Sumber Foto : Instagram Mas Idayu

“Kami masing-masing faham isi hati” 15 tahun jadi ibu tunggal akhirnya Mas Idayu bertemu jodoh. Tahniah diucapkan buat penyanyi senior popular Mas Idayu yang bakal mengakhiri zaman sebagai ibu tunggal dengan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa, pada September depan.

Dirinya juga bagaikan tidak sangka bakal berkahwin sekali lagi, namun takdir ALLAH mengubah segalanya.

“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati”

Pemilik nama sebenar Mas Idayu Mesnun, 50, seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menerangkan hubungan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu walaupun sudah saling mengenali ketika bekerjasama menerusi program Mentor 3 pada 2008.

“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini (pernikahan) sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.

“Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan boleh menerima saya serta anak seadanya.

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Daripada sekadar hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita tahun lepas, terus membawa kepada hubungan yang serius,” kongsi Mas Idayu.

Gembira Dipertemukan Dengan Lelaki Yang Boleh Menjaga Dirinya & Anak

“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Ads

Mas Idayu juga menyatakan dia berasa gembira bukan kerana hendak berkahwin namun dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga dirinya dan anak.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tetapi lebih kepada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya dan anak nanti.

“Kalau bercakap soal persiapan, sekarang ini baru 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja,” sambungnya.

“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

“Alhamdulillah Akhirnya Bersatu” 

Menerusi ruangan komen ramai rakan artis memberi reaksi positif dan mengucapkan tahniah buat Mas Idayu.

Ads

“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

Menarik Lagi : 

Farah Lee Inspirasi Ibu Tunggal, Genggam Master Di UK “Kemudahan, Keberkatan Hidup Dari Doa Mama”

“Kahwin Muda, Gagal Bawa Balik Ijazah.” 10 Tahun Ibu Rose Ambil Masa Mengubah Diri

Mingguan Wanita : Tahniah Mas Idayu, semoga segala yang dirancang akan dipermudahkan.

Ads

Sumber Foto : Instagram Mas Idayu

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Kena bijak pilih baju ikut saiz badan.

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI