Penat tak boleh diucap, tetapi inilah rutin harian isteri yang kadang boleh mengubah moodnya tanpa disangka-sangka. Bukan niat nak lepas amarah tetapi disebabkan terlalu banyak menguruskan hal rumah tangga, emosi jadi kacau dan akhirnya melepas pada keadaan tak patut.
Jadi apa yang suami boleh bantu? Haaa… ada sedikit tip daripada Ustaz Abu Hurairah Asifa untuk kaum suami bantu isteri cari jalan keluar daripada peat emosi.
Rutin Harian Isteri
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.
Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni.
Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi,
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ads
Ini tipnya…
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
Ads
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni,
Kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa.
Kita di uji dan di sakiti hari-hari.
Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Ads
Jadi, apakah jalan keluarnya?
Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia.
Sambal berkilat naik selera! Salam Ramadan hari kelima, kali ini video memasak Mingguan Wanita, ‘Mak Empal Masak Apa Hari Ini?’ pilih menu Ayam Malu-Malu Masak Merah tau!
Rasanya yang pedas, manis dan berlemak ini kegemaran seisi keluarga. Paling penting resipi ini sangat mudah cepat untuk mak-mak menyediakannya di rumah.
Sambal Berkilat Naik Selera!
Jangan buang masa, jom masak menu special untuk berbuka, super sedap! Ayam masak merah ini juga sangat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.
Bahan-Bahan
Setengah ekor ayam (digoreng)
Bahan Hirisan:
3 biji bawang merah
Bahan Untuk Dikisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit Kunyit hidup
1 batang serai
10 tangkai cili kering (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Aji (penambah rasa)
Cara Memasak :
Mulakan dengan menggoreng ayam. (ketepikan ayam telah digoreng)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan,
Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar, termasuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup. Tumiskan hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, sos cili biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam goreng, garam, serbuk perasa, bawang merah biarkan sehingga semua bahan masak dan wangi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bercerai! Bukan mudah wanita terima kenyataan, ini 10 nasihat mereka yang baru bergelar ibu tunggal. Sememangnya perceraian atau perpisahan dalam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilupakan. Apatah lagi terhadap kaum wanita. Sememangnya sesuatu yang memeritkan.
Kunci utama untuk memberikan ketenangan hati yang lari adalah bersabar. Namun kesabaran itu bukalah satu perkara yang mudah. Dan bukan semua wanita mampu bangkita semula.
Bercerai! Bukan Mudah Wanita Terima Kenyataan
Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi perkongsian di akaun Facebooknya memberikan suntikan semangat untuk wanita diluar sana terutamanya mereka yang baru bergelar ibu tunggal.
Puan Dzuriasikim sering memberi kata-kata motivasi buat wanita di luar sana.
Menurut Dzuriasikim ramai wanita, bukan mudah untuk menerima kenyataan selepas berpisah atau bercerai. Ada yang berasa malu untuk berdepan dengan keluarga dan rakan. Ada yang tidak boleh menerima kenyataan. Ada yang rasa dirinya serba kurang dan berasa kerana kekurangan diri itulah dia ditinggalkan. Ada yang tidak bersedia untuk menjawab banyak soalan yang diajukan.
“Berasa rendah diri, stress, tidak tahu bagaimana mahu bangkit semula. Ada yang anak-anaknya masih kecil, anak menangis cari ayah, sedangkan bekas suami tidak ambil kisah. Lebih malang jika wanita itu tidak mempunyai pelajaran, tiada wang simpanan, tidak mempunyai pekerjaan atau pendapatan sendiri, tidak menerima bantuan dari keluarga atau tiada tempat untuk mengadu.
“Hanya dengan sabar kita mampu menerima segala takdir dan ketentuan Ilahi. Sabar dan redha, menerima tanpa mempersoalkannya… InsyaAllah, satu hari nanti, anda pasti tersenyum kembali.
Bertenang dan baca 10 nasihat ini:
Cuba sebaik mungkin untuk lupakan kisah silam anda. Anda perlu melangkah ke hadapan. Melihat ke belakang tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Cari kekuatan diri and you need to move on ok!
Fikirkan apa cita-cita anda sebelum ini. Inilah waktu terbaik untuk anda memenuhi segala impian anda. Cari jalan dan usah sesekali putus asa. Sekiranya ramai yang memburukkan anda kerana bergelar janda, pekakkan telinga sahaja. Jika tiada teman rapat, mengadulah kepada Tuhan. Ingat Dia sentiasa ada dan kasihNya tidak pernah bersyarat. Yakin akan itu!
Cuba kawal minda anda. Letakkan masalah peribadi dalam satu “kotak” berbeza. Sentiasa senyum bila berhadapan dengan orang sekeliling terutama anak-anak. Usah sesekali menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Ini adalah sangat penting untuk membentuk minda dan emosi anak agar tidak terganggu. Mereka perlukan lebih perhatian. Seburuk atau sejahat manapun bekas pasangan anda, dia tetap ayah kepada anak-anak anda. Usah heret anak-anak ke dalam emosi. Minda anak-anak yang positif dan ceria akan mempengaruhi keperibadian serta pencapaian akademik mereka. You have to be strong ya!
Cari rakan yang positif dan boleh membina. Ianya mungkin sukar. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita serba kekurangan. Namun, circle yang positif adalah sangat penting dan membantu. Jika tiada, cuba baca buku-buku yang boleh memberikan inspirasi dan semangat. Jika tidak mampu untuk membeli buku, cuba buat carian di internet dan baca kisah kejayaan ramai wanita hebat dunia dan bagaimana mereka berjaya bangkit semula dalam hidup. Bacaan positif begini akan menjadi makanan minda yang sangat baik. Jika tidak mampu untuk membeli data, anda boleh cuba menggunakan wifi percuma yang disediakan di kebanyakan tempat awam. Sentiasa penuhi masa dengan perkara berfaedah dan elakkan dari termenung.
Jika kurang minat membaca, anda boleh lakukan apa sahaja yang boleh memberikan pulangan wang atau kebaikan. Sebagai contoh, anda boleh belajar membuat kuih, nanti boleh dijual. Atau tanam pokok, anak pokok yang disemai boleh dijual. Anda perlu kreatif atau cubalah untuk menjadi kreatif. Jika memilih untuk menanam pokok contohnya, cuba tanam pokok herba atau yang sukar diperolehi di nursery. Pasti orang akan beli! Perlu berkorban tenaga dan waktu untuk berjaya. Perlu ada kesungguhan dan semangat yang berterusan.
Semat dalam hati bahawa anda boleh berdikari dan bahagia seperti orang lain juga. Sabar sedikit. Ianya mungkin akan memakan masa. Orang yang sabar pasti akan memperoleh kemenangan. Bertahanlah. Saya yakin anda boleh!
Jika sukar meninggalkan anak untuk keluar bekerja atau mencari rezeki, usahakanlah sesuatu dari rumah sahaja. Ambil upah jahit butang baju pun tidak mengapa. Ada banyak pekerjaan yang boleh dilakukan selagi kita mahu berusaha. Upah yang diperolehi itu nanti bolehlah dibelanjakan sedikit dan simpanlah juga (walau sedikit untuk kecemasan dan untuk mengejar impian yang ada). Susah sedikit tidak mengapa… Buktikan anda boleh hidup dengan berdikari.
Usah mudah jatuh cinta pula. Belajar dari kesilapan lalu. Jika mahu bernikah lagi, pilihlah pasangan dengan lebih berhati-hati. Sebaiknya anda berikan sedikit ruang untuk diri sendiri. Tingkatkan penjagaan dan kualiti diri. Pastikan anda tampil bersih, berseri, kemas dan rapi. Utamakan kebahagiaan diri dan anak-anak (jika ada). Ingat, alam perkahwinan tidak sama dengan alam bercinta. Usah tersilap langkah untuk kali kedua. The best thing to do is self love before falling in love. Faham kan?
Pilih rakan yang membina dan berkualiti. Tersilap pilih kawan akan membinasakan masa depan nanti. Ingat, ikutkan hati …mati. Ikutkan rasa…binasa jadinya. Usah bersosial dengan teman untuk menghilangkan stress hingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. Lagipun, menghilangkan stress dengan cara begitu hanya membazir waktu dan wang serta tidak boleh membantu untuk meningkatkan diri. Anda boleh bawa anak-anak keluar. Jika tiada bajet, anda boleh beriadah di taman atau berkelah di sungai. Sediakan makanan dari rumah. Nasi putih dengan ayam goreng pun sudah cukup. Baiklah, jika ayam mahal kita boleh beli ikan. Atau buat nasi goreng pun sedap juga. Dulu saya pun tak ada wang untuk bawa anak-anak keluar ke shopping complex. Atau ke Zoo dan mana-mana tempat berbayar. Jadi saya akan bawa anak-anak ke sungai setiap hujung minggu without missed! Ada banyak lagi cara untuk tenangkan minda dan bergembira. Ia juga boleh membantu untuk divert your attention. Cubalah!
Saya suka ingatkan. Usah putus asa untuk berdoa. Jangan lupa bertahajjud. Sehina manapun kita di mata manusia, hanya Allah sahaja yang menentukan untuk menerima segala amal dan doa kita. Percayalah, tidak akan sia-sia untuk bangun pada setiap malam dan bertahajjud. Bersihkan hati. Maafkan orang sekeliling. Usah sesekali berdendam. Yakinlah dengan kekuasaanNya.
Sebagai seorang wanita kita harus sedar bahawa setelah berkahwin, suami merupakan syurga seorang isteri. Walau siapa pun suami kita, walau bagaimanapun perangainya sesungguhnya itulah yang Allah telah pilihkan sebagai jodoh buat kita.Segala ketaatan haruslah disandarkan pada suami selagi mana ia tidak bertentangan dan diluar batasan perintahNya.
Terkesan sungguh dengan bait kata-kata oleh wanita yang menggunakan nama pena Bonda Nor ini. Pesanannya cukup bersahaja, namun nasihatnya cukup bermakna buat kita para isteri yang sering alpa, agar berubah menjadi isteri yang terbaik buat suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
“Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!”
Banyakkan Minta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Jadi Asbab Kebaikan
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Redha Suami
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para isteri, sekaligus menjadikan kita isteri solehah penyejuk mata, pendamai hati yang mampu membahagiakan suami.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...