Kalau bercerita pasal kerja rumah, memang tak akan habis. Tambah-tambah bila semua urusan rumah dilakukan sepenuhnya oleh isteri. Ada suami yang langsung tak tolong isteri, sedangkan isteri sama-sama bekerja untuk ringankan beban suami.

Mungkin kalau dibandingkan dengan orang dulu-dulu, isteri tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi, tidaklah timbul isu suami tak tolong isteri. Ini kerana hanya suami yang mencari rezeki di luar. Tapi dengan keadan sekarang ini, nak tak nak isteri turut bekerja untuk membantu suami.

Jadi, buat suami jangan sesekali berkira nak tolong isteri. Kalau tak tolong, boleh saja, dapatkan pembantu rumah. Tapi kalau tak mampu kenalah sama-sama membantu uruskan kerja rumah.

Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar ada benarnya. Hidup berumah tangga jangan harapkan pada isteri saja, suami tak perlu malu atau berat tulang nak tolong isteri, barulah rumah tangga bahagia.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Tolong Buat Kerja Rumah Bukan Sebab ‘TAKUT BINI’ Tapi Kongsi Rasa Tanggungjawab

Bagi Anak PELUANG Rasa TANGGUNGJAWAB Buat Kerja Rumah, BUKAN Biar Mak Buat Semua!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tolong Isteri, Solusi Sebuah Rumahtangga

Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutama suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.

Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak.

Ads

Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.

Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang pada ayah dia, pujuk-pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.

Selalu jadikan?

Jangan Serah Semuanya Pada Isteri

Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.

Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.

Ads

Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.

Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri.
Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.

Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.

Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.

Hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.

Ads

Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.

Begitulah.

MW: Hidup berumahtangga, jangan harapkan isteri semua uruskan dan jangan anggap kita ‘raja’ dalam rumahtangga. Sebab isteri pun tolong pasangan untuk ringankan kewangan suami. Tolonglah mana yang patut.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI