya. Jika saya menangis, mereka ada tenangkan saya.
Dan jika tak ada satu makhluk pun yang memahami saya, Allah tetap ada dan sekalipun tidak pernah tinggalkan saya. Yang jauh dari Allah itu cuma diri saya.
Benarlah kata-kata Syeikh Thanhwowi, Grand Syeikh Al Azhar Asy Syarif.
1.Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita. 2.Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. 3.Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita. 4.Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian. 5.Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri.
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing-masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain.
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tergapai.
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai.
Mingguan Wanita : Setiap orang itu baik rezekinya, kehidupannya takkan sama dengan orang lain. Tidak adil jika disamakan malah dibanding-bandingkan.
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...