“Ibulah pemberi semangat dalam diri saya”. Inilah yang selalu disematkan dalam diri wanita yang cukup dikenali dengan penampilannya yang ranggi dan periang.
Siapa tidak kenal dengan Cikgu Zack Kirana atau nama sebenar Saliza Ibrahim, 35 tahun, banyak berkongsi penggunaan bahasa melayu dan ejaan yang betul dalam media sosial.
Rupanya, dia adalah salah seorang tutor bahasa Melayu di MC Plus, sebuah pusat tuisyen terbesar di Malaysia.

Walaupun penampilannya mungkin mendapat kritikan dan dikecam, sementelah dia sebagai guru bahasa. Namun, semua ini diambil iktibar, cuba untuk sesuaikan diri dan ubah apa yang termampu.

Apabila dikritik mahu pun di kecam netizen, ia langsung tidak mematahkan semangatnya. Malah, orang yang selalu membuatkan bila bangkit dan memberi motivasi pada diri adalah ibunya.

“Saya selalu ingatkan diri saya jika sedih, lihatlah ibu saya. Cabaran dan dugaan hidupnya jauh lebih hebat daripada saya, jadi kenapa saya perlu terus mengalah atau melayan perasaan lemah. Jadi, kalau saya sedih, saya hanya akan bersedih untuk sehari sahaja. Kemudian, semangat ibu saya kembali dalam diri,” katanya.

Baca Menarik Lagi Tentang AURA WANITA : Ulas Pendekatan Saintifik Cara Mudah, ChM Dr Fatimah Berharap Lebih Ramai Masyarakat Celik Ilmu Sains

Kak Yatie Kongsi Resipi Yang Senang Faham, Mudah Orang Ikut.” Memang Tiada Rahsia

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Ibu Pemberi Semangat

Sebenarnya, selain daripada ibu sebagai pemberi semangat dan motivasi pada dirinya, masih ada lagi orang yang penting dalam menyokong minat dan pilihannya dalam karier ini. Tak lain tak bukan adalah keluarganya sendiri.

“Saya datang daripada keluarga besar dan kelapan daripada 12 orang adik-beradik. Mak ayah saya adalah orang yang sangat menyokong minat dan pilihan anak-anak asalkan ada nilai baik.

“Ilmu akademik sangat diutamakan di samping menerapkan adab dengan orang sekeliling. Mak ayah saya cukup penyayang dan tidak lekang memberikan kata-kata semangat dan kasih sayang kepada saya. Setiap pencapaian saya pasti akan diraikan. Perkara inilah yang menyuntik nilai positif kepada saya setiap masa,” katanya yang cukup bersyukur mempunyai keluarga yang sangat memahami.

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana
Minat Sejak Kecil

Mengulas lebih lanjut tentang diri Cikgu Zack Kirana terutamanya dalam mendidik orang ramai tentang penggunaan bahasa dan ejaan yang betul. Semuanya adalah kerana minat.

Ads

“Minat saya dalam bahasa Melayu terlalu mendalam sejak kecil kerana selalu menjadi pembaca berita untuk arwah ayah. Arwah akan meminta saya membacakan akhbar yang dibelinya setiap hari dari muka surat pertama hingga yang terakhir.

“Saya mula peka dengan lenggok bahasa dan hukum-hukumnya. Jadi, minat itu memang sudah sebati dalam diri dan saya selalu cepat mengesan kesalahan bahasa yang ada di sekeliling saya. Kadang-kadang ada juga rasa geram apabila tidak mampu membetulkannya seperti di paparan iklan,” jelasnya.

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana
Boleh dikatakan setiap kali Cikgu Zack berkongsi ilmu dengan ‘follower’ adalah semata-mata memastikan agar bahasa ibunda tidak tenggelam dan menanamkan rasa cinta pada bahasa Melayu di segenap lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, dalam memberi ilmu di media sosial, Cikgu Zack Kirana tidak terlepas daripada dikecam, bukan kerana pengajarannya tetapi penampilan dirinya.

“Setelah dikenali, saya mula mempelajari audiens saya. Platform yang berbeza mempunyai pemikiran dan penerimaan yang berbeza. Apabila dikecam hebat di satu laman sosial hanya kerana penampilan saya, saya mula berjaga-jaga dan mengambil iktibar. Saya percaya, kita sebagai manusia pasti boleh memilih sama ada ingin terus jatuh atau bangkit. Sedikit-sedikit saya mula sesuaikan diri dan ubah bahagian yang termampu.

“Selain itu, ada juga berlaku perdebatan dan percanggahan pendapat daripada pengikut-pengikut. Tetapi perkara itu menarik perhatian saya kerana sebagai seorang guru kita perlu bersikap terbuka dan dengan cara ini saya boleh melihat tahap pemahaman mereka,” katanya tentang cabaran hebat yang diterima setakat ini.

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

Ads

Walau apapun yang diperkatakan ia langsung tidak mematahkan semangat untuk dirinya. Apa yang pasti sebagai wanita ia perlu memberi inspirasi kepada wanita lain.

“Percayalah, wanita mempunyai semangat yang luar biasa dan penuh dengan kasih sayang. Gabungan antara semangat dan kasih sayang ini menjadikan wanita sebagai insan istimewa yang mampu mengubah dunia ke arah yang lebih baik,” katanya bila ditanya tentang pandangan sebagai WANITA.

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana
VIDEO:

@zackkirana27 Mana ejaan yang betul? insha-Allah? in shaa Allah? insya-Allah? #fyp #fypシ #bahasamelayu ♬ original sound – zack kirana

 

Ads
@zackkirana27 PENGHAWA DINGIN atau PENDINGIN HAWA? #fyp #zackkirana #bahasamelayu #foryourpage ♬ original sound – zack kirana

 

@zackkirana27garfu atau garpu??

♬ original sound – zack kirana

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

“Kalau Sedih Ingat Ibu, Dialah Pemberi Semangat Dalam Diri Saya” – Cikgu Zack Kirana

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI