Tentunya dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, frontliner bertugas seperti polis dan ATM tetap perlu menjalankan amanahnya tidak kira pagi, petang mahupun malam. Ada frontliner berpanas di bawah terik mentari.
Malah menempuh hujan dalam lindungan khemah yang kecil. Terkesan dengan keadaan yang dihadapi barisan hadapan ini.
Ustaz Mujahidin Al-Banjari sanggup menyediakan juadah makanan untuk memberi sedikit kegembiraan kepada para petugas yang bertugas di sekitar kawasannya.
Terkini, Ustaz juga menyerahkan juadah makanan yang dimasak dan dibungkus sendiri kepada para petugas di Pusat Vaksin dekat dengan kediamannya di Melaka.
Habis je rawatan hari ini tadi dalam jam 12 tengahari, saya cakap kat wife, “Sayang pergi beli Ayam dalam 6 ke 7 ekor kita buat masak sikit.”
Terkejut isteri terus tanya nak masak apa?
Sejak kita berniaga ini kita kerap lalu Roblock Polis,tengok diorang kesian berpanas. Berdiri walaupun berganti ganti tapi lama. Berjam-jam atas jalan raya. Dengan Uniform lagi panas jangan cakap lah. Sebab pernah rasa apa yang mereka rasa.
Settle beli barang terus masak dan packing. Alhamdulillah dapat la sikit.
Hasil keuntungan dari jualan bakso dan pemberian customer-customer yang baik hati bagi lebih cas COD saya. Saya niatkan rezeki ini bagi pada frontliner-frontliner anggota polis yang bertugas di SJR berhampiran.
Ads
Ada juga pesakit order bakso untuk disedekahkan pada yang lain. Alhamdulillah saya telah jalankan amanah ye. Jika ada yang beli then dapat lebih tu,hah yang tu dari pesakit-pesakit yang niat bersedekah ye. Moga di murahkan lagi rezeki kalian semua hendaknya. Aamiin.
Buka Ruang Pada Yang Lain Jika Mahu Bersedekah Pada Frontliner Berpanas
Siapa nak buat sedekah niat nak saya masak kan area Melaka boleh beritahu saya. Insyaallah saya dan wife akan sempurnakan amanah kalian.
Habis je bungkus terus pergi ke SJR anggota polis bertugas, dapat pergi SJR Umbai, Bemban 2 tempat, Ayer Keroh dan akhir sekali SJR Batu Berendam.
Syukur Alhamdulillah dapat beri kesemuanya. Apa pun saya ucapkan terima kasih pada yang support beli bakso dan Kerabu Meggi saya.
Ads
Sekiranya ada terkurang dari saya harap di maafi.
Doakan agar kesihatan saya baik, agar dapat membantu lebih ramai lagi di luar sana dan doakan juga biz kecil saya ini terus maju ke hadapan.
Sweet sangat bila suami diam-diam buat hadiah kejutan hari jadi untuk isteri. Cerita Adnan Bin Mat Abu ini lebih istimewa lagi, bila mana bukan sekali hadiah kejutan untuk isterinya, malah kali kedua siap hadiahkan gelang emas dalam shellout.
Lagi istimewa, hidangan shellout tu dari air tangannya sendiri. Kongsi, suami ini dalam grup masakan terkenal, Masak Apa Hari Ni (MAHN), dia mendapat idea untuk menyorokkan gelang emas dalam shellout daripada anaknya.
Kejutan Pertama, Kek Dan Bunga Untuk Isteri
Pada hari lahir isterinya, di sebelah siang Adnan sudah membuat kejutan kepada isteri dengan memberi hadiah kek dan jambangan bunga ke sekolah tempat isterinya mengajar. Menerusi hantarannya di laman facebooknya, isterinya yang juga seorang guru begitu terharu dengan ‘surprise’ yang suami sediakan.
Sehingga kelihatan titisan air mata di wajah isteri. Tentu sekali isteri rasa begitu dihargai oleh suami tercinta.
“Tak sempat nak bawak Omak makan kat luar. Hari ni Abah ambil UDA kat Muar. Malam baru ada kesempatan nak masak.” – Adnan
Kejutan Kedua, Gelang Emas Dalam Shellout
Pada sebelah malam pula, sekali lagi suaminya membuat kejutan kedua. Dihadiahkan pula isteri gelang emas pasir padu.
“Malam ni Abah nak kejutkan lagi.. abah nak bagi hadiah ni kat ibu.”
Anaknya yang bernama Acu pun sama terkejut lihat hadiah gelang tangan ibu. Dari situlah timbul idea si anak agar ayah ‘letak’kan dalam shellout.
Resepi Shellout Aglio Olio Sempena Hari Lahir Isteri
Bahan mentah untuk resepi Abah kali ini.
Ketam, udang dan fish ball Abah rebus dulu. Waktu merebus, jangan isi terlalu banyak air dan jangan buang air rebusannya. Boleh masukkan ketika masak sosnya supaya sos tak terlalu pekat.
Tumis bawang putih dan bawang holland dulu baru masukkan sotong.
Bahan utama untuk perasa.
Masukkan semua bahan yang direbus dan ditambah serbuk lada hitam.
Akhir sekali masukkan lada benggala.
Kali ni tak makan dengan nasi. Makan dengan spaghetti.
