Seorang isteri tentu sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi suami tercinta.
Apatah lagi saat ini rumah tangga pasangan ini diuji apabila suaminya sakit, sudah tentu gundah hati isteri apabila berjauhan dengan suami.
Kasih seorang isteri, sanggup tunggang motosikal tujuh jam semata-mata mahu jaga suami.
Walaupun takut menempuh perjalanan yang begitu panjang, namun kuatkan hatinya untuk bertemu suami yang jauh di mata.
Sanggup Tunggang Motosikal Tujuh Jam
“Saya sayangkan suami sebab itu saya sanggup menunggang motosikal sejauh 200 kilometer (km) dari Kampung Kemahang, Benta, Lipis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kelmarin.
“Perjalanan bermula 6.15 petang mengambil masa kira-kira tujuh jam. Perasaan takut melalui perjalanan waktu malam yang gelap kawasan hutan memang terasa namun kerana kasihkan suami saya kuatkan semangat,” kata suri rumah Rohaizan Rozama, 41.
Dia nekad berbuat demikian demi mahu menjaga suaminya, Razali Ismail, 45 yang dimasukkan ke HTAA sejak 12 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit kanser perut dan otak, tahap empat.
Menurutnya, dia terpaksa meninggalkan dua anaknya berusia empat dan lapan tahun dengan saudara di kampung.
Katanya, tanggungjawab terhadap suami yang kini bertarung nyawa dengan penyakit dihidapi perlu diberi perhatian.
Wanita itu berkata, dengan pendapatan RM500 bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedikit wang simpanan dia perlu berjimat sepanjang menunggu suami di HTAA.
Bagaimanapun, dia tidak pasti tempoh rawatan.
Berterima Kasih Pada Yang Hulurkan Bantuan
“Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih pada mereka yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan kepada saya, hanya Allah sahaja yang akan membalas keikhlasan individu berkenaan.
“Saya mengharapkan orang ramai dapat mendoakan semoga suami saya sembuh dan dapat meneruskan kehidupan yang sempurna,” katanya yang menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Kemahang, Lipis.
Ads
Beliau berkata demikian selepas menerima bantuan segera daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitumal Dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, di sini semalam.
Rohaizan berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MUIP yang begitu prihatin dengan segera memberi bantuan kepadanya bagi meringankan beban dia sekeluarga yang dalam kesusahan.
MUIP Berikan Bantuan
Sementara itu, Asmadi berkata, MUIP akan memberi bantuan bulanan RM500 kepada Razali iaitu suami Rohaizan.
Kita juga akan menyediakan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM200 sebulan bagi meringankan beban keluarga terbabit yang kini bergantung sepenuhnya pada bantuan diterima.
“Saya berharap bantuan yang diberikan MUIP memberi sinar baharu kepada keluarga asnaf terbabit terutama selepas ketua keluarga mereka mengalami masalah kesihatan serius,” katanya.
MW: Pihak kami mendoakan suami kepada Puan Rohaizan Rozama cepat sihat dan pulih seperti sediakala. Demi kasih dan sayang kepada suami, isteri ini sanggup korbankan jiwa, raga.
Jangan mengukur kebahagiaan pasangan suami isteri kerana mereka mempunyai kekayaan harta benda. Sebab mereka tang banyak itu, belum tentu bahagia. Begitu juga bagi pasangan yang kurang berkemampuan, belum tentu dapat memberi kebahagiaan. Jadi apa yang diinginkan dalam hidup suami isteri.
Ingat, suami diuji bila memiliki kekayaan dan isteri diuji bila pasangan belum mempunyai apa-apa. Malah, rata-rata pasangan sebolehnya ingin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Apatah lagi, hati seorang isteri.
Perkongsian daripada Isma Addi Jumbri tentang apa luahan yang diinginkan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
SUAMI
*******
1. Tak kisah jika suami kurang kaya berharta, yang penting hidupmu bahagia dan tidak derita.
2. Tak kisah jika suami tidak berpangkat tinggi, yang penting semua nafkah dia sediakan dan bagi.
3. Tak kisah jika suami tidak bergaji menteri, yang penting rezeki buat keluarga dia rajin mencari.
4. Tak kisah jika gaji suami tidaklah mewah, yang penting dia rajin bekerja walaupun bermula dari bawah.
5. Tak kisah jika suami tidak berkereta hebat, yang penting nafkah keluarga dia beri dan duit isteri dia tak rembat.
6. Tak kisah jika suami bukan guru atau pensyarah, yang penting dia baik hati dan tak marah-marah.
7. Tak kisah jika suami tidak tinggi lampai, yang penting keluarga dijaga baik dan tidak dibiar hidup terkapai-kapai.
8. Tak kisah jika suami hanya kerja ‘security’ atau jaga, yang penting dia beriman dan pimpin keluarga menuju ke syurga.
9. Tak kisah jika perut suami sedikit boroi atau sarat, yang penting dia jujur dan pimpin keluarga menuju akhirat.
MW: Adakah semua di atas itu yang diharapkan oleh seorang isteri?
