Memang beruntung bila suka berbudi pada tanah dan bercucuk tanam ni. Malah lebih puas hati apabila tanaman yang disemai mengeluarkan hasil. Namun lumrah tinggal di bandar, mempunyai kawasan yang terhad. Terpaksa tanam di anjung rumah, dalam pasu, kotak polistrin dan sebagainya berbanding memiliki tanah luas, yang boleh tanam macam-macam.
Jika mak-mak berhasrat untuk tanam daun kucai atau sayuran-sayuran lain boleh cuba tanam dalam kotak polistrin. Namun ada caranya tanam menggunakan medium ini. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Ramli Ahmadsebagai panduan. Ia lebih menjimatkan, tahan lama serta senang diuruskan.
CARA MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN
Kelebihan Kotak Polistrin
Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma, tahan lama, selamat, ringan dan senang diuruskan penjagaannya.
Ads
Kotak polistrin saiz besar
Di Mana Boleh Dapat?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yang masih elok dan saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.
Tebuk Lubang
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.
Potong/ Buang sedikit bahagian atas dan buat lubang.
Mengisi Media Tanaman
Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.
Ads
Siap untuk diguna. Yang bawah tu dah siap diisi media tanaman.
Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos dan baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa-apa sayuran.
Panduan ringkas paras menanam benih ubi kucai.Kucai yang dah tumbuh subur dalam kotak polistrin.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang ada kawasan terhad boleh cuba tanam kucai atau sayur-sayuran lain dalam bekas polistrin ini.Lebih mudah, jimat dan senang untuk diuruskan nanti. Ikut tip yang dikongsikan ini.
Pewangi rumah semulajadi atau potpourri dari buah oren dan gabungan bunga cengkih ini mudah saja nak buatnya. Menariknya sebab boleh tahan sehingga sebulan.
Cikgu Nida berkongsi panduan cara membuatnya bagi bau semerbak mewangikan rumah. Sekaligus cantik nak cantikkan potpourri semulajadi ini.
Kongsinya,
Dapur, tandas atau rumah berbau? Atau inginkan aroma semulajadi mengharumi rumah? Sesekali terbau macam dok dalam rumah kayu tepi hutan gitu.
Again,sekali jatuh cinta dengan baunya,mokcik terus setia. Mokcik dengan cinta kan tak boleh dipisahkan. Potpourri dari bahan alami semulajadi.
Cara Buat Pewangi Rumah Semulajadi
Bahan dan caranya mudah saja:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi sate
Untuk buah oren tu,korang jangan pi beli Sunkist lima nam hengget sebiji tu. Tu untuk makan, boleh makan dengan kulit sekali sebab mahai. Hat tu manis yakmat macam mokcik.
Tapi mokcik beli yang sebungkus dalam lima nam hengget jer. Proses mokcik tunjukkan dalam gambarlah. Kang mokcik beleber kat sini korang tak faham.
Kepada yang alah atau tak sukakan bau bunga cengkih, lupakan saja. Asal jangan kau lupakan nama mokcik, sudah.
Rujuk Step Bergambar Ini
Gunakan lidi sate untuk membuat corak diingini. Cucukkan sedikit untuk membuat lubang bagi memasukkan tangkai bunga cengkih. Mokcik dah level expert. Mokcik terus je cucuk bunga cengkih tu. Tapi kalau korang nak buat macam mokcik,pastikan jari korang demuks macam jari mokcik.Cucukkan bunga cengkih ke dalam lubang tadi. Alamak mokcik lupa ambik gambar limau yang mokcik dah siap hias cucuk bunga cengkih ni.Satu dari corak yang ada. Kat atas sekali tu korang pacak batang bunga telur tu. Patahkanlah sikit batang tu. Kang tembus ke bawah tercucuk tangan kau pulak.
Kelebihannya :
Potpourri ini tahan sehingga 3 minggu – 1 bulan tanpa memburuk. Proses merempah semulajadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Awet bau ya. Bukan awet muda macam mokcik. Halah..halah..payah nak buang merepek ni.
Ni mokcik gantung kat bilik.air anak bujang. Kalau depa pi telan limau tu, saja nak kena cuci mangkuk tandas doblas bulan!
Boleh pacakkan batang kulit kayu manis juga sebagai tangkai. Baunya lagi perghh..lebih sedap dari bau ketiak ketika berpeluh menyental periuk kuali kat dapur.
Bau kesan masakan di dapur boleh dihilangkan.
Bau bilik tidur rasa tenang dengan nyalaan lampu malap-malap gitu, bukak pulak ekon. Huh.
Bau tandas paling best sebab tempat sejuk dan agak terkurung, so baunya berlegar di dalamnya sahaja.
Selalunya, ayam goreng menjadi kesukaan anak-anak. Masakan paling simple dengan hanya letak kunyit dan garam sahaja. Lembut dan juicy. Itu pun dah cukup menyelerakan buat anak dan ahli keluarga untuk menikmatinya.
Ayam goreng ni makan panas-panas memang sedap, masih lagi juicy dan lembut. Peliknya, kalau dah sejuk terus jadi keras dan membantutkan selera untuk makan.
Macam mana nak pastikan ayam goreng kekal juicy dan tidak keras walaupun dah sejuk? Ada caranya nak pastikan ayam kekal lembut, seperti perkongsian daripada Julyanapakarpes di video tiktoknya.
Siapa yang suka lipat baju. Rasa-rasanya tak semua yang suka lipat baju, tambah-tambah baju anak yang kecil. Kadang-kadang baju siap lipat, seluar pula entah ke mana. Jawabnya, lepas nie anak pakai seluar lain, baju lain.
Ini perkongsian daripada hanisah Zulkifli tentang cara nak lipat baju anak dengan mudah dan kemas. Antara perkongsiannya:
“Korang buat apa tu? Ada yang tengah melipat baju ke? hehe..sama la kita. Hari ni cuaca panah dering, baju yang basuh pagi tadi pun kering Alhamdulillah..
Ni, UmmiCha nak kongsikan cara-cara nak lipat baju anak-anak. Senang nanti tak perlu nak cari pasangan-pasangan dia. Selalunya kalau bagi abi pakaikan baju Shaza & Sara ni dia main pakai hentam je seluar lain, baju lain..kita ni ketap bibir je la kan.. “Sama jeee..”, katanya (tapi, ni dulu laaa..)
Sekarang, tiada lagi masalah baju tak matching! Cara lipat kain ni ummi terjumpa dulu kat fb jugak, tapi lupa dah siapa yang share (lama sangat dah). Thank you kepada yang share ilmu. Memang senang sangat cara-caranya. Abi pun dah terer lipat woo..hehehe.
Nak travel pun senang je nak susun baju-baju ni dalam luggage dan jimat space. Yang penting kalau Sara selongkar pun tak bersepah and tak perlu nak kena lipat balik!
.
.
.
.
. MW: mak-mak boleh cuba cara lipat baju anak nie. Senang la lepas nie, dah siap matching dah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...