TQ Acu bagi idea kat Abah. Doakan jodoh ABAH dan OMAK hingga ke Jannah… Abah sayang semua.
Suami ustazah turut tempelak lelaki dayus benarkan doktor periksa aurat isteri, bagai curah minyak ke api. Isu doktor lelaki yang menyeluk aurat isteri ketika bertarung bersalin yang dibangkitkan oleh seorang Ustazah, Siti Afifah Shabudin dua hari lalu nampaknya semakin panas membara.
Ini kerana selepas isu ini mendapat perhatian ramai isteri dan para suami yang mengatakan “rezeki” seseorang itu tidak sama kerana mereka terpaksa memilih hospital kerajaan kerana tiada pilihan berbanding mereka yang berkemampuan akan memilih hospital swasta untuk menemani isteri ketika bersalin, suami kepada Ustazah Siti Afifah turut menyelar lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyeluk kemaluan isteri saat bersalin itu tiba.
Dengan nada agak meninggi suara dari perkongsian di Tik Tok @scorpion merah, kelihatan Ustaz berkenaan membangkitkan isu ini di mana katanya, para suami mempunyai masa selama sembilan bulan untuk “mengumpul duit” dan boleh memberikan keselesaan buat isteri ketika bersalin.
Dalam video yang tular ini, kata Ustaz ini (namanya tidak dinyatakan) berkata, pagi tadi dia mendengar seorang lelaki meminta isterinya duit RM10,000 kerana ingin membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana mahu menjaga aurat selepas isu ini tular.
Dalam kenyataan di videonya, dirinya seakan menambah api dan menempelak para suami kerana gagal menyediakan wang sebagai persediaan untuk isteri bersalin.
“Hey kamu lelaki, kamu suami. Kamulah bertanggungjawab untuk sediakan wang itu. Ketika kamu bersama-sama isteri di malam pertama, adakah kamu tidak pernah berfikir akan ada anak? soalnya.
“Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki dayus kamu. Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu, sembilan bulan Allah taala beri tempoh kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin. Hanya dikenakan beberapa ringgit sahaja, kamu sanggup serahkan maruah isteri. Murahnya maruah seorang isteri.
“Sepatutnya demi maruah, demi keselesaan, kemudahan, isteri yang berjuang lahirkan anak boleh jadi hidup boleh jadi mati. Sedang berjuang. Kamu sedap-sedap saja. Malam pertama sedap, sembilan bulan itu sedap, makan sedap, hisap rokok sedap tak fikir benda tu membazir. Maruah isteri kamu nak letak di mana. Mana letak maruah isteri kamu nie, soalnya.
Ternyata kata-katanya agak pedas dan mungkin tidak dipersetujui oleh ramai orang. Memang menjaga aurat itu wajib bagi lelaki dan wanita tapi bila menyentuh bab bersalin, anatar perjuangan hidup dan mati, agama meletakkan situasi darurah di sini.
Isu mengenai doktor lelaki menyambut kelahiran pernah diulas oleh Mufti Wilayah yang juga merupakan bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli pada tahun 2018 bila mana ditanya boleh ke doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.
Dari jawapannya, Mufti ini memaklumkan, tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya.
Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat
Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).
Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:-
قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي – رحمه الله – : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة
Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.Wallahua’lam.
Semoga segala kekeliruan dapat diselesaikan dengan baik. Memberi pandangan memerlukan adab dan jangan sampai mengguris hati orang lain.
Terkini, buat bakal jemaah yang mahu melakasanakan ibadah umrah di tanah suci, perlu menanggung kos tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diperkenalkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.
Caj Tambahan Visa
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata yuran visa Kerajaan Saudi itu bukan hanya untuk jemaah Malaysia sebaliknya melibatkan jemaah seluruh dunia.
Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia adalah negara kelapan teramai mengerjakan umrah membabitkan 274,066 jemaah jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.
“Sehubungan itu, PAPUH yang mempunyai 500 syarikat pelancongan Bumiputera yang menceburi sektor umrah dan haji mahu memperjelaskan kepada jemaah mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham.
“Caj bagi visa ini adalah RM350 bersamaan SAR300 dan patut dibiayai jemaah sendiri kerana ia tidak termasuk dalam kos pakej sedia ada.
“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 September (semalam) untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Sri Razali Mohd Sham ketika sesi sidang media mengenai kenaikan harga pakej Umrah 1441 Hijrah di PAPUH, Shah Alam.
Platform E-Visa
Razali berkata, kadar bayaran visa itu diyakini tidak membebankan jemaah berbanding harga visa mengunjungi negara lain yang lebih mahal.
Susulan keputusan terbaru Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.
“Jemaah sendiri boleh menyemak kelulusan visa umrah masing-masing di laman web berkenaan. Jumlah jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah juga meningkat setiap tahun.
“Bayaran visa ini tidak akan memberi kesan terhadap harga pakej umrah musim akan datang kerana ada penurunan harga tiket kapal terbang.
“Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya pada sidang media.
Turut hadir, Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormatnya, Datuk Jefri Sulaiman.
MW: Jadi buat bakal jemaah yang mahu menunaikan umrah, mohon ambil perhatian dengan penambahan kos ini yang perlu dibiayai jemaah sendiri kerana ia tidak termasuk dalam kos pakej sedia ada.