Sesungguhnya ada mentua dan ipar duai yang baik itu juga merupakan satu bentuk rezeki yang perlu disyukuri. Terdapat banyak kes tekanan dan masalah dalam perkahwinan apabila, keluarga mentua banyak campur tangan dalam rumahtangga , malah ipar duai jenis parasit, menumpang senang serta sering mengadu domba.
Perkongsian kisah benar yang dikongsikan oleh Puan Suhada Samsor ini sungguh menghiris hati. Betapa ia adalah diantara realiti yang sering berlaku dalam kekeluargaan masyarakat kita.
Berikut perkongsian tersebut, semoga dijadikan iktibar;
Lepas saya grad, saya terus ditawarkan kerja dengan sebuah syarikat perbankan di ibu negara.Tugas saya jaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic dan buat reschedule sekiranya mereka tak mampu untuk bayar bulan-bulan mengikut perjanjian asal.Samada kurangkan instalment atau panjang kan tenure (which is ini offer yang mengarut).
Seorang lelaki hamba Allah ni duduk di Kedah, dan saya terima panggilan dari beliau setelah saya tinggalkan contact number kepada keluarga mertuanya.Mereka duduk serumah.
Isu Bersama Mertua
Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia.Tapi saya tetap ikut rules bank dengan tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada third parties dan kalau dia komplen, saya boleh didakwa dan selamanya blacklist untuk kerja dengan mana-mana company.
Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua.
Kemudian dia diam.
Lebih kurang 5 minit.Saya panggil dia dgn nada bersahaja “Encik ok?”
Then he cried out loud macam orang giler! Sampaikan dia bercakap sambil menangis tapi saya tak paham apa dia cakap sebab sedu tu lebih kuat dari butir bicara dia.
Rumah Tunggu Dilelong
Kemudian saya tenangkan dia, saya minta maaf kerana tinggalkan no telefon pada ayah mertua dia , namun untuk memalukan, itu bukanlah motif saya selaku pegawai bertugas.
Hanya kerana saya dah cuba telefon dia banyak kali, tapi tak berangkat dan rumah dia menunggu masa untuk auction (dilelong).
Gambar Hiasan
Kemudian selama seminggu saya follow up kes dia, bantu dia untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaan dia menanggung segalanya untuk isi rumah termasuk 3 orang anak yang masih kecil.
Dia masih bekerja di company swasta, gaji bersih sebulan RM3200.Kalau kita orang takde masalah, kita fikir jumlah itu banyak, tapi kita tak tahu periuk nasi orang.Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampai kan rumah sendiri dia tak terbayar.
Mertua, Ipar Duai Parasit
Isu dia – mertua kuat masuk campur hal rumahtangga, plus ipar duai parasit !
Dia teramat sayang isteri dia, sampai kan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia call bagitahu ayah dia tak sihat. Takde sape jaga.
Kebetulan isteri dia anak sulung, maka dia izinkan isteri untuk pindah walaupun dia tak setuju sebab dia lelaki.Ada 3 orang ipar duduk serumah dalam rumah mertua dia. 2 dah kahwin beranak pinak, sorang kutu berahak kaki cautut.
3 4 bulan berlalu, ipar yang duduk serumah tadi mintak nak duduk rumah lelaki ni, dengan kadar sewaan RM300 sebulan. Sedangkan instalment rumah RM720 per bulan.Jadi baki, lelaki ni tokok kan. Sebab taknak sangkut payment dengan bank.
1 bulan je bayar sewa. Lepas tu ipar dia terus diam buat tak tahu. Acapkali bank call, lelaki ni serabut sebab takde payment masuk dalam akaun dia sebanyak RM300 (kadar sewa si ipar yang perlu bayar). Sampai bergaduh, halau keluar, panggil polis, tapi bila mertua masuk campur, segalanya jadi berantakan. Lelaki ni dituduh tak berguna, berkira, dan hampir-hampir dia bercerai dengan isteri sebab isu ni.
Macam mana saya tahu semua cerita ni ? Customer tak boleh bullshit saya. Saya tak boleh terima cerita tanpa bukti. Kalau dia nak saya tolong dia, dia jangan memandai-mandai dengan saya.
Segala report polis, whatsapp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia dia forward pada saya.Kesian.
Tanggung Keluarga Mentua
Kesian giler saya tengok dia. Sebab living kos rumah mertua pun dia 100% dia support. Termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati macam mak bapak mereka dia punya.
Dia tak mampu lepaskan isteri sebab anak-anak masih kecil. Bila ajak isteri keluar, bermula drama mertua sakit la dan sebagainya. So bila saya call mertua dia, dia naik angin sebab dia memang severe tension dengan mertua dan ipar duai.
Sebulan saya fight kes dia, buat paper work untuk bantu dia tapi tak lulus sebab rumah tu baru setahun lebih beli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi.
Setiap Hari Hubungi Minta Pengurangan Bayaran
Sebulan jugak saya tak tidur malam memikirkan macam mana saya nak bantu dia.Dia hampir setiap hari call saya, tanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah dia.
Sampai saya dapat arahan dari big boss, rumah dia kalau nak lepas dari auction, dia kena settle habis termasuk kos-kos legal berjumlah RM7K lebih.
Saya perlu profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control.
The day saya call dia, dia banyak berdiam. Saya terangkan dengan jelas tapi saya tak dapat respond dari dia.Yang saya boleh baca masa tu, saya tahu dia terduduk. Difahamkan kereta dia pun dah ditarik.
Meninggal Bunuh Diri
Hati saya dup dap dup dap.Saya memang menanti dia call saya dan membawa khabar baik.Tapi 3 hari kemudian saya menggigil pegang ganggang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal.
Saya minta isteri dia fax pada saya surat kematian untuk bantu selesaikan insurans.
Alangkah terkejut dan saya menangis bila dalam surat kematian, bila tengok kolum punca kematian ditulis;
“Hang”
Gantung diri. Beliau bunuh diri.
Saya follow up kes ni pada isteri dia, dan saya cakap pihak insurans consider punca kematian invalid untuk claim insurans.
Minta Tukar Nama Rumah
Next days, pak mertua arwah call, tanya boleh tak rumah tu tukar nama atas nama anak jantan dia, saya tutuh habis-habis org tua tu dengan cara paling sopan “ambik rumah orang pakcik tak boleh main ambik gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang. Kalau isteri arwah mintak rumah tu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula. Ni arwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apetah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye”
Dari kisah ni, kita tak tahu level mana tertekannya si arwah sampai dia menggantung diri.Kita tak berada kt tempat dia , tak boleh simply letak sebarang pertuduhan especially bab agama.
Arwah sayang sangat isteri dia sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah tu untuk isteri dia, bila dia dah takde ada la tempat anak-anak isteri berteduh.
Tak Berbaloi Lukakan Hati & Jiwa Sendiri
Dan awak yang ada isu dengan mertua dan ipar duai, not worthy melukakan hati dan jiwa sendiri. If u can’t stand anymore, lari! Lari dari situasi.
Isu dengan mertua dan ipar duai ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak, But 1st come 1st, bebaskan diri dari tekanan dulu, then cari solutions.
Bumi ini luas.Jangan pilih cara menekan jiwa.
First, saya tak ajar orang jadi kurang ajar dengan mertua dan ipar duai.Second, i dont give a damn kalau orang pikir saya ni ajak orang lain bukak aib.My attention adalah bermula dari sejarah ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat semua, jadilah ayah dan mak mentua yang memudahkan anak menantu. Malah bagi ipar dua duai mahupun biras pula janganlah menjadi parasit menumpang senang pada orang lain.
Tahun ini Syawal rakyat Malaysia istimewa, sebab solat sunat Aidilfitri akan dilakukan di rumah masing-masing. Tak lengkap solat sunat Aildilfitri tanpa membaca teks khutbah Raya.
Ustaz Khairul Anuar Basri mudahkan imam interim untuk laksanakan khutbah Adilfitri di rumah masing-masing. Disertakan ini teks khutbah paling basic untuk dibacakan. Bagaimana pun kena ada 5 rukun asas yang mesti dibaca dalam Bahasa Arab.
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol *
Khutbah pertama.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.
Khutbah kedua.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
* Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat”
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...